Masak Pulut Dengan Rice Cooker
Masak pulut dengan rice cooker. Mommy ni bukanlah pakar masak tapi mommy suka try & error pastu try lagi sampai jadilah. Mommy try masak pulut dengan rice cooker sebab masa tu tak pandai lagi guna pengukus. Masa bujang semuanya harapkan emak buat. Bila kena buat sendiri terkial-kial lah nak buat. So, mommy pun cubalah masak pulut guna rice cooker. Boleh rupanya😅😅.
Cara masak pulut ni sama saja dengan masak nasi cuma beza dekat sukatan air. Untuk pulut just ukur guna kuku iaitu dari hujung kuku sentuh beras sampai hujung kuku satu lagi. Untuk masak pulut tak perlu banyak air. Kalau pulut masih tak masak, tambah air sikit saja. Oh yer, untuk masak pulut dalam rice cooker perlu kacau kerap sikit. Ini adalah untuk memastikan pulut masak sama rata.
Masak pulut dengan rice cooker lebih cepat. Boleh nikmati pulut ini dengan rendang, ikan masin dan nyoq (kelapa) ataupun dengan kesukaan ramai iaitu mangga dan durian.
Inilah hasil pulut yang mommy masak dengan rice cooker. Makan dengan durian. Yummy!
Masak pulut guna rice cooker |
Pulut Durian
Bila pulut dah masak, sediakan santan. Untuk santan, mommy hanya masak santan dengan garam. Mommy tak suka masukkan gula sebab durian tu dah manis tapi sesetengah orang suka tambah gula. Terpulanglah pada masing-masing punya selera.
Mudahnya masak pulut durian |
Rezeki dapat durian kunyit harga rm15 sekilo. Ini durian Junjung, Kulim. Tengah musim sekarang ni..
Durian |
So, kalau teringin nak makan pulut durian bolehlah cuba masak sendiri sebab lagi berbaloi dan puas makan.
Selamat mencuba uolls.
0 comments