facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Assalamualaikum wbt. Kari Ikan Nyok-Nyok

Hi korang! Dah breakfast? Mesti la sudah kan...

Hari ni mommy nak kongsikan resepi kari ikan nyok-nyok. Ikan ni sedap di buat kari sebab rasa isi dia yang lemak-lemak sangat sesuai dengan kari. Selain dari kari ikan nyok-nyok ni sedap juga di buat masak asam. masak cuka, masak kicap dan masak serai.

Resepi Kari Ikan
kari mabeles 

Masak kari sebenarnya senang saja. Kalau tak biasa buat memang rasa susah. Mommy pun macam tu jugak dulu. Tahu makan saja walaupun tak gemar. Bila dah kahwin baru terkial-kial nak buat. First time buat terlebih santan.. Terus jadi kari lemak. Kihkih. Learn from mistake. Sekarang dah pandai.. Pejam mata pun boleh buat. Kahkah.

Tips untuk korang jugak, kalau nak beli ikan besar jenis isi macam ikan nyok-nyok ni... sila beli seekor sebab harga pasaran sekilo bagi seekor adalah RM 26 -RM30. Ikut musim juga, kadang kadang murah dan kadang-kadang mahal. Kalau mahal, mommy tak beli. Bukan apa, belanja dapur kena pandai control kalau tak memang akan terlebih-lebih dan akan jadi membazir.

Oklah, tak nak bebel panjang-panjang. Nah resepi kari ikan paling mudah dan sedap.

Kari Ikan Nyok-Nyok

Resepi Kari Ikan Nyok-Nyok

Bahan

1 ekor ikan nyok-nyok ( 1 kg)
10 biji bendi
5 sudu besar rempah kari ikan - di bancuh dengan air
2 biji tomato - 1 biji di hiris halus, 1 biji di belah 4
1 biji bawang besar - di racik
3 ulas bawang putih - di racik
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
RM 2 santan
3 sudu besar minyak
garam secukupnya
air asam jawa secukupnya
3 cawan air


Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga wangi.

Masukkan rempah kari yang telah di bancuh. Masak dengan api sederhana sehingga garing dan berminyak. Kerap kacau agar rempah tidak hangit.

Tambahkan tomato yang di hiris nipis. Masak sehingga tomato layu dan hancur.

Masukkan santan, garam, air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, masukkan ikan, bendi dan tomato yang telah di belah 4.

Biarkan sehingga ikan dan bendi masak dengan api yang sederhana selama 15 minit.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Selamat mencuba!


Tips : Ikan nyok-nyok ni boleh di goreng terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam kari. Ini akan memberi kelainan pada rasa ikan.

Assalamualaikum wbt. Mee | Maggi Kuah Daging

Kadang-kadang setelah seharian berada di pejabat, balik rumah hanya terfikir menu yang ringkas yang boleh di nikmati oleh suami dan anak-anak. Antara menu yang seringkali buat adalah mee | Maggi kuah yang mommy buat sendiri kuahnya. Selalunya beli maggi atau mee kering kosong jenama cintan. Buat stok bila malas masak.

Di sebabkan resepi ini antara resepi ringkas dan senang masak, mommy kongsikan supaya yang membaca blog ini menjadi superb mom & dad. Bagi anak-anak, kitalah hero mereka. :)


Mee / Maggi Kuah Daging

Resepi Mee / Maggi Kuah Daging


Bahan

5-6 keping mee kering (guna jenama cintan)
100 gram daging rincik/ hancur - boleh gantikan dengan cicken ball. fisball atau meatball
2 biji telur ayam
1 biji bawang kecil - untuk tumis
1 ulas bawang putih - untuk tumis
2 sudu cili kering - kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato - boleh guna tomato soup untuk rasa yang lebih ummmph.
1 sudu sos tiram
garam
2 pokok sawi
3 biji tomato - 2 di cincang , 1 di belah 4
daun bawang
daun sup
bawang goreng
minyak - untuk tumis


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil dan bawang putih. masukkan daging cincang. Masak sekejap sehingga daging masak.

Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan tomato cincang sehingga tomato hancur sepenuhnya.

Setelah itu,  masukkan sos cili, sos tiram, air  dan sedikit garam. Rasa.

Ketika kuah tengah mendidih, masukkan telur sebiji sebiji. Biarkan sehingga telur agak masak.

Akhir sekali masukkan sawi, tomato dan mee kering. Biarkan sehingga mendidih atau mee  telah lembut.

Angkat. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sedap di makan ketika masih panas.

Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt.Resepi Kari Sotong Mudah Dan Sedap

Selalu kalau pergi makan nasi kandar mesti akan ambil kari sotong dan selalunya bila ambik harga konpom juling biji mata nak bayar. Sekarang mommy buat sendiri saja. Harga 2 pinggan nasi kandar boleh dapat seperiuk kari sotong. hihi.

Mommy share resepi kat sini supaya hangpa tak bayar mahai-mahai kat mamak. Buat sendiri dan makan pun puas.

Kari Sotong Mudah Dan Sedap

Dapat sotong besar-besar memang puas makan. Kalau sotong kecil-kecil tu pun best sedap isi dia manis. Terpulanglah nak guna yang mana.

Kari Sotong Mudah Dan Sedap


Resepi Kari Sotong


Bahan2

1kg Sotong
2 peket  atau 4 sedu besar rempah kari ayam/daging
2 biji kentang - di potong memanjang 4 atau 8. Bergantung kepada saiz kentang
1 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
2 cm halia - di kisar
1 biji tomato - di hiris nipis/dadu
daun kari
4 beradik ( bulang lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji pelaga)
Minyak
garam secukupnya
RM 1 santan
Asam jawa secukupnya
Air


Caranya:

Panaskan minyak. Tumis 4 beradik bersama daun kari sehingga wangi.

Masukkan rempah yang di bancuh dengan air. Masak seketika sehingga agak garing.

Masukkan bahan kisar dan tomato. Masak lagi sehingga kelihatan berminyak.

Tambah air dalam 500 ml dan masukkan santan, garam dan air asam jawa dan kentang. Biarkan sehingga mendidih atau kentang empuk.

Apabila kentang telah empuk dan rasa telah umpph, masukkan sotong. Biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya

Dihidangkan bersama nasi panas, sayur campur dan telur dadar.

Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt . Sambal belimbing ikan bilis memang sedap dan menyelerakan apabila di makan dengan nasib panas-panas. Makan ketika sahur pun boleh. Tak perlu lauk lain dah. Sedap sangat!

Sebab sedap, mommy kongsi resepi kat sini. Sharing is caring.

Resepi ni seakan-akan sambal hitam cuma tak sehitam dan sekering sambal hitam. So, kalau ada belimbing buluh boleh la buat sendiri sebab senang dan sedap. lai satu kalau simpan sejuk boleh tahan lama.

Sambal Belimbing Ikan Bilis


Resepi Sambal belimbing ikan bilis


Bahan

100g ikan bilis 
10 -15 biji belimbing - di belah 2
10 biji cili padi 
5 biji cili merah besar
1-2 biji bawang besar - di belah 6
3 ulas bawang putih
2cm belacan
Garam secukupnya
3 sudu besar minyak masak

Caranya

Ikan bilis di goreng garing dan diketepikan.

Panaskan minyak. Masukkan belimbing. Goreng sehingga sedikit garing.

Selepas itu,masukkan cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih dan belacan.

Goreng sehingga layu dan sedikit garing.

Tutup api dan biarkan sehingga sejuk. 

Apabila dah sejuk, kisar/ tumbuk kasar bahan yang telah di goreng. Tambah sedikit garam.

Akhir sekali, gaulkan bahan sambal dengan ikan bilis.

Hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!


Resepi Sambal Belimbing Ikan Bilis

Assalamualaikum wbt. Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Sesekali dapat masak menu atau lauk kampung memang sedap. Makan bertambah-tambah. Masa cuti Chinese New Year hari tu, ada seorang kakak ni bawakan belimbing buluh untuk di beri kepada kawan-kawan sepejabat. Ramai yang ambil dan mommy pun tak  ketinggalan sebab dalam kepala dah ada menu yang hendak di buat iaitu masak lemak cili padi ikan jenahak.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Seperti yang di rancang, terjadilah menu tersebut. 

Masak lemak terlajak sedap jika di masukkan belimbing buluh ni. Tak perlu letak asam keping dah ... Rasa masam dia pun elok saja. Buah tu pun boleh makan sekali. 

Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak


Bahan

500g Ikan Jenahak - di bersihkan terlebih dahulu
RM3 santan
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm kunyit
10 biji cili padi - boleh tambah jika mahu extra pedas
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 helai daun kunyit - di hiris (saiz ikut suka)
1 mangkuk kecil belimbing buluh - di belah dua
Garam secukupnya


Caranya

Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras dan cili padi. Jika rajin boleh tumbuk guna lesung, rasa dan aroma lebih asli.

Masak sebentar bahan yang dikisar sehingga mendidih. Masukkan ikan, garam, belimbing buluh  dan di biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan santan.

Setelah ikan dan santan masak, masukkan daun kunyit yang telah di hiris.

Tutup api dan hidangkan.


Sedap di makan bersama ikan kering, pekasam ataupun telur masin. Mabeles.

Selamat mencuba!

Assalamualaikum wbt. Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri

Sesekali dapat masak sendiri kat rumah memang seronok. Di tambah lagi apabila anak-anak dan suami makan bertambah. 

Oklah mommy kongsikan resepi untuk hangpa cuba. Mana tau suami hangpa pula makan bertambah-tambah... HAHAHA


ikan tenggiri

Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri


Bahan

1 ekor ikan tenggiri sedehana besar
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar 
2 batang serai - kisar satu batang
daun kesom - kisar separuh
1 kuntum bunga kantan - kisar separuh
10 biji bendi
2 keping asam keping
garam
1 liter air
2 sudu besar minyak


Caranya

Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Masukkan cili kering yang telah di kisar. Masak sehingga sedikit garing atau sehingga berminyak.

Masukkan serai dan bahan yang di kisar ( bawang besar, halia, serai, daun kesum, bunga kantan dan bawang putih). Masak sekali lagi sehingga agak garing.

Tambah air. Masukkan daun kesum , bunga kantan, asam keping dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, tambahkan ikan dan bendi. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ikan benar-benar masak.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih serta sambal belacan dan ulam-ulaman atau sayur kobis yang di goreng bersama ikan bilis.

resepi Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri

Untuk kobis goreng ikan bilis ni senang saja. Semua main campak-campak saja. Firstly potong kobis, basuh dan toskan. Sejemput ikan bilis yang telah di basuhkan dan di toskan. potong bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Masukkan bawang sehingga berbau wangi. Masukkan kobis, tambah garam dan sedikit kunyit. Gaul rata. Kacau sehingga kobis sedikit masak. Angkat dan hidangkan.

Jangan masak kobis terlalu lama sebab nanti kobis menjadi lembik dan tak rangup. 

kobis goreng ikan bilis

Selamat mencuba uolls.

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates