facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap. Mommy ni memang suka kalau makanan rasa lemak berkrim. Rasa nikmat sangat. Nasib baik apa yang mommy suka, anak-anak pun suka. Tak perlulah nak masak dua, tiga menu tambahan. Bila dah suka, wajib masak sebulan sekali untuk lepaskan gian nak makan.. Boleh di katakan kebanyakkan kedai tak jual ayam buttermilk ni. Kalau ada pun mesti kat kedai chinese muslim. Kat belah utara ni tak banyak lagi restoran chinese muslim. Restoran Thai banyaklah...

So, ni resepi ayam buttermilk yang mommy dapat hasil google. Bila cuba dan menjadi memang mommy tepek kat blog supaya korang juga boleh cuba buat. Sedap!

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap
Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap 

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap 


Bahan-bahan

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.

Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.

Masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.

Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.

Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk sos buttermilk


Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.

Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.

Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Tip:

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Mommy suka yang buat sendiri. 


Minggu lepas mommy berkesempatan ke Tanjung Dawai. Saja jalan-jalan sambil tebarkan jala untuk menjala ikan bilis dan ikan talang. Tapi sebelum menebar jala tu, mommy terkejut melihat harga ikan bilis. Tak sangka begitu mahal. Yang siap kopek RM 35 untuk 500gram. Belum sekilo uolls. Harga ini untuk yang paling murah untuk ikan bilis. Lain jenis lain harganya.. Rasa-rasanya dua tahun lepas baru dalam RM 20 bagi 500 gram. Yang belum di kopek pula RM 20 untuk 500gram. Ini untuk jenis yang sederhana dan sedap. Yang mahal boleh sampai RM 27 untuk 500gram... 



Tak fikir dua kali, mommy ambil yang belum kopek 500 gram untuk jenis yang RM 20 (500gram) dan RM 10 untuk jenis yang lain. Dua-dua belum kopek lagi... Nanti mommy kena rajinkan diri mengopek ikan bilis sambil tengok drama-drama yang belum sempat mommy layan. 



Serius mommy tak sangka harga ikan bilis sebegini mahal. Bukan lagi makanan orang biasa-biasa.. Dah jadi makanan orang kaya-kaya. Macam manalah harga nasi lemak tak mahal. Allah.

Yang peliknya harga ikan talang tak pula mahal. Masih macam dulu-dulu. Seekor yang besar baru RM 20. Tercari logik di mana yang menyebabkan harga ikan bilis mahal.. huhu. 

Kat tempat korang macam mana pula? Sama harga ke? Ke masih murah? 



Hai semua. Entry hari adalah sup diet memandangkan mommy dan suami tengah diet untuk turunkan berat badan untuk kesihatan yang lebih baik. Kenapa nama dia supa diet? Sebab sup ni mommy tak tumis. Just campak-campak bahan dalam air mendidih. Selain itu, ia juga di penuhi dengan sayuran, fucuk dan suhun yang membantu untuk mengenyangkan. Sesuai untuk yang buat hard diet. Mommy light-light ja sebab mommy akan masukkan sesenduk nasi dalam sup tu.. Alhamdulillah kenyang.

Di sini mommy kongsikan resepi sup diet ni untuk korang cuba. Lagi pun ia resepi yang sangat senang..

Sup sayur, sup ayam, sup campur, sup ayam sempoi, sup ayam campur, sup ayam untuk oranb diet, sup diet, cara masak sup untuk diet, makanan diet, diet, sup, cara mudah masak sup, bahan untuk buat sup, mudahnya masak sup, mudahnya masak sup ayam, supa ayam mudah dan sedap

Sup sayur, sup ayam, sup campur, sup ayam sempoi, sup ayam campur, sup ayam untuk oranb diet, sup diet, cara masak sup untuk diet, makanan diet, diet, sup, cara mudah masak sup, bahan untuk buat sup, mudahnya masak sup, mudahnya masak sup ayam, supa ayam mudah dan sedap

Resepi Sup Diet


Bahan

1/2 ekor ayam di potong kecil.
4 batang kaki ayam
Suhun
Fucuk
1 batang carrot
2 batang seleri
1 paket cendawan inoki
1 biji bawang besar - di belah 6
2 batang serai - di ketuk
2 cm halia - di ketuk
2 cm lengkuas - di ketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam secukupnya
1 liter air

Caranya

Panaskan air. Masukkan serai, lengkuas, halia, bawang, kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan sehingga mendidih.

Kemudian masukkan ayam, carrot dan rasakan dengan garam.

Setelah ayam masak, masukkan seleri, cendawan inoki, fucuk dan suhun. Biarkan sehingga mendidih lagi sekali.

Angkat dan hidangkan dengan lauk yang lain. Mommy hidangkan dengan sambal daging petai dan ayam goreng.

Sup sayur, sup ayam, sup campur, sup ayam sempoi, sup ayam campur, sup ayam untuk oranb diet, sup diet, cara masak sup untuk diet, makanan diet, diet, sup, cara mudah masak sup, bahan untuk buat sup, mudahnya masak sup, mudahnya masak sup ayam, supa ayam mudah dan sedap

Selamat mencuba!


Sambal Petai Daging. Korang pernah makan tak sambal petai daging? First time makan adalah di awal perkahwinan dulu. Sebab belah kedah kalau sambal petai lebih femes dengan sambal petai sama ikan bilis ataupun udang. Kalau sambal petai daging tu memang tak pernah jumpa lagilah. First time rasa, oh not bad rasanya. Lama-lama suka pula.. hahaha

Menu ni MIL yang request suruh masak. Dah lama tak masak sebenarnya sebab Darah tinggi MIL asyik naik ja dan dia selalu dok pening dan sakit kepala. Bila dia request, mommy buatlah... Cuma kali ni daging tu mommy masak sampai kering air daging baru masukkan minyak dan lain-lain bahan sambal. Daging cepat empuk rupanya cara ni. Cara ni mommy perolehi dari mak saudara masa balik kampung tempohari... Tolong dia masak pastu dok hairan kenapa masukkan daging dalam kuali tanpa minyak. Rupa-rupanya bagi kering air daging dan daging cepat empuk. So, bila dah tahu cara... mommy cubalah pula bila masak di rumah sendiri. So, share di sini juga untuk korang cuba....

Okaylah ini resepi sambil petai daging. Simple saja tapi boleh tambah nasi 2 kali... hahaha

Sambal Petai Daging, sambal petai, resepi sambal petai, resepi sambal petai mudah dan sedap, sedapnya sambal petai, resepi petai, resepi daging, resepi sambal petai daging, resepi sambal daging, daging sambal, petai dan daging, mudahnya masak petai, mudahnya masak daging, resepi daging mudah dan sedap, menu daging, menu petai, petai, daging, resepi sambal, resepi sambal mudah dan sedap,bahan sambal petai, cara masak sambal petai,
Sambal Petai Daging


Sambal Petai Daging


Bahan

1kg daging tetel/racik - di bersihkan terlebih dahulu
1 ikat petai - kopek, ambil biji saja.
RM 2 santan
6 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak
Garam


Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Caranya

Panaskan kuali. Masukkan daging yang telah di bersih dalam kuali. Biarkan sehingga air daging betul betul kering.

Masukkan minyak. Masak sehingga daging empuk. 

Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing.

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

Tambah petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga sambal petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain.



Selamat mencuba!




Bihun Singapore Udang Sotong. Salam Jumaat koranggg... Lemah sikit bila hari jumaat. Hati dok teringat nak balik rumah saja. hihi. Okay petang ni mommy share resepi simple yang korang boleh balik masak satgi. Senang sangat dan anak-anak pun suka... Sebungkus bihun ni cukuplah untuk kami 6 orang. Itupun anak-anak makan bertambah.. Mak pak makan sikit ja sebab diet. Kalau tak, tak cukup bihun sebungkus tu. Resepi simple yang mommy nak share ni adalah bihun singapore udang sotong. Udang dengan sotong banyak sebab stok kat rumah masih banyak. Hasil pancing atas darat di Tanjung Piandang. 

Seronok masak bila bahan banyak. Anak-anak pun suka...

Bihun Singapore, cara masak bihun singapore, bihun singapore mudah dan sedap, sedapnya bihun singapore, mudahnya masak bihun, cara masak bihun, bihun, resepi bihun mudah dan sedap, resepi bihun, resepi udang, resepi sotong, bihun goreng mudah dan sedap, sedapnya bihun goreng, bahan bihun goreng, bahan bihun goreng singapore,cara masak bihun, cara buat bihun goreng
Bihun Singapore Udang Sotong

Bihun Singapore, cara masak bihun singapore, bihun singapore mudah dan sedap, sedapnya bihun singapore, mudahnya masak bihun, cara masak bihun, bihun, resepi bihun mudah dan sedap, resepi bihun, resepi udang, resepi sotong, bihun goreng mudah dan sedap, sedapnya bihun goreng, bahan bihun goreng, bahan bihun goreng singapore,cara masak bihun, cara buat bihun goreng
Resepi Bihun Singapore 


Resepi Bihun Singapore 


Bahan

1 peket bihun ( untuk 4/5 orang makan)
1- 2 pokok besar Sawi
1/2 batang Carrot ( di potong panjang kecil)
10 ekor udang harimau
5 ekor sotong
Lada hitam 1 sudu besar (serbuk)
garam secukup rasa
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar besar sos tiram
1 ulas  bawang besar- di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
2 biji telur - di goreng dadar untuk hiasan
Air - 1 cawan


Cara

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan

Masukkan ayam dan biarkan sehingga masak. Selepas itu masukkan chicken ball. goreng sekejap.

Masukkan air, carrot, batang sawi, lada hitam, sos tiram, chicken stock, cuka dan garam. Tunggu sehingga mendidih.

Masukkan bihun dan gaul sehingga rata. selepas itu masukkan sawi (daun). Tunggu sehingga bihun masak

Angkat dan hiaskan dengan telur, bawang goreng, daun bawang dan cili besar.

Untuk tambah pedas, korang boleh sediakan cili jeruk kicap. Sedap!

Bihun Singapore, cara masak bihun singapore, bihun singapore mudah dan sedap, sedapnya bihun singapore, mudahnya masak bihun, cara masak bihun, bihun, resepi bihun mudah dan sedap, resepi bihun, resepi udang, resepi sotong, bihun goreng mudah dan sedap, sedapnya bihun goreng, bahan bihun goreng, bahan bihun goreng singapore,cara masak bihun, cara buat bihun goreng
Sedapnya bihun goreng singapore

Kacang Pool. Kali pertama merasa kacang pool adalah kacang pool yang di bawa oleh staff masa potluck. Sedap rupanya. kahkah... Selalu dengar nama tapi tak pernah mencuba... Lagipun masa tu, kat belah utara mana nak ada kedai yang jual kacang pool. Yang jual roti canai dan roti telur goyang banyaklah.. Lepas viral kacang pool haji barulah ada yang menjual di utara tapi masih tak banyak tempat. 

Di kulim pun ada juga tapi selepas beberapa bulan gerai tu tutup. Tak tahu kenapa? Tak dapat sambutan kot? Tak juga sebab sepanjang dok pergi makan ada saja orang order kacang pool... Bila dah takde yang menjual, mommy pun gigihlah mencari resepi kacang pool. Pertama kali buat guna resepi Mat Gebu dan guna daging kisar. Sedap!

Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap, kacang pool mudah dan sedap, resepi kacang pool mudah, resepi kacang pool sedap, kacang pool, kacang pool haji, kacang pool ayam, cara masak kacang pool, bahan untuk masak kacang pool, bahan untuk buat kacang pool, kacang pool, mudahnya masak kacang pool, resepi mudah kacang pool,
Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap

Kali ini, mommy masak kacang pool dengan menggunakan isi dada ayam yang di potong chunky atau ala-ala ayam ayam goreng kunyit restoran thai. Sedap jugak rupanya dan terisa isi ayam tu... Yang best bila masak sendiri ni, boleh letak ayam banyak-banyak. setiap kali cicah confirm ada isi ayam. hahaha

Mommy kongsi resepi udah ni dengan korang supaya korang boleh masak untuk sarapan pagi dan juga makan malam. Yang ringkas usdahh


Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap, kacang pool mudah dan sedap, resepi kacang pool mudah, resepi kacang pool sedap, kacang pool, kacang pool haji, kacang pool ayam, cara masak kacang pool, bahan untuk masak kacang pool, bahan untuk buat kacang pool, kacang pool, mudahnya masak kacang pool, resepi mudah kacang pool,
Abaikan mangkuk yang comot tu...

Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap


Bahan

1 Tin Kacang Panggang atau Baked Bean - di blender separuh tin
2 keping dada ayam - di potong kecil dan nipis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
garam secukupnya
minyak 


Bahan Kisar

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Bahan sampingan

telur mata goyang
bawang besar - di potong dadu kecil
cili padi - di potong kecil
Limau kasturi - di belah 2


Caranya

Perap ayam yang di hiris nipis dengan jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kari dan sedikit garam. Perap lebih kurang 15 minit.

Panaskan minyak, goreng ayam yang di perap sehingga sedikit garing. 

Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga wangi dan sedikit berminyak.

Masukkan kacang pool yang di kisar dan yang belum i kisar. Biarkan sehingga mendidih.

Tambah garam jika belum cukup masin.

Angkat dan hidangkan dengan bahan sampingan dan roti. Cara hidangan, korang boleh tengok gambar google di bawah. 

Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap, kacang pool mudah dan sedap, resepi kacang pool mudah, resepi kacang pool sedap, kacang pool, kacang pool haji, kacang pool ayam, cara masak kacang pool, bahan untuk masak kacang pool, bahan untuk buat kacang pool, kacang pool, mudahnya masak kacang pool, resepi mudah kacang pool,
Roti Kacang Pool - Gambar daro google.



Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates