Gulai Ayam Rebung

by - 2:39 PTG

Gulai Ayam Rebung. Bila dah teringin, memang mommy usaha cari bahan dan masak sendiri. Nak cari kat kedai susah nak dapat dan kena dengan selera sendiri. So, hari ahad baru-baru ni pergi juga ke market dan cari rebung segar. Tak nak yang jeruk tu. Kita cari yang fresh dan balik rebus sendiri. Cuma siang rebung tu, tukang jual lah yang buat. Dah di offer, terus mommy angguk sajalah... 

Balik rumah, potong rebung ke saiz yang di kehendaki, buang bahagian yang keras dan rebus sehinga empuk. Bila dah empuk, sedap juga makan dengan sambal belacan sebagai ulam. Yummy!

Mommy tak buat ulam pun. Beli sikit saja, tak sampai satu kilo pun..sebab kat rumah tu mommy dengan MIL ja yang makan. Tu pun dia pantang sebab rebung boleh bagi kaki sakit katanya. Betul ke?  

gulai ayam rebung, kari ayam rebung, rebung, resepi gulai ayam rebung, resepi kari ayam rebung
Gulai ayam rebung


Beli sikit, bolehlah habuan mommy dan adik-adik mommy. Tapi nak jadikan cerita, selepas mommy habis masak saja.. 4 orang mak saudara suami singgah rumah dan makan tengahari di rumah. Rezeki mereka lah dapat merasa gulai ayam rebung ni. Buat tak banyak pun. Mommy cuma tambah ayam dalam gulai, masak sayur sawi dengan telur, telur dadar dan daging masak kunyit. Alhamdulillah cukup untuk semua. 

So, inilah resepi Gulai Ayam Rebung yang mommy buat tu. Style orang kampung ja... 


Gulai Ayam Rebung


Bahan-Bahan

1 ekor ayam - di potong 16. Cuci dan toskan.
Rebung - direbus, di cincang / dibelah-belah tak putus
2 sudu besar kerisik
RM 3 santan
1 biji tomato - dipotong halus
6 sudu besar rempah kari ayam daging - dibancuh dengan air
Garam dan gula secukupnya
Minyak secukupnya
500-750ml air


Bahan Kisar

1-2 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2cm halia


Bahan Tumis

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga


Caranya

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan rempah kari ayam yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga rempah masak sepenuhnya atau dah timbul minyak apabila mendidih. 

Masukkan bahan kisar dan tomato. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. 

Masukkan ayam dan santan. Kacau sebati sehingga ayam bersalutkan rempah. Biarkan sehingga mendidih ataupun sehingga ayam separuh masak.

Tambah air, kerisik dan rebung. Kaca rata sehingga mendidih.

Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Renih sehingga kuah agak pekat. 


Selamat mencuba!


You May Also Like

0 comments