Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji

by - 9:52 PG

Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji. Hujan-hujan ni memang sedap kalau dapat makan masakan panas. Terasa panas kat tekak dan makan nasi pun bertambah. Disebabkan cuaca di Kulim sejuk dan hujan on off dari pagi, CH masakkan sup ayam cendawan putih shimeji untuk dihidangkan dengan sambal petai daging dan nasi putih. Nampak simple tapi itu gabungan yang sepadan dikalau cuaca sejuk dan hujan. Baki sup yang tak habis ni, CH boleh makan masa makan malam. 

Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji. sup ayam, sup ayam sedap, cara masak sup ayam, bahan untuk sup ayam, sup ayam mudah, resipi sup ayam mudah dan sedap, sup cendawan, resepi sup cendawan, cendawan, cendawan putih shimeji, sup cendawan putih shimeji, resipi cendawan putih shimeji, ayam, resipi ayam mudah dan sedap, sup ayam, sedapnya sup ayam, resipi sup ayam, sup ayam tanpa sup bunjut, cara masak sup ayam tanpa sup bunjut, resipi sup mudah dan sedap, maggi cukup rasa, maggi,
Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Sebelum ni CH tak pandai sangat makan cendawan selain cendawan tiram, kulat sisir dan cendawan inoki. Masa memula cuba makan cendawan putih shimeji ni, CH masukkan dalam tomyam. Sedap rupanya. Ini kali kedua CH beli, dan masukkan dalam sup ayam. Ermm memang sedap. Confirm beli lagi untuk stok sayur dalam peti sejuk. Harganya pun berpatutan iaitu rm2.50 untuk satu bungkus. Mungkin boleh dapat murah lagi di tempat lain.


Kalau korang tak pernah cuba, boleh cuba makan cendawan ni dengan mencampurkannya dalam masakan korang. Sedap dan rasa nak lagi dan lagi. 


Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Oklah, kongsi dengan korang resipi sup ayam cendawan putih shimeji cara CH. Lain orang mungkin lain caranya. Masak saja cara yang korang suka dan senang. Tak perlu tiru orang lain. Yang penting itu cara korang dan korang suka dengan cara dan resipi tu. 

Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Bahan: 

1/2 ekor ayam - dipotong kecil ( 10 ketul)
2 biji kentang - dipotong 4 setiap biji
1 bungkus cendawan putih shimeji - dipotong dan di bersihkan. 
1 sk lada hitam - ditumbuk halus
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya
1sk serbuk cukup rasa Maggi
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
Air secukupnya


Bahan Tumis

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Caranya

Panaskam minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan sedikit garing. 

Masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan ayam masak dan sedikit garing. 

Tambah lada hitam dan ubi kentang.  Gaul rata. 

Masukkan air sehingga menutup ayam dan ubi kentang. 

Tambah garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih dan kentang masak sepenuhnya. 

Rasa. Jika rasa dah cukup semuanya, masukkan cendawan putih shimeji. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga cendawan masak sepenuhnya. 


Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Tutup api.  Masukkan dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun sup. 


Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji


Sedia dihidangkan dengan sambal petai daging dan nasi panas. 

Selamat mencuba uolls! 





You May Also Like

0 comments