Nasi Goreng Udang Menu Hari Pertama Sahur. Hai korang, lama mommy tak update sini.. Busy kemain. Hihi. Firstly, mommy nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan mengerjakan sembahyang terawikh serta lain-lain perkara sunat. Hari pertama sahur, mommy dan anak-anak bersahur tanpa daddy sebab daddy kerja shift malam. Bukan sahur saja, berbuka pun sama. Sobs sobs.. Bila tiada daddy, menu sahur pun simple saja iaitu Nasi Goreng Udang. Resepi ini mudah dan sedap.
Apa menu korang pula? Share la..
Nasi goreng udang |
Nasi goreng udang mudah dan sedap |
Nasi Goreng Udang
Bahan
Nasi - utk 2 orang
4-6 ekor Udang
1 biji telur
1 ulas bawang merah kecil - racik
1 ulas bawang putih- racik
3 biji cili padi - di belah dua
Garam - secukupnya
Minyak
Caranya
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi. Biarkan sehingga wangi.
Masukkan udang. Gaul sekali sekala sehingga masak sepenuhnya.
Tolak tepi, masukkan telur dan hancurkannya.
Masukkan nasi dan garam secukupnya. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan ketika panas.
Selamat mencuba!
0 comments