facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Sandwich Ayam Panggang. Ini breakfast bila mommy cuti atau weekend. Suka makan macam ni sebab di luar takdak yang jual. Kalau adapun hanya di subway.. Nak buat sandwich jenis ni senang sangat tapi yang penting rasa dia sedap dan mengenyangkan.

Untuk lebih diet pula, lebih baik guna wholemeal bread. Kalau roti putih biasa ni kurang la sikit sebab roti yang ini ada rasa manis sikit... Sebab roti putih, ambil sekeping saja. tu pun dah kenyang sampai tengahari. 

Lagi satu, yang mommy suka buat sendiri sandwich ni sebab boleh letak ayam dan sayur banyak-banyak. hihi... Suka hatilah nak letak banyak mana sebab buat sendiri kannnn. Korang pun boleh buat juga..

Sandwich Ayam Panggang, sandwich, sandwich ayam, roti, roti gardenia, resepi sandwich ayam, respi sandwich, sandwich ayam mudah dan sedap, ayam, chicken sandwich, roti ayam, cara buat sandwich ayam, buat sendiri sandwich ala subway, sandwich ayam subway
Sandwich Ayam Panggang

Sandwich Ayam Panggang, sandwich, sandwich ayam, roti, roti gardenia, resepi sandwich ayam, respi sandwich, sandwich ayam mudah dan sedap, ayam, chicken sandwich, roti ayam, cara buat sandwich ayam, buat sendiri sandwich ala subway, sandwich ayam subway
Sandwich Ayam 


Sandwich Ayam Panggang


Bahan 

1 keping dada ayam - diperap dengan sos lada hitam.
Lettuche - di potong kecil dan di gaul dengan mayonis
Timun - di hiris bulat
Tomato - di hiris bulat
Sos Lada Hitam
Roti


Caranya

Panggang ayam sehingga masak. Kemudian hiris nipis.

Ambil roti, letakkan lettuche, tomato dan timun serta ayam. Tuangkan sos lada hitam ke atasnya.

Siap dan sedia di makan.

** boleh saja kalau nak letak sos cili tapi mommy legi suka sos lada hitam saja..

Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap. Hai korang! Hujan-hujan ni asyik lapar saja. Nasib baik ada stok spagetti dan ayam. Tung tang tung tang kat dapur terus jadi Spaghetti goreng yang mudah dan sedap serta mengenyangkan tekak mommy anak beranak. 

Spaghetti goreng ni mudah sangat nak buat. Main campak-campak jer.. Tapi bagi yang belum pernah buat boleh guna bahan dan cara yang mommy nak share ni. Bahan-bahan yang ada kat rumah saja. Takdak pun takpa sebab spaghetti ni takdak syarat atau cara nak masak dia yang spesifik. Kalau masak pula boleh guna apa saja cara, apa saja bahan janji sedap kat tekak korang. 

Kalau bab masak western ni mommy banyak follow page masakan di facebook. Suka tengok cara diaorang masak. Simple tapi sedap!

Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap, spaghetti, spagetti goreng, spagetti sedap, spagetti mudah dan sedap, mudanya masak spaghetti, cara buat spaghetti goreng, mudahnya masak spaghetti goreng, bahan-bahan untuk masak spaghetti goreng, spaghetti aglio Olio ayam, sedapnya spaghetti goreng,
Spaghetti Goreng 

Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap, spaghetti, spagetti goreng, spagetti sedap, spagetti mudah dan sedap, mudanya masak spaghetti, cara buat spaghetti goreng, mudahnya masak spaghetti goreng, bahan-bahan untuk masak spaghetti goreng, spaghetti aglio Olio ayam, sedapnya spaghetti goreng,
Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap


Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap


Bahan

1/2 peket spaghetti - di rebus hingga lembut dan di tos terlebih dahulu
2 ketul dada ayam - potong ikut suka korang
1 batang batang celeri - di potong 1 cm
2-3 biji tomato - racik halus
1 sudu besar cili kisar
1-2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil maggi cukup rasa
2 sudu besar minyak masak/ minyak zaitun
garam secukupnya
2 ulas bawang putih - di potong separa bulat


Caranya

Gaul ayam yang telah di potong dengan serbuk maggi cukup rasa.

Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

Guna minyak yang sama, tumiskan bawang putih sehingga bau wangi.

Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga cili masak sepenuhnya.

Tambah tomato yang telah di racik dan sos cili. Biarkan sehingga mendidih dan tomato sidikit hancur.

Masukkan garam secukupnya.

Akhir sekali, masukkan spaghetti, batang seleri dan ayam yang telah di goreng. Gaul rata.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas.


Selamat mencuba resepi ringkas ni.



Tips Memilih Bendi Tanpa Mematahkan Hujung Bila Membeli. Selama hidup 38 tahun baru  mommy tahi ada cara lain unuk kenal bendi muda atau tua. kahkah.. Selama ini ikut petua orang tua - tua saja iaitu dengan mematahkan hujung bendi. Patutlah peniaga marah sebab bendi yang tua kena tinggal dan rupa dah tak comei serta dah takdak orang nak beli. Sian orang yang meniaga...

Tips Memilih Bendi Tanpa Mematahkan Hujung Bila Membeli


Caranya dgn perhatikan saja tangkai bendi.. Tangkai muda akan terkatup rapat tanpa lubang manakala tangkai yang tua akan kelihatan berlubang. Semakin besar lubangnya..semakin tua lah bendi tersebut...( lihat gambar )

Tips Memilih Bendi Tanpa Mematahkan Hujung Bila Membeli
Tips Memilih Bendi Tanpa Mematahkan Hujung Bila Membeli

Okayy mommy akan cuba follow tips ni tapi dengan tengok situasi di pasar la. Kalau ramai takkan nak belek bendi satu satu untuk kenalpasti tua atau muda...


Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ▼  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ▼  Oktober (3)
      • Sandwich Ayam Panggang
      • Spaghetti Goreng Mudah Dan Sedap
      • Tips Memilih Bendi Tanpa Mematahkan Hujung Bila Me...
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates