Nasi Goreng Petai

by - 1:48 PTG

Nasi Goreng Petai. Hai korang...  sekejap timbul, sekejap tenggelam. Dah macam wakil rakyat PRU yer tak? Takdelah sis gurau jer. hihi. Hari isnin baru-baru ini, mommy ada buat nasi goreng petai. Nasi goreng petai mommy simple saja sebab mommy guna lebihan sambal petai udang yang mommy buat sehari sebelum tu. Bila buat macam ni boleh habis sambal petai.. Kalau tak, duduk dalam freezer sampai berbulan. Dari membazir dan takdak sapa nak makan, mommy buatlah nasi goreng petai. Simple tapi sedap.

Bagi yang tak pernah rasa lagi, korang boleh la cuba buat dengan menggunakan lebihan sambal petai. Rasa macam mak masaklah. :D

Oh yer, untuk resepi sambal petai.. Korang boleh ambil dari SINI

Nasi goreng Petai, resepi nasi goreng petai, nasi goreng sambal petai, sedapnya nasi goreng petai, nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng petai mudah dan sedapnya, senangnya masak nasi goreng, resepi nasi goreng mudah dan sedap, udang, sambal petai udang, menu nasi, nasi goreng
Nasi Goreng Petai

Nasi Goreng Petai

Bahan

Lebihan nasi
Lebihan sambal petai
2 biji Telur  di goreng hancur terlebih dahulu
Garam secukupnya


Caranya

Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu minyak masak. Kalau sambal korang dah berminyak, tak perlu tambah minyak pun takpa.

Masukkan lebihan sambal dalam kuali. Kalau banyak, janganlah letak semua. Agak-agak sepadan dengan kuantiti nasi.

Apabila sambal telah mendidih, masukkan nasi dan sedikit garam. Gaul rata.

Masukkan telur hancur dan gaul rata.

Angkat dan hidangkan panas bersama air kopi, teh o ataupun minuman kegemaran korang.

Selamat mencuba!


You May Also Like

0 comments