facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Assalamualaikum wbt. Rahsia Jagung Tahan Lama.

Lagi satu rahsia mommy dedahkan iaitu rahsia jagung tahan lama. Bukan apa, kekadang tu, tak sempat nak masak... tengok-tengok jagung dah kering. Nak masak pun dah tak sedap. Sayang... Akhirnya ke tong sampah juga.

Macam mana nak bagi jagung tahan lama? 

Kalau belum buangkan  kulitnya, korang buangkan kulit macam kat bawah ni.

Rahsia Jagung Tahan Lama

Lepas tu, keluarkan/ perisi jagung dari lulurnya. Akak guna jari ja. Nak guna sudu macam sesetengah orang tak berapa nak pandai. Dalam setengah jam  juga untuk tujuh biji jagung.

Rahsia Jagung Tahan Lama

Dah siap perisi tu, masukkan ke dalam plastik/ bekas yang sesuai dan simpan dalam peti ais. Tempat sejuk beku tau!

In shaAllah boleh tahan lama dan rasa macam baru beli. Tak caya? Cuba tengok mix vege yang beli dari pasaraya, jagung mentahkan. Dah berapa lama agaknya jagung tu???? Gunakan minda anda yer..

selamat mencuba.

Assalamualaikum wbt. Menu Berpantang | Ikan Tenggiri Masak Asam

Ni masakan yang mommy lalu makan masa dalam pantang. Tak perlu lauk lain... sebab rasa dia yang masam, pedas dan ada bawang putih serta halia yang baik untuk ibu berpantang.

Bila selalu makan masa dalam pantang, jadi tak lalu pula. Tapi sesekali, teringin juga nak makan. Bila teringin, mommy masak. Guna ikan tenggiri sebab ikan tenggiri ni sedap kalau buat masak asam. Lagi perangat, lagi sedap.

Ikan Tenggiri Masak Asam

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

Bahan
6 ketul ikan tenggiri - di garam kunyit dan di goreng
2 labu bawang besar - dipotong separuh bulat
5 ulas bawang putih - di hiris
2 cm halia - di haris halus
4 biji cili padi - di belah 2
1 biji cili besar - di potong memanjang
minyak
air asam
garam - secukupnya
1 cawan air

Caranya
Ikan tenggiri di goreng terlebih dahulu.

Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang di potong. Biarkan sehingga wangi.Bila dah wangi, tambah air dan air asam.  Biarkan sehingga mendidih.

Apabila sudah mendidih, masukkan ikan tenggiri yang telah di goreng. Biarkan sehingga mendidih. Rasa, tambah garam jika belum cukup. Biarkan mendidih sekali lagi.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 

Ikan Tenggiri Masak Asam

Note:

Boleh di makan saja atau di hidangkan bersama menu lain.


Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt. Rahsia Laksa Penang Sedap dan Pekat

Hari ni mommy nak pecah rahsia yang membuatkan laksa penang sedap, pekat dan banyak isi ikan. Rahsianya adalah......... Baca sampai habis tau!


Rahsia pertama

Kuah pekat dan isi ikan banyak. Mommy guna 2 jenis ikan iaitu ikan sardin dan ikan tongkol. Ikan tongkol tu tak perlu banyak, seekor pun sudah cukup. Ikan tongkol di gunakan untuk membanyakkan isi ikan dalam kuah saja. 

Jadi apabila isi ikan banyak, kuah menjadi pekat dan sedap.

laksa penang

Rahsia Kedua

Rahsia kedua ialah penggunaan otak udang. Bukan tambah masa nak makan tapi di campur dalam kuah sebagai pengganti belacan. Tak perlu masukkan belacan jika guna otak udang. Yang ini pun tak banyak, just 1 sudu besar untuk 1 kilo ikan.

tq mr google & hanieliza


Cubalah. Pasti Laksa Penang yang di buat menjadi ingatan dan permintaan ramai.

Bagi yang ada periuk noxxa tu wajib buat sebab dah tak perlu asingkan isi ikan dan tulang dah. Hnaya pressure selama 1 jam. Pastu kacau saja untuk hancurkan isi ikan tersebut. Mudahnya!

resepi laksa penang

Untuk resepi penuh laksa penang, boleh dapatkan di SINI.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni mommy sharekan resepi ringkas untuk diet iaitu salad ayam. Walaupun ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.

Resepi Salad Ayam


Bahan: 

Dada Ayam - di goreng tepung  dan di potong dadu
Salad / lettuche - di potong
Jagung - di rebus terlebih dahulu.
Mayonis

Caranya.
Masukkan semua bahan di atas dalam satu bekas dan gaul sehingga mayonis rata. 

P/s: mommy tak gaulkan sebab mommy bawa ke office. Sampai office baru gaulkan. 

Resepi Salad Ayam

Assalamualaikum wbt. Mee kuah udang untuk menu malam ni. Bukan apa, hujan-hujan dan cuaca sejuk camni... Masakan panas dan berkuah memang menyelerakan. So, hari ni mommy sharekan resipi mee kuah udang yang mudah dan sedap. Mee udang versi mommy tak guna banyak bahan. In Sha Allah kebanyakkan bahan yang digunakan adalah bahan yang ada di dapur.

resepi Mee Kuah Udang
Mee Kuah Udang

Resepi Mee Kuah Udang

Bahan-bahan
2 pek Mee kuning - boleh di gantikan dengan mee segera atau koay teow.
1/2 kilo udang - di bersihkan dan di asingkan kepala dan badan. Kepala udang di kisar dan di
ambil patinya saja.
3 biji bawang besar  - 1 di rincik untuk tumis. 2 lagi di kisar
5 ulas bawang putih - 2 di rincik dan 3 di kisar
3-5 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato / boleh di gantikan dengan tomato sup dalam tin
2 biji tomato - di potong nipis
garam
Air - 1.5 liter
sawi - di celur
taugeh- di celur
daun bawang
bawang goreng
tauhu - di goreng dan di potong
telur - di rebus dan di potong


Caranya:

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili sedikit garing.

Tambahkan tomato dan bawang kisar. Masak sekejap sehingga tomato sedikit masak.

Masukkan pati udang, air, sos tomato, sos tiram, sos cili. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan garam dan udang.

Rasa.

Hidangkan bersama mee/ koay teow/ mee segera ketika kuah masih panas. Tambahkan taugeh, sawi, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan juga telur.


resipi Mee Kuah Udang

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ▼  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ▼  Oktober (5)
      • Rahsia Jagung Tahan Lama
      • Menu Berpantang | Ikan Tenggiri Masak Asam
      • Rahsia Laksa Penang Sedap dan Pekat
      • Resepi Salad Ayam
      • Resepi Mee Kuah Udang
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates