facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Maggi goreng sotong ~ Tengok gambar saja dah terliur. Inilah menu ringkas yang mommy masak untuk dinner. Simple-simple plus senang bangat. Yang penting digemari semua. Maggi goreng sotong ni mudah dan sedap. Lebih-lebih kagi bila makan ramai-ramai...

Maggi goreng mudah dan sedap
Maggi Goreng Sotong 



Maggi Goreng Sotong 


Bahan: 

5 Packs Maggi Ayam - di celur sehingga lembut
2 Sudu besar cili kisar
3 ekor sotong besar - di potong bulat
2 biji telur ayam - di goreng hancur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Sos Tiram
1 biji tomato - dihiris nipis
2 pokok sawi
garam secukupnya
Air secukupnya
Bawang Goreng
Cili besar - di potong bulat
Daun Bawang
2 Sudu besar Minyak Masak


Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga pecah minyak.

Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan tomato. Masak sebentar sehingga mendidih dan gaul rata.

Masukkan sotong. Masak sotong sehingga sotong benar-benar masak.

Rasa. Jika semua rasa telah cukup, masukkan maggi yang telah di celur dan sawi. Gaul rata.

Tambahkan telur yang di goreng hancur dan dua sudu besar air (jika maggi terlalu kering). Gaul rata.

Angkat dan hidangkan dengan menabur bawang goreng, cili besar dan daun bawang.


Maggi goreng
Maggi Goreng Sotong 

Masak Lemak Lala Sama Bendi ~ Family mommy memang suka dengan seafood. So, kalau terjumpa memang akan beli. Ofkos la masakan kegemaran mommy dan keluarga adalah masak lemak cili padi. Masak lemak cili padi cara orang utara sajalah. 

Selalunya bila buat masak lemak, mommy suka masukkan atau campur dengan nanas atau belimbing buluh. Tapi bila dua-dua takdak atau lupa nak beli... Mommy campak sajalah apa yang ada. Try & error. Dapur tu dah jadi tempat eksperimen mommy. Ada yang jadi dan ada yang ke tong sampah. wakakaka. 

Disebabkan masa masak lala tempohari mommy lupa nak beli nanas, maka jadilah masak lemak cili padi lala sama bendi. Sedap rupanya bendi di buat masak lemak. Selalunya goreng atau masukkan dalam kari saja... Kiranya, bila cuba dan menjadi.. Ia dah jadi satu resepi atau penambaikan dalam menu/resepi.


lala
Lala - masak lemak cili padi sama bendi

Untuk resepi penuh Masak Lemak Cili Padi Lala, boleh ambil di SINI. Kalau nak cuba lala Kam Heong boleh tengok di SINI.

Selamat mencuba uolls.
PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG ~ Waaa baru tahu ada cara mudah nak bersihkan dan putihkan kulit kerang. Kenapa mommy tak tahu sebelum ini... Ingatkan pekerja kedai makan terlebih rajin memberus kulit kerang satu satu. Yang lagi best ada yang kata kena rendam dengan clorox. Ekkr! Mau terus innalillah bila makan... So, bila dah tahu cara atau petua membersihkan kulit kerang... Mommy kongsikan di sini agar semua tahu dan menjadi suri rumah yang berjaya. hahaha

kerang
petua mudah bersihkan kerang


PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG



Cara 1
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.

Cara 2
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Cara 3
Gaul dengan daun ubi. ramas2kan... bersih jugak.

Cara 4
Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je utk memasak.

Cara 6
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8
Rendam asam keping pon boleh...dalam setengah jam gitu... putih bersih kerang.

Cara 9
Rendam kerang guna garam.

Cara 10
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16minit. Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

Uolls guna cara mana satu ye?. Mommy selalu guna cara nombor sembilan (9) rendam dengan garam. Bukan setakat basuh garam, basuh sayur pun sama sebab air masin merawat segalanya.




Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ▼  Julai (3)
      • Maggi goreng sotong
      • Masak Lemak Cili Padi Lala Sama Bendi
      • PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates