Assalamualaikum wbt.
Masak apa hari ni? Mommy tak masak hari ni sebab dah masuk keja dan si kecil Aisy pun dah sihat. Alhamdulillah.
Hari ni mommy sharekan resepi sambal tumis udang yang simple dan sedap. Buat makan dengan nasi lemak pun sedap. Just tambahkan telur rebus dan ikan bilis goreng.
Untuk hidangan tengahari pula, tambahkan ikan goreng dan sup sayur sawi atau bayam. Lengkap sudah hidangan yang mudah tapi menyelerakan. Jadi suri rumah perlu pantas sebab ada banyak kerja yang menanti dengan waktu yang terhad. Sebab itulah mommy selalu masak yang simple-simple saja kecuali hari cuti.
Bukan apa, ini adalah strategi mommy agar anak makan dan kenal pelbagai masakan yang terdapat di Malaysia. Kalau tak di ajar, takut bila berjauhan dengan family... tak makan pula. Tak ke haru mommy dan daddy sebab tiap minggu asyik suruh bawa makanan atau nak balik rumah...
Jadi lebih baik di ajar dari awal agar tak memilih makanan..
Resepi Sambal Tumis Udang
Bahan
1/2 kg Udang - di buang kulit
1 batang serai - ketuk
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
minyak
garam
gula
asam keping/ air asam jawa
Caranya
Panaskan minyak sehingga panas. Masukkan cili kisar. Masak sehingga agak garing/ berminyak.
Setelah cili agak garing, masukkan bawang besar dan bawang putih yang di kisar serta serai yang telah di ketuk. Biarkan sehingga sehingga mendidih.
Masukkan garam, asam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, masukkan udang. Biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala agar tidak hangit di bawah.
Siap. angkat dan hidangkan bersama nasi, ikan goreng garing dan sup sayur.
1 comments
Uhh jumpa sambal udang la pulak. Teringin nak masak ni .. tapi kena habis pantang wife la kot baru saya leh masak. Skrang pun udang dah kurang sbb keadaan cuaca yang tak begitu baik dalam awal April 2017 ni.
BalasPadam