facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Menu Lontong Di Hari Raya Ke-6. Yang ni pun tetamu yang tiba-tiba nak datang. Call pepagi habaq nak mai. Takdak idea nak masak apa, terus tanya tetamu nak makan apa? Depa request lontong. Teringin nak makan katanya. Kihkih. 

Terus ke dapur, zasss rebus nasi himpit segera dalam rice cooker. Zass siap ke market untuk beli ayam ,sayuran,tauhu tempe dan santan. Beli ayam sebab encik suami pernah cakap, kalau buat lontong.. buat sambal ayam. Dia suka makan lontong dengan sambal ayam. 

Balik rumah terus start masak. Alhamdulillah sebelum tetamu sampai, dah siap masak. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap Sama Sambal Ayam

Dua versi lontong. Yang atas versi lontong letak sambal ayam, yang bawah lontong saja... Yang bawah tak rasa pedaslah.. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap

Resepi Lontong Mudah Dan Sedap


Bahan

Nasi himpit - guna jenama NONA atau ADABI yang saiz kecil. Ada 30 bungkus dan sesuai untuk 15 orang (anggaran). Rebus, tos dan biarkan sehingga sejuk terlebih dahulu. Baru senang nak potong gituuu.


Bahan Kuah Lontong

Santan - RM 6 santan segar + 1 kotak kecil santan jenama Ayam Brand
1 bungkus tempe - potong kecil
3 ketul tauhu - potong kecil - sama saiz dengan tempe
5 helai Kobis Panjang - potong
1/3 biji ubi sengkuang - potong memanjang macam fries
1/2-1 batang Carrot - potong memanjang / bulat
RM0.50 suhun - rendam dan di gunting 2
2-5 helai fucuk - rendam dan potong lebih kurang 2cm
1 genggam udang kering kecil/halus
1 keping asam keping/gelugor
1.5 liter air
garam secukupnya

Bahan Kisar

3 biji bawang besar
2 cm halia
2-3 cm lengkuas
3-5 batang serai
2-3 biji buah keras
2 cm kunyit hidup


Caranya

Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.

Masukkan air dan biar sehingga mendidih lagi. 

Masukkan tempe, tauhu, carrot, ubi sengkuang dan udang kering. Biarkan ia sehingga mendidih dan sedikit masak.

Tambah santan dan masukkan kobis panjang, suhun, fucuk serta garam. Kacau perlahan sehinggan sebati dan santan masak sepenuhnya. 

Rasa dan tutup api. 

Hidang bersama nasi himpit dan sambal ayam ketika kuah lontong masih panas. 


Resepi Sambal Ayam 

Bahan:

1 ekor ayam - di potong kecil macam hendak buat ayam goreng kunyit. Di gaul garam kunyit dan di goreng sekejap. Ketepikan.
3-5 sudu cili kisar
asam jawa secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Minyak secukupnya


Bahan kisar

3 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 cm halia

Caranya

Panaskan minyak ( guna balik minyak goreng ayam tadi) dan tumiskan cili kisar sehingga sedikit garing dan wangi.

Tambah bahan kisar dan kacau sebati. Biar sehingga masak sepenuhnya.

Masukkan garam, air asam dan gula secukupnya. Biarkan sebati sebelum tambah ayam yang telah di goreng tadi.

Gaul rata dan rasa.

Angkat dan hidangkan bersama lontong atau nasi panas.
Assalamualaikum wbt. Masih dalam mood beraya kan? Biasalah raya kan sebulan. Jangan terkejut pulak bila tiba-tiba ada yang call nak datang beraya. Mommy dah selalu dapat tetamu yang nak datang mengejut. Kadang-kadang tu tak sempat nak sediakan apa-apa pun. Nasib baiklah ketupat dan rendang beku ada lagi. Hidang yang itu sajalah. Yang lain tak sempat. Berbalik pada yang call dulu nak datang, kalau inform awal lagi senang. Hehehe... 

So, nak dijadikan cerita pada hari ahad baru-baru ini, family sebelah suami datang beraya. Adik beradik suami.. So, dalam group whatsapp tanya depa siap-siap nak makan apa.. Depa request nak makan tengahari. Senang cerita... So, tanya suami pula.. Nak masak lauk apa. Suami just cakap teringin nak makan sambal petai daging. Yang lain, pandai-pandailah. Janji masuk dengan sambal petai daging tu. 

Dah cakap pandai-pandai sendiri kan, so menu-menu yang simple sajalah. Senang dan cepat untuk masak. So, dihari kejadian terhidanglah menu tengahari yang simple bersama nasi putih. Menunya adalah seperti di bawah:

Sambal Petai Daging - Resepi di SINI
Sup Suhun Fucuk Sama Petola
Ayam Goreng Berempah - Resepi di SINI
Ikan Goreng
Sambal Belacan Kuinin
Ulam ulaman

Sambal Petai Daging,Sup Suhun Fucuk Sama Petola, Ayam Goreng Berempah,Ikan Goreng,Sambal Belacan Kuinin,Ulam ulaman
Masakan Tengahari Yang Ringkas Dan Sedap Untuk Tetamu Datang Beraya




Tambahan menu dari SIL - Sambal telur hancur. Rezeki.

Walaupun menu simple macam ni, alhamdulillah semua suka. Habis licin. Tak caya, boleh tengok pinggan di bawah. 

MIL, SIL & Husband

BIL & family, SIL

licin!

Korang pun, kalau ada tetamu yang datang mengejut hidangkanlah menu yang simple. Jangan biarkan tetamu balik dengan perut kosong sebab tetamu datang bawa rezeki kepada kita. Bukan itu saja, ia juga untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita. 

So, sapa nak mai beraya kat rumah tu, roger saja. Jangan malu-malu...

Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Raya korang. Persiapan raya korang dah 100% siap ke? Mommy pun dah hampir siap dan tinggal nak kemas rumah dan iron baju raya saja. Bab memasak  untuk raya pula lebih senang dan mudah dengan santan segera Ayam Brand. Lagipun ia adalah produk inovasi yang sihat dan memudahkan suri rumah. Jadi mommy memang guna 100% santan Ayam Brand untuk memasak juadah raya seperti ketupat dan rendang yang menggunakan banyak santan. Rasa pun sama saja dengan santan asli dari buah kelapa. Untuk resepi ketupat,rendang dam lontong yang menggunakan santan Ayam Brand akan mommy kongsikan pada entry yang lain. In sha Allah.

Selain dari juadah raya seperti ketupat dan rendang, Ayam Brand juga kongsikan pelbagai resepi yang boleh dicuba pada hari raya atau pada bila-bila masa saja. Korang wajib cuba sebab resepi ni mudah dan sangat sedap. 

RESEPI-RESEPI SANTAN AYAM BRAND 


Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. 

Donburi Sardin 


Donburi Sardin

Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap. 


Tuna Brown Rice


Tuna Brown Rice

Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit. 

Thai Fish Cake

Thai Fish Cake

Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.  Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™. 

Udang Masak Kunyit


Udang Masak Kunyit

Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita. 

Roti Jala Dengan Sardin


Roti Jala Dengan Sardin

Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.

Bagi puding roti dan keju tradisonal sempena Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma?





Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat.  Resepi penuh boleh dapatkan di SINI. 

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Hari Raya. 

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ▼  Jun (3)
      • Menu Lontong Di Hari Raya Ke-6
      • Masakan Tengahari Yang Ringkas Dan Sedap Untuk Tet...
      • Menu Raya Lebih Mudah Dengan Santan Ayam Brand
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates