facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Masak pulut dengan rice cooker. Mommy ni bukanlah pakar masak tapi mommy suka try & error pastu try lagi sampai jadilah. Mommy try masak pulut dengan rice cooker sebab masa tu tak pandai lagi guna pengukus. Masa bujang semuanya harapkan emak buat. Bila kena buat sendiri terkial-kial lah nak buat. So, mommy pun cubalah masak pulut guna rice cooker. Boleh rupanya😅😅.

Cara masak pulut ni sama saja dengan masak nasi cuma beza dekat sukatan air. Untuk pulut just ukur guna kuku iaitu dari hujung kuku sentuh beras sampai hujung kuku satu lagi. Untuk masak pulut tak perlu banyak air. Kalau pulut masih tak masak, tambah air sikit saja. Oh yer, untuk masak pulut dalam rice cooker perlu kacau kerap sikit. Ini adalah untuk memastikan pulut masak sama rata.

Masak pulut dengan rice cooker lebih cepat. Boleh nikmati pulut ini dengan rendang, ikan masin dan nyoq (kelapa) ataupun dengan kesukaan ramai iaitu mangga dan durian.

Inilah hasil pulut yang mommy masak dengan rice cooker. Makan dengan durian. Yummy! 

Pulut, cara masak pulut, masak pulut guna rice cooker, bolehkah masak pulut guna rice cooker, cara masak pulut dengan rice cooker, mudahnya masak pulut, pulut durian sedap, mudahnya buat pulut durian, pulut durian mudah dan sedap
Masak pulut guna rice cooker

Pulut Durian


Bila pulut dah masak, sediakan santan. Untuk santan, mommy hanya masak santan dengan garam. Mommy tak suka masukkan gula sebab durian tu dah manis tapi sesetengah orang suka tambah gula. Terpulanglah pada masing-masing punya selera. 

Pulut, cara masak pulut, masak pulut guna rice cooker, bolehkah masak pulut guna rice cooker, cara masak pulut dengan rice cooker, mudahnya masak pulut, pulut durian sedap, mudahnya buat pulut durian, pulut durian mudah dan sedap
Mudahnya masak pulut durian

Rezeki dapat durian kunyit harga rm15 sekilo. Ini durian Junjung, Kulim. Tengah musim sekarang ni..

Pulut, cara masak pulut, masak pulut guna rice cooker, bolehkah masak pulut guna rice cooker, cara masak pulut dengan rice cooker, mudahnya masak pulut, pulut durian sedap, mudahnya buat pulut durian, pulut durian mudah dan sedap
Durian

So, kalau teringin nak makan pulut durian bolehlah cuba masak sendiri sebab lagi berbaloi dan puas makan. 

Selamat mencuba uolls.



Ikan Talang Masin Masak Asam. Sahur pagi tadi mommy masak ikan talang masin masak asam tapi lupa nak ambil gambar. Pinjam gambar hasil carian google dulu... Nanti kalau mommy masak lain, mommy gantikan gambar tersebut. 

Resepi masak asam ini juga boleh di makan oleh orang dalam pantang. Kalau tak lalu ikan masin boleh saja gantikan dengan ikan tenggiri, ikan merah ataupun ikan haruan. Rasa dia boleh menyebabkan selera orang berpantang naik. Mommy dulu macam tu jugak, teringin nak tambah nasi kalau ada lauk ni tapi sebab pantang larang berpantang tak boleh tambah... Simpan sajalah niat tu dan lauk ni makan untuk makan malam pula. 

Bulan puasa pun mommy suka masak lauk ni. Memang bangkit seleralah dan untuk anak-anak pula lauk telur masak kicap yang senang. Untuk resepi masak kicap boleh tengok di SINI.


Ikan Talang Masin Masak Asam, resepi Ikan Talang Masin Masak Asam, resepi ikan talang, resepi ikan masin, ikan talang kering, sedapnya masak asam ikan talang, resepi masak asam, resepi berpantang, masak asam untuk berpantang, resepi berpantang, masak asam mudah dan sedap, resepi sahur, lauk sahur mudah dan sedap,
kredit pada blog http://time2masak.blogspot.my


Ikan Talang Masin Masak Asam

Bahan-Bahan

Ikan talang masin - di kerat kecil n di goreng
Air asam
Cili padi - dibelah 2
Cili Kering - optional ( di potong pendek)
Bawang besar - di potong separa bulat
Bawang Putih - di racik
Halia - di racik
Minyak untuk tumis- guna lebihan goreng ikan tadi pun boleh. Jimat sangat!

Ikan Talang Masin Masak Asam, resepi Ikan Talang Masin Masak Asam, resepi ikan talang, resepi ikan masin, ikan talang kering, sedapnya masak asam ikan talang, resepi masak asam, resepi berpantang, masak asam untuk berpantang, resepi berpantang, masak asam mudah dan sedap, resepi sahur, lauk sahur mudah dan sedap,
Cara potong bahan untuk Masak Asam Ikan Talang
Credit pada blog Aisyah Azzahra
Caranya

Panaskan minyak.

Tumiskan semua bahan yang di potong sehingga naik bau

Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika dan masukkan ikan masin yg telah di goreng tadi

Kacau rata sehingga ikan masin sebati ngan air asam

Tambah garam/asam jika kurang masin/masam.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


Selamat mencuba uolls!

RESEPI PES IKAN BAKAR. Sedapnya lahaiii kalau dapat makan ikan bakar masa berbuka puasa satgi. Opps lupa nak habaq yang mommy puasa ganti hari ni.. Dok scroll Page FB Masak apa hari ni ternampaklah ikan bakar yang mabeles. Telan ailior sajalah... Dah dapat resepi pes ikan bakar ni, mommy copy masuk blog dulu sebab nak bagi senang cari. Nanti nak buat habuan berbuka di bulan Ramadan. Tak bulan ramadan pun boleh aih, senang nak masak bila balik kerja nanti... 

Untuk pes ikan bakar ni boleh digunakan juga untuk buat ikan bakar portugis style ataupun ikan bakar petai. Just masukkan dalam aluminium foil dan di tambah petai atau bendi, kemudian bakar. Sedapnya. 

RESEPI PES IKAN BAKAR, pes ikan bakar, cara buat pes ikan bakar, resepi pes ikan bakar, buat sendiri pes ikan bakar, sedapnya ikan bakar, mudahny buat pes ikan bakar, mudahnya bakar ikan, ikan bakar mudah dan sedap, cara buat pes ikan bakar mudah dan sedap
RESEPI PES IKAN BAKAR



RESEPI PES IKAN BAKAR

Bahan-Bahan

2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji Bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika takde guna belacan
8 biji cili padi (dependsnak letak berapa)
3 biji cili merah
3 helai daun limau purut

Cara-caranya

1. Blender semua sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg Agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .Tumis sampai pecah minyak.siapp.!
4. Masa nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur. Teman letak dalam Pemanggang Ajaib je.. huhuhu.. senang nak terbalik balik kan..
5. Udang dan Sotong pun sesuai gak.. lagi sedap wooo...
6. Pes ni tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.

RESEPI PES IKAN BAKAR, pes ikan bakar, cara buat pes ikan bakar, resepi pes ikan bakar, buat sendiri pes ikan bakar, sedapnya ikan bakar, mudahny buat pes ikan bakar, mudahnya bakar ikan, ikan bakar mudah dan sedap, cara buat pes ikan bakar mudah dan sedap
Pes ikan bakar

Resepi ini diambil dari fb 
Habeebah Md Daud
Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap. Hai uolls.. Lamanya mommy tak update blog ni... Tak berkesempatan nak up entry. hihi... Hari ni mommy share resepi simple jer iaitu Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap. Pejam mata pun korang boleh buat. Hahaha. Salad buah ni mommy guna banyak jagung. Kebetulan jagung tengah banyak kat rumah.. Jadilah salad buah yang sedap dan kenyang.

Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap, Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap, salad buah-buahan, salad buah-buahan sedap, salah buah-buahan mudah dan sedap, mudahnya buat salad, cara buat salad buah-buahan, resepi salad mudah dan sedap, bahan-bahan untuk buat salad, sedapnya salad buah-buahan, menu diet, salad untuk diet
Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap


Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap


Bahan

Jagung - rebus terlebuh dahulu
Epal hijau - di potong dadu
Tomato ceri - di belah 2
Timun jepun - di potong dadu
Kobis purple - dihiris nipis
Mayonis 
Garam secukupnya

Caranya

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Sedia di nikmati






Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ▼  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ▼  April (4)
      • Masak Pulut Dengan Rice Cooker
      • Ikan Talang Masin Masak Asam
      • RESEPI PES IKAN BAKAR
      • Resepi Salad Buah-Buahan Mudah Dan Sedap
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates