facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji. Hujan-hujan ni memang sedap kalau dapat makan masakan panas. Terasa panas kat tekak dan makan nasi pun bertambah. Disebabkan cuaca di Kulim sejuk dan hujan on off dari pagi, CH masakkan sup ayam cendawan putih shimeji untuk dihidangkan dengan sambal petai daging dan nasi putih. Nampak simple tapi itu gabungan yang sepadan dikalau cuaca sejuk dan hujan. Baki sup yang tak habis ni, CH boleh makan masa makan malam. 

Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji. sup ayam, sup ayam sedap, cara masak sup ayam, bahan untuk sup ayam, sup ayam mudah, resipi sup ayam mudah dan sedap, sup cendawan, resepi sup cendawan, cendawan, cendawan putih shimeji, sup cendawan putih shimeji, resipi cendawan putih shimeji, ayam, resipi ayam mudah dan sedap, sup ayam, sedapnya sup ayam, resipi sup ayam, sup ayam tanpa sup bunjut, cara masak sup ayam tanpa sup bunjut, resipi sup mudah dan sedap, maggi cukup rasa, maggi,
Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Sebelum ni CH tak pandai sangat makan cendawan selain cendawan tiram, kulat sisir dan cendawan inoki. Masa memula cuba makan cendawan putih shimeji ni, CH masukkan dalam tomyam. Sedap rupanya. Ini kali kedua CH beli, dan masukkan dalam sup ayam. Ermm memang sedap. Confirm beli lagi untuk stok sayur dalam peti sejuk. Harganya pun berpatutan iaitu rm2.50 untuk satu bungkus. Mungkin boleh dapat murah lagi di tempat lain.


Kalau korang tak pernah cuba, boleh cuba makan cendawan ni dengan mencampurkannya dalam masakan korang. Sedap dan rasa nak lagi dan lagi. 


Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Oklah, kongsi dengan korang resipi sup ayam cendawan putih shimeji cara CH. Lain orang mungkin lain caranya. Masak saja cara yang korang suka dan senang. Tak perlu tiru orang lain. Yang penting itu cara korang dan korang suka dengan cara dan resipi tu. 

Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Bahan: 

1/2 ekor ayam - dipotong kecil ( 10 ketul)
2 biji kentang - dipotong 4 setiap biji
1 bungkus cendawan putih shimeji - dipotong dan di bersihkan. 
1 sk lada hitam - ditumbuk halus
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya
1sk serbuk cukup rasa Maggi
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
Air secukupnya


Bahan Tumis

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Caranya

Panaskam minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan sedikit garing. 

Masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan ayam masak dan sedikit garing. 

Tambah lada hitam dan ubi kentang.  Gaul rata. 

Masukkan air sehingga menutup ayam dan ubi kentang. 

Tambah garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih dan kentang masak sepenuhnya. 

Rasa. Jika rasa dah cukup semuanya, masukkan cendawan putih shimeji. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga cendawan masak sepenuhnya. 


Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Tutup api.  Masukkan dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun sup. 


Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Sedia dihidangkan dengan sambal petai daging dan nasi panas. 

Selamat mencuba uolls! 





Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi. Nasi lemak beli dengan nasi lemak buat sendiri mana sama. Buat sendiri lebih sedap dan wangi. Susah nak jumpa nasi lemak yang sedap dan wangi sekarang ni. Ada pun macam setakat boleh makan. Kadang nasi dah okay tapi sambal pula tak menepati citarasa... Nak makan puas dan kena selera, kenalah masak sendiri. Cuma kadang kadang tu buat bodoh bodoh plus malas ja supaya hari cuti boleh rehat tanpa fikir menu apa nak masak...

Nasi lemak CH tak letak halba dan lada hitam sebab nanti jenuh nak pilih bila nak makan.. Dengan bahan yang CH guna ni pun dah cukup sedap dan wangi. Makan memang bertambah.. 

Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi, nasi lemak, nasi lemak sedap dan wangi, nasi lemak wangi, sedapnya nasi lemak, cara masak nasi lemak sedap, nasi, mudahnya masak nasi lemak, nasi lemak paling sedap, cara masak nasi lemak dalam rice cooker, nasi lemak utara, resepi nasi lemak utara, sedapnya nasi lemak utara,
Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi


Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi



Bahan: 

3 cawan nasi ( utk 4 orang) 

RM 2 santan

1 batang serai - di titik

1 helai daun pandan - CH potong 4

1cm halia - di racik

1/2 biji bawang besar - di racik

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

garam secukupnya

air secukupnya



Caranya: 

Basuh beras dan masukkan santan. Tambah air seperti masak nasi biasa ( sukatan air ni termasuk santan). Guna rice cooker yer.

Masukkan halia, bawang, daun pandan,  serai kulit kayu manis, bunga lawang dan garam secukupnya. 

Masak nasi seperti biasa. Gaul rata apabila nasi dah kering. 

Sedia di makan dengan sambal udang, ikan bilis, telur ataupun ayam goreng berempah. 

Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi, nasi lemak, nasi lemak sedap dan wangi, nasi lemak wangi, sedapnya nasi lemak, cara masak nasi lemak sedap, nasi, mudahnya masak nasi lemak, nasi lemak paling sedap, cara masak nasi lemak dalam rice cooker, nasi lemak utara, resepi nasi lemak utara, sedapnya nasi lemak utara,

 
Untuk resepi sambal boleh refer di SINI


Tips Masak Bendi Tak berlendir. Bendi yang dimasak dengan cara yang betul dan resepi terbaik memang sedap. Tetapi bagi yang tidak biasa memang rasa memasak bendi adalah leceh. Salah langkah, boleh menyebabkan bendi menjadi berlendir dan terpaksa masak sehingga layu atau sehingga lendir tersebut hilang. Untuk masak bendi supaya tidak berlendir, korang boleh follow tips ini. 


Tips Masak Bendi Tak berlendir


Tips Masak Bendi Tak berlendir. cara hilangkan lendir bendi, lendir bendi, cara kurangkan lendir bendi, bendi, cara masak bendi yang betul, kacang, kacang lendir, cara atasi lendir bendi, tips masak bendi, cara menghilangkan lendir bendi, khasiat lendir bendi,
Tips Masak Bendi Tak berlendir


Sebelum Memasak


#1 Basuh bendi siap-siap sebelum potong. 

#2 Keringkan atau tos bendi selepas basuh


Ketika Memasak


#4 Tumiskan bawang cili terlebih dahulu, masukkan bendi dan masak dengan api yang besar.

#5 Tempoh masa memasak lebih kurang 3 minit

#6 Jangan masukkan air ketika memasak bendi ataupun ketika menumis.

#7 Masukkan cuka, air asam jawa atau asam keping ketika masak

#8 Jangan guna bawang merah atau besar, guna bawang putih saja

#9 Sangai dalam kuali terlebih dahulu. Kemudian campur dengan bahan tumis.

#10. Tak perlu potong, buat goreng tempura ja sebiji-sebiji. Confirm tiada lendir. 


Walaibagaimanapun, Doktor Khairul Faizie menyatakan lendir bendi ini sangat baik untuk kesihatan lelaki dan wanita terutamanya untuk sakit lutut atau sendi. Jadi, tiada masalah jika bendi yang dimasak mempunyai lendir. Makan saja. Rupa tak penting, khasiat lendir tu yang bagus. 

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
      • Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi
      • Tips Masak Bendi Tak berlendir
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates