facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi. Nasi lemak beli dengan nasi lemak buat sendiri mana sama. Buat sendiri lebih sedap dan wangi. Susah nak jumpa nasi lemak yang sedap dan wangi sekarang ni. Ada pun macam setakat boleh makan. Kadang nasi dah okay tapi sambal pula tak menepati citarasa... Nak makan puas dan kena selera, kenalah masak sendiri. Cuma kadang kadang tu buat bodoh bodoh plus malas ja supaya hari cuti boleh rehat tanpa fikir menu apa nak masak...

Nasi lemak CH tak letak halba dan lada hitam sebab nanti jenuh nak pilih bila nak makan.. Dengan bahan yang CH guna ni pun dah cukup sedap dan wangi. Makan memang bertambah.. 

Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi, nasi lemak, nasi lemak sedap dan wangi, nasi lemak wangi, sedapnya nasi lemak, cara masak nasi lemak sedap, nasi, mudahnya masak nasi lemak, nasi lemak paling sedap, cara masak nasi lemak dalam rice cooker, nasi lemak utara, resepi nasi lemak utara, sedapnya nasi lemak utara,
Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi


Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi



Bahan: 

3 cawan nasi ( utk 4 orang) 

RM 2 santan

1 batang serai - di titik

1 helai daun pandan - CH potong 4

1cm halia - di racik

1/2 biji bawang besar - di racik

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

garam secukupnya

air secukupnya



Caranya: 

Basuh beras dan masukkan santan. Tambah air seperti masak nasi biasa ( sukatan air ni termasuk santan). Guna rice cooker yer.

Masukkan halia, bawang, daun pandan,  serai kulit kayu manis, bunga lawang dan garam secukupnya. 

Masak nasi seperti biasa. Gaul rata apabila nasi dah kering. 

Sedia di makan dengan sambal udang, ikan bilis, telur ataupun ayam goreng berempah. 

Resipi Nasi Lemak Mudah, Sedap Dan Wangi, nasi lemak, nasi lemak sedap dan wangi, nasi lemak wangi, sedapnya nasi lemak, cara masak nasi lemak sedap, nasi, mudahnya masak nasi lemak, nasi lemak paling sedap, cara masak nasi lemak dalam rice cooker, nasi lemak utara, resepi nasi lemak utara, sedapnya nasi lemak utara,

 
Untuk resepi sambal boleh refer di SINI


Resipi nasi goreng cabai kering. Assalamualaikum wbt. Dah banyak hari tak update padahal hari-hari buka blog. Mood untuk update blog takde pastu jeles tengok income adsense orang lain banyak dan tiap-tiap bulan boleh cash out. CH ni setahun sekali saja cash out adsense. Tahun ni tak tau sempat atau tak.. harap2 sempatlah. Boleh la buat beli handbag baru untuk tahun 2021. Aaaa giteww.. Nampak tak dia punya berangan bukan main.. Berangan tu free ja. So, tak salah berangan sebab ia boleh jadi kenyataan. Oh yer, macam mana dengan sahur korang? Berselera tak? CH kurang sikit sebab dari dulu lagi jenis tak sahur tapi bila ada anak-anak ni gagahkan diri juga untuk sahur. Menu sahur pun simple saja macam nasi goreng, ayam masak kicap, telur kicap, ikan bilis dan lain-lain. Antara nasi goreng yang CH dah masak pada bulan Ramadan ini adalah nasi goreng cabai kering. Kegemaran CH ni...

Nasi goreng cabai kering ada banyak versi tapi yang ini memang CH suka dan sangat kena dengan selera CH. Mungkin sebab rasa dan bau cabai kering yang garing. Memang sangat menyelerakan. 

Sebab ia sedap di tekak CH, CH kongsi resipinya dengan korang....

Resipi nasi goreng cabai kering, nasi goreng cabai kering, nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng cabai kering  mudah dan sedap, sedapnya nasi goreng cabai kering, cabai kering, resipi nasi goreng mudah masak dan sedap, resipi nasi goreng viral, resipi nasi sejuk, resipi nasi mudah dan sedap, nasi goreng, nasi goreng mudah masak, nasi goreng kampung style, resipi nasi goreng untuk sahur, menu sahur, menu sahur yang menyelerakan, menu sahur paling sedap, menu sahur , nasi goreng untuk sahur
Nasi goreng cabai kering


Resipi Nasi Goreng Cabai Kering


Bahan:

Nasi sejuk (leftover semalam punya)

Ikan goreng - dibuangkan tulang dan ditumbuk. Boleh diganti dengan ikan bilis

3 biji cili kering - dipotong 1cm dan direndam dengan air panas

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Minyak secukupnya
Garam secukupnya


Caranya:


Tumbuk cili kering, bawang putih dan bawang besar sehingga lumat tapi sedikit kasar. 

Panaskan minyak, tumis cabai kering, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan ikan. Gaul rata dan biarkan ikan sedikit garing. 

Masukkan garam secukupnya. Gaul rata.

Tolak bahan tumis ke tepi dan masukkan telur. Hancurkan telur dan gaul rata. 

Masukkan nasi. Gaul rata sehingga semua bahan bersatu dengan nasi. Biarkan nasi goreng lama diatas api api agar nasi menjadi sedikit garing dan lebih sedap. 

Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 






Menu Lontong Di Hari Raya Ke-6. Yang ni pun tetamu yang tiba-tiba nak datang. Call pepagi habaq nak mai. Takdak idea nak masak apa, terus tanya tetamu nak makan apa? Depa request lontong. Teringin nak makan katanya. Kihkih. 

Terus ke dapur, zasss rebus nasi himpit segera dalam rice cooker. Zass siap ke market untuk beli ayam ,sayuran,tauhu tempe dan santan. Beli ayam sebab encik suami pernah cakap, kalau buat lontong.. buat sambal ayam. Dia suka makan lontong dengan sambal ayam. 

Balik rumah terus start masak. Alhamdulillah sebelum tetamu sampai, dah siap masak. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap Sama Sambal Ayam

Dua versi lontong. Yang atas versi lontong letak sambal ayam, yang bawah lontong saja... Yang bawah tak rasa pedaslah.. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap

Resepi Lontong Mudah Dan Sedap


Bahan

Nasi himpit - guna jenama NONA atau ADABI yang saiz kecil. Ada 30 bungkus dan sesuai untuk 15 orang (anggaran). Rebus, tos dan biarkan sehingga sejuk terlebih dahulu. Baru senang nak potong gituuu.


Bahan Kuah Lontong

Santan - RM 6 santan segar + 1 kotak kecil santan jenama Ayam Brand
1 bungkus tempe - potong kecil
3 ketul tauhu - potong kecil - sama saiz dengan tempe
5 helai Kobis Panjang - potong
1/3 biji ubi sengkuang - potong memanjang macam fries
1/2-1 batang Carrot - potong memanjang / bulat
RM0.50 suhun - rendam dan di gunting 2
2-5 helai fucuk - rendam dan potong lebih kurang 2cm
1 genggam udang kering kecil/halus
1 keping asam keping/gelugor
1.5 liter air
garam secukupnya

Bahan Kisar

3 biji bawang besar
2 cm halia
2-3 cm lengkuas
3-5 batang serai
2-3 biji buah keras
2 cm kunyit hidup


Caranya

Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.

Masukkan air dan biar sehingga mendidih lagi. 

Masukkan tempe, tauhu, carrot, ubi sengkuang dan udang kering. Biarkan ia sehingga mendidih dan sedikit masak.

Tambah santan dan masukkan kobis panjang, suhun, fucuk serta garam. Kacau perlahan sehinggan sebati dan santan masak sepenuhnya. 

Rasa dan tutup api. 

Hidang bersama nasi himpit dan sambal ayam ketika kuah lontong masih panas. 


Resepi Sambal Ayam 

Bahan:

1 ekor ayam - di potong kecil macam hendak buat ayam goreng kunyit. Di gaul garam kunyit dan di goreng sekejap. Ketepikan.
3-5 sudu cili kisar
asam jawa secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Minyak secukupnya


Bahan kisar

3 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 cm halia

Caranya

Panaskan minyak ( guna balik minyak goreng ayam tadi) dan tumiskan cili kisar sehingga sedikit garing dan wangi.

Tambah bahan kisar dan kacau sebati. Biar sehingga masak sepenuhnya.

Masukkan garam, air asam dan gula secukupnya. Biarkan sebati sebelum tambah ayam yang telah di goreng tadi.

Gaul rata dan rasa.

Angkat dan hidangkan bersama lontong atau nasi panas.
Nasi Goreng Udang Menu Hari Pertama Sahur. Hai korang, lama mommy tak update sini.. Busy kemain. Hihi. Firstly, mommy nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan mengerjakan sembahyang terawikh serta lain-lain perkara sunat. Hari pertama sahur, mommy dan anak-anak bersahur tanpa daddy sebab daddy kerja shift malam. Bukan sahur saja, berbuka pun sama. Sobs sobs.. Bila tiada daddy, menu sahur pun simple saja iaitu Nasi Goreng Udang. Resepi ini mudah dan sedap. 

Apa menu korang pula? Share la..

Nasi goreng udang, resepi nasi goreng udang, nasi goreng udang mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, sedapnya nasi goreng udang, menu sahur, menu sahur mudah dan sedap, resepi udang, resepi udang mudah dan sedap,
Nasi goreng udang

Nasi goreng udang, resepi nasi goreng udang, nasi goreng udang mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, sedapnya nasi goreng udang, menu sahur, menu sahur mudah dan sedap, resepi udang, resepi udang mudah dan sedap,
Nasi goreng udang mudah dan sedap

Nasi Goreng Udang


Bahan

Nasi - utk 2 orang
4-6 ekor Udang 
1 biji telur
1 ulas bawang merah kecil - racik
1 ulas bawang putih- racik
3 biji cili padi - di belah dua
Garam - secukupnya
Minyak


Caranya

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi. Biarkan sehingga wangi. 

Masukkan udang. Gaul sekali sekala sehingga masak sepenuhnya. 

Tolak tepi, masukkan telur dan hancurkannya. 

Masukkan nasi dan garam secukupnya. Gaul rata. 

Angkat dan hidangkan ketika panas. 

Selamat mencuba!

Nasi Goreng Petai. Hai korang...  sekejap timbul, sekejap tenggelam. Dah macam wakil rakyat PRU yer tak? Takdelah sis gurau jer. hihi. Hari isnin baru-baru ini, mommy ada buat nasi goreng petai. Nasi goreng petai mommy simple saja sebab mommy guna lebihan sambal petai udang yang mommy buat sehari sebelum tu. Bila buat macam ni boleh habis sambal petai.. Kalau tak, duduk dalam freezer sampai berbulan. Dari membazir dan takdak sapa nak makan, mommy buatlah nasi goreng petai. Simple tapi sedap.

Bagi yang tak pernah rasa lagi, korang boleh la cuba buat dengan menggunakan lebihan sambal petai. Rasa macam mak masaklah. :D

Oh yer, untuk resepi sambal petai.. Korang boleh ambil dari SINI

Nasi goreng Petai, resepi nasi goreng petai, nasi goreng sambal petai, sedapnya nasi goreng petai, nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng petai mudah dan sedapnya, senangnya masak nasi goreng, resepi nasi goreng mudah dan sedap, udang, sambal petai udang, menu nasi, nasi goreng
Nasi Goreng Petai

Nasi Goreng Petai

Bahan

Lebihan nasi
Lebihan sambal petai
2 biji Telur  di goreng hancur terlebih dahulu
Garam secukupnya


Caranya

Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu minyak masak. Kalau sambal korang dah berminyak, tak perlu tambah minyak pun takpa.

Masukkan lebihan sambal dalam kuali. Kalau banyak, janganlah letak semua. Agak-agak sepadan dengan kuantiti nasi.

Apabila sambal telah mendidih, masukkan nasi dan sedikit garam. Gaul rata.

Masukkan telur hancur dan gaul rata.

Angkat dan hidangkan panas bersama air kopi, teh o ataupun minuman kegemaran korang.

Selamat mencuba!


Masak pulut dengan rice cooker. Mommy ni bukanlah pakar masak tapi mommy suka try & error pastu try lagi sampai jadilah. Mommy try masak pulut dengan rice cooker sebab masa tu tak pandai lagi guna pengukus. Masa bujang semuanya harapkan emak buat. Bila kena buat sendiri terkial-kial lah nak buat. So, mommy pun cubalah masak pulut guna rice cooker. Boleh rupanya😅😅.

Cara masak pulut ni sama saja dengan masak nasi cuma beza dekat sukatan air. Untuk pulut just ukur guna kuku iaitu dari hujung kuku sentuh beras sampai hujung kuku satu lagi. Untuk masak pulut tak perlu banyak air. Kalau pulut masih tak masak, tambah air sikit saja. Oh yer, untuk masak pulut dalam rice cooker perlu kacau kerap sikit. Ini adalah untuk memastikan pulut masak sama rata.

Masak pulut dengan rice cooker lebih cepat. Boleh nikmati pulut ini dengan rendang, ikan masin dan nyoq (kelapa) ataupun dengan kesukaan ramai iaitu mangga dan durian.

Inilah hasil pulut yang mommy masak dengan rice cooker. Makan dengan durian. Yummy! 

Pulut, cara masak pulut, masak pulut guna rice cooker, bolehkah masak pulut guna rice cooker, cara masak pulut dengan rice cooker, mudahnya masak pulut, pulut durian sedap, mudahnya buat pulut durian, pulut durian mudah dan sedap
Masak pulut guna rice cooker

Pulut Durian


Bila pulut dah masak, sediakan santan. Untuk santan, mommy hanya masak santan dengan garam. Mommy tak suka masukkan gula sebab durian tu dah manis tapi sesetengah orang suka tambah gula. Terpulanglah pada masing-masing punya selera. 

Pulut, cara masak pulut, masak pulut guna rice cooker, bolehkah masak pulut guna rice cooker, cara masak pulut dengan rice cooker, mudahnya masak pulut, pulut durian sedap, mudahnya buat pulut durian, pulut durian mudah dan sedap
Mudahnya masak pulut durian

Rezeki dapat durian kunyit harga rm15 sekilo. Ini durian Junjung, Kulim. Tengah musim sekarang ni..

Pulut, cara masak pulut, masak pulut guna rice cooker, bolehkah masak pulut guna rice cooker, cara masak pulut dengan rice cooker, mudahnya masak pulut, pulut durian sedap, mudahnya buat pulut durian, pulut durian mudah dan sedap
Durian

So, kalau teringin nak makan pulut durian bolehlah cuba masak sendiri sebab lagi berbaloi dan puas makan. 

Selamat mencuba uolls.



Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates