Bihun Goreng Oren

by - 10:38 PG

Korang pernah dengar bihun goreng oren? Mommy pun first time dengar. Tapi tulah request dari kakak Aisya. Nak bihun goreng kaler oren yang macam kantin sekolah jual... Mommy tak reti nak masak macam kantin sekolah tu. So, mommy masak macam biasa sajalah..  takdelah bihun goreng kaler oren tapi bihun goreng mommy ni mudah dan sedap jugak. 

Bihun Goreng Mudah Dan Sedap, Bihun Goreng Mudah Dan Sedap , bihun goreng, bihun goreng mudah, bihun goreng sedap, sedapnya bihun goreng sotong, bihun goreng sotong, sotong, resepi sotong, respi mudah sotong, cara mudah masak bihun goreng, mudahnya masak bihun goreng, bihun goreng ringkas tapi sedap, resepi bihun,  cara masak bihun goreng, bahan untuk masak bihun goreng
Bihun Goreng Mudah Dan Sedap 

Walaupun tak berkaler oren, bihun goreng mommy tetap special khas untuk kakak Aisya dan adik-adik. Makan bertambah korang adik beradik. #mommysuka . 

Bihun Goreng Mudah Dan Sedap,Bihun Goreng Mudah Dan Sedap , bihun goreng, bihun goreng mudah, bihun goreng sedap, sedapnya bihun goreng sotong, bihun goreng sotong, sotong, resepi sotong, respi mudah sotong, cara mudah masak bihun goreng, mudahnya masak bihun goreng, bihun goreng ringkas tapi sedap, resepi bihun,  cara masak bihun goreng, Bihun Goreng Mudah Dan Sedap , bihun goreng, bihun goreng mudah, bihun goreng sedap, sedapnya bihun goreng sotong, bihun goreng sotong, sotong, resepi sotong, respi mudah sotong, cara mudah masak bihun goreng, mudahnya masak bihun goreng, bihun goreng ringkas tapi sedap, resepi bihun,  cara masak bihun goreng, bahan untuk masak bihun goreng
Bihun Goreng Mudah Dan Sedap 

Bihun Goreng Mudah Dan Sedap 


Bahan

1 bungkus bihun - rendam dalam 15 minit untuk lembutkan bihun
2 biji telur - di buat telur hancur terlebih dahulu
2 pokok sawi
10 ekor sotong - potong kecil. Jumlah sotong tu bergantung kepada saiz sotong. 
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis 
1 biji bawang besar - di racik
3 ulas bawang putih - di racik
garam 
gula
minyak untuk tumis
2 cawan air
bawang goreng


Caranya

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar. Gaul sehingga cili masak. 

Tambah sos tiram, sos cili, sos tomato dan  kicap manis. Gaul sehingga sebati. 

Tambah garam dan gula secukupnya. 

Masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga sotong masak. 

Tambah air dan biarkan sehingga air mendidih. Masukkan bihun dan gaul rata. Kacau sehingga bihun lembut. Sekiranya bihun masih keras, tambah air sikit sikit sehingga bihun lembut sepenuhnya. 

Bila bihun telah lembut, masukkan sawi yang telah di potong. Gaul rata sehingga sawi masak.

Masukkan telur hancur dan gaul rata. 

Tutup api. Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 


Untuk lebih sedap, korang boleh tabur bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Mommy tak tabur siap-siap sebab anak-anak mommy alergik dengan daun warna hijau dan bawang goreng. Boleh muntah ooo depa kalau tergigit. huhu.. 

Nak lagi extra sedap, korang boleh makan dengan cili jeruk. 

Selamat mencuba!







You May Also Like

0 comments