facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Makan apa tengahari ni uolls? Hari ni takmo update resepi tapiiii nak tayang gambar terubuk masin sarawak. Terubuk masin sarawak ni mommy pesan dengan kawan yang pergi ke Sarawak tempohari. Dapatlah 4 ekor. Disebabkan peminat terubuk masin ni ramai, maka dah tinggal seekor saja. 

Siapa kawan blogger mommy yang tinggal di sarawak? Nak minta tolong belikan dan pos kepada mommy terubuk masin ni.  Komen kat bawah yer. Nanti kita cerita panjang kat Whatsapp pula yer..

Terubuk masin ni, mommy nak buat stok bulan ramadhan nanti. Barulah berselera ketika sahur... 


happy lunching uolls.
Menu Paling Sedap Sepanjang Zaman ~ adalah menu telur masak kicap. Di makan pula dengan nasi panas. Bukan saja anak-anak yang suka. Mommy pun suka. Menu ini selalunya mommy masak untuk sahur puasa ganti. Memang bertambah-tambah walaupun pada mulanya tiada selera nak makan di awal pagi.


telur masak kicap mudah dan sedap

Masak kicap ini walaupun ringkas tapi rasa dan aromanya membangkitkan selera. tak perlu lauk lain dah. Yang ini saja pun dah cukup. Mudah dan sedap.



telur masak kicap mudag dan sedap

Resepi Telur Masak Kicap


Bahan

3-5 biji telur ayam yang di basuh ( ikut bilangan ahli keluarga)
1 labu bawang besar - di potong bulat/ separa bulat
5 biji cili padi - di belah
1 biji cili besar merah - di potong 
1 sudu besar cuka 
5 sudu besar kicap manis
Minyak


Caranya

Telur di goreng terlebih dahulu. boleh garing atau separa masak. Ikut suka hatilahh..

Minyak goreng telur tadi di gunakan semula. 

Tumis bawang besar, cili padi dan cili merah sehingga terbau wangi bawang.

Tambah kicap dan cuka. Masak sehngga mendidih. 

Angkat dan curahkan ke atas telur.

Siap untuk di hidang.

Assalamualaikum wbt. Tom Yam Ayam. Kadang-kadang bila balik kerja dah lambat dan malas nak makan luar, mommy akan masak tomyam ayam atau tomyam campur (tengok apa yang ada dalam fridge ler) dan digengkan dengan telur dadar yang mabeles. Alhamdulillah kenyang kami anak-beranak. 

Sebenarnya dari zaman bujang lagi mommy memang amalkan masak sendiri bukan apa lebih jimat dan masakan tu penuhi selera mommy. Bukan apa, kadang-kadang beli tu ada yang terpedas, order tomyam lain, dapat lain, rasa memang out terus pun ada. So, better masak sendiri. Boleh letak apa yang kita nak. hhihi.

Korang yang bujang tu masak tak? Tak pandai lah mommy.... Belajar yer adik-adik dan nahhh resepi tomyam ayam mudah dan sedap.

tom yam ayam mudah dan sedap



Tom Yam Ayam

Bahan

2 keping dada ayam - potong kecil
2 batang serai
2 cm lengkuas
4 sudu pes tom yam jenama peace
2 biji tomato - di potong 6 bahagian
4 biji cili padi - di ketuk
1 biji bawang besar atau bawang holland - di belas 6-8 bahagian
2 biji limau kasturi - ambil airnya saja
air secukupnya
garam secukupnya

Optional - boleh tambah carrot dan kobis bunga.


Caranya

Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan serai, lengkuas, pes tom yam, bawang besar. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

Masukkan ayam. Biarkan sehingga  mendidih.

Tambahkan garam dan air limau kasturi.

Angkat dan hidangkan bersama telur dadar dan nasi panas.

Assalamualaikum wbt. Lama betul tak update blog yang ni. Gambar dah lama masukkan tapi dok dalam draf ja sebab tak dak masa nak mengarang. So, hari ni mommy nak kongsikan resepi nasi tomato dan ayam masak merah yang sedap dan mudah. Resepi nasi tomato ini mommy perolehi dari blog Hanieliza. Suka dengan resepi dari hanieliza sebab dia menggunakan buah tomato untuk sediakan nasi tomato. Kebanyakan resepi yang mommy perolehi adalah menggunakan tomato soup atau puree yang dalam tin. Apabila menggunakan buah tomato, rasa dan warna adalah mengikut buah tomato tersebut. 

Ofkos la bila resepi yang mommy cuba ini menjadi dan sedap, mommy kongsikan dengan readers sekalian. Supaya korang pun rajin masak untuk keluarga sebab memasak itu mudah dan menjimatkan. 

nasi tomato mudah dan sedap

RESEPI NASI TOMATO


Bahan-Bahan

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis

3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara

Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Tumis dalam rice cooker jer..

Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan biarkan masak.

Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Boleh di hidangkan bersama lauk ayam masak merah dan acar timun..



Resepi Ayam Masak Merah


Bersama-sama dengan nasi tomato ini, mommy sediakan juga ayam masak merah yang menjadi kesukaan anak-anak. Dah menjadi kesukaan anak-anak dan akan request setiap minggu. Terdapat pelbagai resepi ayam masak merah ni tetapi yang paling sedap adalah resepi yang mommy perolehi dari blog Aziejaya. Dalam resepi Aziejaya ini menggunakan bahan hiris untuk tumis tapi mommy kisarkan semua sebab anak-anak mommy pantang nampak bawang dan jika tergigit, depa akan muntahkan makanan tu. Sebab itulah mommy blend kan semua. Senang.

Untuk ayam masak merah ini, mommy kongsikan resepi asal Aziejaya. 

ayam masak merah mudah dan sedap


Bahan bahan

1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan 
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus

4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris

3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping



Caranya

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.


Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ▼  April (4)
      • Terubuk Masin Sarawak
      • Menu Paling Sedap Sepanjang Zaman
      • Tom Yam Ayam Mudah Dan Sedap
      • Resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Merah
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates