facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Gulai Daging Kulat Sisir ~ Assalamualaikum wbt. Belek-belek telefon semalam baru perasan gambar gulai atau kari daging bersama kulat sisir belum buat entry kat blog. Lama mommy tak masak kulat sisir ni sebab ingatkan belah suami tak makan. Rupanya kak ipar dan mak mertua makan. Tanya kat suami dia tak makan katanya. So, minta kak ipar belikan kulat sisir dan daging untuk kari daging sama kulat sisir sepertimana yang di request.

Mengenali kulat sisir ni sejak kecil lagi dan merupakan menu yang suka makan terutamanya apabila di buat masak lemak cili padi atau kari. Sedap sangat sebab rasanya seperti daging. Selain di campur dengan daging, boleh juga di campur dengan udang. 

Bila dah masak, mommy tak inform encik suami yang kari daging tu ada kulat sisir Bila dia dah makan baru mommy cakap. Dia kata tak terasa pun. Rasa macam daging ja.. Alhamdulillah. So, boleh masak lagi lepas ni.

Kulat Sisir Atau Cendawan Sisir

Kulat sisir juga dikenali sebagai cendawan sisir, kulat tahun, kulat atau cendawan kukur. Ia kulat bermusim dan hanya setahun sekali. Ia tumbuh selepas hujan di atas pokok atau dahan getah yang kering atau reput.

Kulat sisir yang segar, boleh terus di masak. Walaubagaimanapun jika banyak, ia boleh di keringkan dan tempoh hayat akan tahan lama. Untuk kulat sisir kering, perlu di rendam sehingga kembang terlebih dahulu sebelum di masak. Ini adalah agar kulit kayu dan serangga kecil dapat dikeluarkan dengan mudah. Jika kulit kayu tidak di buang, masakan akan berasa kayu dan akan rasa keras apabila mengunyah kulat sisir. 

Khasiat Kulat Sisir

Banyak laporan ada menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.

Disebabkan lama tak makan kulat sisir ni, mommy ingat ia dah pupus. Alhamdulillah masih ada.

resepi kari Daging Kulat Sisir
Gulai Daging Kulat Sisir

Di sini mommy kongsikan resepi kulat sisir untuk semua terutamanya anak-anak zaman sekarang yang tak biasa tengok dan makan makanan seperti ini. Yang pasti sekali cuba pasti nak lagi. 


Resepi  Gulai Daging Kulat Sisir


Bahan-bahannya

1/2 kg daging rincik - bersih dan toskan
6 sb serbuk Kari Daging/Ayam
2 biji besar bawang merah - 1 racik untuk tumis - 1 di kisar
1-2 biji tomato - dihiris halus
2 ulas bawang putih
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)
Daun Kari
3 sudu Kerisik - mommy terlupa nak letak
RM 4  Kulat sisir
RM 2 santan
Garam
Minyak


Caranya

Tumiskan bawang, 3 beradik dan daun Kari sehingga wangi.

Masukkan serbuk Kari yang telah di bancuh dengan air. Biarkan sehingga pecah minyak atau masak sepenuhnya.

Masukkan bawang yang dikisar dan tomato. Biarkan sehingga bawang masak sepenuhnya.

Masukkan daging  dan biarkan sehingga 10-15 minit atau sehingga daging benar-benar empuk.

Masukkan kulat sisir dan santan,biar hingga mendidih.

Masukkan garam secukup rasa

Angkat  dan siap untuk di makan


selamat mencuba.

Ketam Cili ~ Suka makan ketam? Of course la suka nau nau tapi tak boleh selalu sebab harganya yang boleh mengosongkan beg duit mommy. Sesekali okay lah. Buat pelepas rindu nak makan. Hari ni just nak kongsi antara pembuka selera di bulan puasa dan tak puasa. Menaip entry ni pun telan air liur membayangkan keenakan ketam dan sambal yang menyelerakan. kihkih. Ketam cili antara menu yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. 

Kongsi kat sini, kot kot korang boleh masak untuk berbuka hari ni. Seperti selalu resepi simple saja. 

Resepi Ketam Cili
ketam cili 


Resepi Ketam Cili Mudah Dan Sedap 

Bahan

3-5 ekor ketam - di bersihkan dan di potong 2. Gaulkan dengan garam kunyit dan goreng terlebih dahulu.
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1- 2  biji bawang besar - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar
air asam jawa
garam secukupnya
3-4 sudu besar minyak


Caranya

Panaskan minyak. Masukkan cili kisar sehingga sedikit garing.

Tambah bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Biarkan masak sepenuhnya.

Tambah garam, air asam, sos tiram dan sos cili.  Gaul rata dan rasa.

Jika dah cukup rasa, pecah telur masuk dalam sambal ( alah macam buat sambal telur pecah tu). Biarkan sehingga telur masak di bahagian bawah. alih dan pecahkan telur dan pastikan telur bercampur dengan sambal.

Masukkan ketam dan gaul rata.

Angkat dan hidangkan.
Assalamualaikum wbt. Resepi Nasi Daging Utara. Nasi daging utara style memang kesukaan mommy. Nasi daging ni sebenarnya ada banyak versi. Ikut suka nak suka versi yang mana. Mommy suka yang versi kedah.. orang kedah la katakan. hihi

Resepi nasi daging mommy simple dan senang jer. Guna rice cooker dari tumis sehingga siap nasi dan daging empuk.

nasi daging
Nasi daging

Resepi Nasi Daging Utara

Bahan

5 pot beras (biasa pun boleh, basmathi lagi sedap) - basuh dan toskan
1 kg daging lembu - di potong sebesar 3 jari dan tebal 1 cm.  Dibersihkan dan di tos.
1 peket kecil rempah kurma
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 biji bunga cengkih
5 biji pelaga
1 sudu minyak gee
2 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan
garam secukupnya
Daun pudina
Air - secukupnya


Caranya:

Panaskan minyak dan minyak gee dalam rice cooker. Bila dah panas, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan sehingga wangi.

Masukkan bahan kisar dan rempah kurma. Masak seketika sehingga mendidih.

Masukkan daging yang telah di bersihkan. Masak sehingga daging benar-benar masak. Lebih kurang 1 jam.

Bila daging dah masak, masukkan garam, beras dan air. Sukatan air adalah sama seperti memasak nasi biasa walaupun setelah di campur dengan beras dan daging.

Kacau apabila mendidih. Biarkan sehingga nasi benar-benar kering. 

Taburkan daun pudina. Tutup seketika.

Siap untuk di hidang.

*** Untuk Nasi Daging utara ini , mommy sediakan dalca sayur dan air asam kerisik. Resepi nanti mommy kongsikan dalam entry yang lain.

Ini hidangan mommy makan kat rumah... semua dalam satu pinggan. Lagi sedap kot...

Resepi Nasi Daging Utara
nasi daging yang sedap. hahaha

Ni contoh hidangan kat kedai.


Lala Masak Lemak Cili Padi ~ Masakan yang tak pernah jemu dan pasti ianya membuka selera. Menaip entry ini pun sudah terbayang keenakan Lala Masak Lemak Cili Padi. Rasa manis lala bercampur dengan kuah lemak pedas yang sedap. Gulps! Posa oiii. hahaha.

Masak lemak cili padi antara masakan yang paling senang nak masak. Tak perlu menggunakan minyak. Yang penting pandai mainkan sukatan santan, cili padi, bahan kisar dan lala. Cukup semuanya memang sedap. CK kalau masak lala ni confirm 2 kg sekali beli. Sekilo tak cukup sebab anak-anak suka meratah. Encik suami pun sama... Siap beritahu supaya beli lebih lain kali. Okayyy Darl. Janji duit dapur pun lebih. hihi



Lala Masak Lemak Cili Padi 


Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi 


Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi
Masak lemak cili padi lala dan nanas


Bahan-Bahan

2 kg Lala - di rendam dengan air garam dan di bersihkan
2 batang serai - di ketuk
1 biji nanas - hiris nipis dan memanjang
1-2 biji tomato di belah 4 atau 6
2-3 helai daun kunyit p- dihiris besar atau halus. 
RM4 santan
1-2 keping asam keping/gelugor
2-3 cawan air
garam secukupnya

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2 cm halia
6-10 biji cili padi

Caranya

Panaskan kuali. Mommy lebih suka guna kuali sebab senang nak gaulkan lala tu nanti. 

Masukkan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai, asam keping, air dan garam. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

Masukkan nanas. Biarkan sehingga mendidih dan nanas masak.

Masukkan lala, tomato, santan. Gaul rata. Biarkan sehingga mendidih. 

Tambahkan daun kunyit. 

Rasa. Jika dah cukup, angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas, ikan goreng, cili padi dan ulam. 


Selamat mencuba.





Rendang Daging Mudah Dan Sedap ~ Rendang adalah menu utama hari raya dan makanan pertama yang mommy akan makan pada pagi raya sama ada dengan ketupat, lemang atau nasi himpit. Kadang-kadang tu dengan roti pun jadi. Yang bestnya rendang boleh masuk dengan semua pasangannya. Dengan nasi dan pulut pun boleh. Itu lah kelebihan rendang daging.

Tips dari orang dedulu untuk bagi rendang tahan lama adalah dengan memasaknya sehingga naik minyak. Ini menandakan santan yang di masukkan tersebut telah benar-benar masak sehingga menjadi minyak. Gitu kekdahnya. 

In sha Allah raya ni, dapur mommy bakal penuh dengan aroma rendang daging. Rasanya 2 kilo daging akan menjadi rendang. Mommy buat untuk banyak sebab lepas masak, sejukkan dan bekukan dalam freezer. Nak makan ambil dan panaskan. So, tak perlu lah nak buat rendang 2,3 kali sebulan. 

Rendang ni apabila di bekukan akan tahan selama 6 bulan dalam freezer. 


rendang daging mudah dan sedap

Rendang Daging


Bahan-Bahan

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
1-2 keping asam keping
garam


Bahan-Bahan Kisar

3-5 sudu cili kisar - mengikut kepedasan sendiri
3-6 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.

Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati dengan rempah mesin sebentar.

Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat

Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

Biarkan sehingga naik minyak.

Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..
Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ▼  Jun (5)
      • Gulai Daging Kulat Sisir
      • Resepi Ketam Cili
      • Resepi Nasi Daging Utara
      • Lala Masak Lemak Cili Padi
      • Rendang Daging Mudah Dan Sedap
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates