Assalamualaikum wbt. Lama betul tak update blog yang ni. Gambar dah lama masukkan tapi dok dalam draf ja sebab tak dak masa nak mengarang. So, hari ni mommy nak kongsikan resepi nasi tomato dan ayam masak merah yang sedap dan mudah. Resepi nasi tomato ini mommy perolehi dari blog Hanieliza. Suka dengan resepi dari hanieliza sebab dia menggunakan buah tomato untuk sediakan nasi tomato. Kebanyakan resepi yang mommy perolehi adalah menggunakan tomato soup atau puree yang dalam tin. Apabila menggunakan buah tomato, rasa dan warna adalah mengikut buah tomato tersebut.
Ofkos la bila resepi yang mommy cuba ini menjadi dan sedap, mommy kongsikan dengan readers sekalian. Supaya korang pun rajin masak untuk keluarga sebab memasak itu mudah dan menjimatkan.
RESEPI NASI TOMATO
Bahan-Bahan
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
Cara
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Tumis dalam rice cooker jer..
Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan biarkan masak.
Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
Boleh di hidangkan bersama lauk ayam masak merah dan acar timun..
Resepi Ayam Masak Merah
Bersama-sama dengan nasi tomato ini, mommy sediakan juga ayam masak merah yang menjadi kesukaan anak-anak. Dah menjadi kesukaan anak-anak dan akan request setiap minggu. Terdapat pelbagai resepi ayam masak merah ni tetapi yang paling sedap adalah resepi yang mommy perolehi dari blog Aziejaya. Dalam resepi Aziejaya ini menggunakan bahan hiris untuk tumis tapi mommy kisarkan semua sebab anak-anak mommy pantang nampak bawang dan jika tergigit, depa akan muntahkan makanan tu. Sebab itulah mommy blend kan semua. Senang.
Untuk ayam masak merah ini, mommy kongsikan resepi asal Aziejaya.
Bahan bahan
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal
Bahan bahan kisar halus
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
Caranya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
0 comments