facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

LAKSA PENANG


resepi laksa penang sedap dan mudah. resepi laksa penang original, resepi laksa penang sedap, resepi mudah laksa penang, laksa, laksa penang, original laksa penang
Laksa Penang


Resepi Laksa Penang

Bahan2 :

2 kilo laksa basah/segera (boleh di dapati di Giant or pasar) or laksa kering ( kena rebus dulu). Kalau kat kulim
boleh dapatkan di market Kulim stall sayur yang bertentangan Pak Haji yang jual santan.
Ikan Sardin - 1 kilo
Ikan tongkol - 1 ekor ( menambah isi ikan dalam kuah laksa)
Salad - 1 pokok
Bunga Kantan - 4 kuntum ( 2 di masukkan dalam kuah laksa, 2 lagi di hiris halus untuk hiasan.
Daun kesum - 1 ikat
Daun selom - 1 ikat
Timun - 2 biji
Bawang besar- 2 biji
Belacan - 2 cm
Otak udang (prawn paste) - 1 sudu besar.
Serai - 4 batang.
Cili - 6 sudu besar ( ikut citarasa)
Garam - secukup rasa.
Asam keping - secukup rasa.
Cili Besar - untuk hiasan

Caranya :

1. Rebuskan ikan sardin & ikan tongkol bersama garam dan asam keping (asam gelugor).
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan CH tumbuk ngan alu lesung batu. pelan2 jer. Tulang ikan lak, di blend sehingga halus dan di ambil air yang ditapis.
3. Masukkan isi ikan + air tulang ikan ke dalam periuk sederhana besar. Tambahkan air dalam 3 or 4 liter (ikut kesesuaian).
4. Masukkan cili, garam, asam keping, serai, belacan, prawn paste, daun kesom dan bunga kantan ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih dan biarkan kuah menjadi pekat sedikit. Rasa kuah tersebut... kalau ada bahan yag tidak cukup boleh di tambah sikit demi sikit sehingga kuah menjadi perfect.
5. Laksa di celur dengan air panas.
6. Potong halus timun, salad, daun selom, bawang besar, cili dan bunga kantan.

Selamat mencuba.

Cara Memasak Mee Segera Seperti Restoran

mee segera sedap dan mudah
Jemput tengok...

Cara aku masak:

1. Panaskan 2 cawan air dalam kuali sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, pecahkan telur (jangan hancurkan).
3. Bila telur dah masak, masukkan mee segera bersama rempah  yang ada skali tu.. plus sayur mayur
4. Bila dah masak, angkat dan hidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hiaskan dengan cili... supaya mee segera korang nampak menarik.

hahaa... senangkan cara aku. aku tak suka tumis... kepada yang suka tumis, sila tumis dulu sebelum masukkan air.
Assalamualaikum wbt. Entry khas buat peminat koay teow th'ng. Koay teow th'ng adalah sup manis yang mana resepi asal adalah dari kaum cina. Belajar resepi rahsia ini dari kakak sepupu yang menjalankan perniagaan kedai makan di Sungai Nibong suatu ketika dulu. Sekarang tempat tu dah tiada.. Dah jadi jalan... Kalau student USM tahu tentang keenakkan sup ini. Masih ada di kolej kediaman ( Sorry lupa nama kolej kediaman tu.. Harapan kot).


Sup ini sedap di makan sepanjang masa. Boleh buat breakfast, makan tengahari, petang dan malam. Ramuan dia memanaskan badan. Memang berpeluh-peluh...

resepi koay teow theng
Koay Teow Th'ng

Resepi Koay Teow Th'ng

Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)

2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
2 belah dada ayam
1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
300 gram gula batu
10 cm halia
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
Ajinamoto
Garam - secukup rasa
Gula
Minyak Masak
Bawang putih - 3 labu
Cili boh - 1 bungkus kecil
Daun bawang - di hiris halus
Taugeh - di celur

Sup Manis

Panaskan 3-4  liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam. 
Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Tips:
1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.
2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.
3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.

Sambal Sup

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:
1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal sup
6. Minyak bawang putih
7. Daun Bawang

Selamat mencuba!

Mee goreng campak-campak di beri nama kerana bahan-bahan untuk buat mee goreng ini tidak mempunyai sukatan yang tepat ataupun lebih di kenali dengan air tangan. Walaupun sukatannya main letak saja, rasanya tetap sedap.

Bahan-bahan yang di gunakan pula adalah bahan-bahan yang terdapat di rumah. Yang paling penting adalah mee tersebut.


Bahan

Mee kuning
Telur
Tauhu
Sawi 
Meatball - jenama ramly
minyak
cili sos
tomato sos
sos tiram
kicap manis
cili giling
Bawang besar
Bawang putih

**** jika tiada bahan-bahan di atas, boleh guna apa saja yang ada di rumah.

Caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih sehingga naik bau. Masukkan cili giling. Masak cili sehingga berminyak.

Masukkan meatall, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap secukupnya. Biar seketika sehingga meatball masak. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.

Masukkan mee kuning & sayur sawi. Gaul sebati.

Sediakan ruang dalam kuali. masukkan telur dan tutup telur tersebut dengan mee. Biar seketika sehingga telur masak.

Sebelum gaul rata telur, masukkan tauhu. Gaul rata.

Dah siap. Hidangkan panas-panas.

Sambal Sotong. Assalamulaikum wbt. Sambal sotong adalah menu kegemaran anak-anak CH. 


Sambal Sotong

sotong, sambal sotong, sambal sotong mudah dan sedap, sambal sotong sedap, sambal sotong mudah, resepi sotong, resepi sambal sotong, menu sotong, sotong masak apa sedap, sotong,menu berbuka yang sedap dan mudah, menu sahur, menu berbuka puasa, menu sahur kesukaan anak-anak
Sambal sotong

Resepi Sambal Sotong 

600gram sotong ( 6-7 ekor sotong sederhana besar)
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara:

Panaskan minyak. Goreng ubi kentang sehingga masak/ garing.

Minyak gorengan tadi (sikit saja), tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.

Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam secukupnya. Masak seketika.

Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan ubi yang telah di goreng tadi.

Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.

Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

Assalamualaikum wbt.

Blog ini adalah bertujuan untuk menghimpun semua blogger yang blog tentang resepi masakan. blog ini bertujuan untuk kongsi resepi di antara blogger dan juga untuk menyebarkan resepi tersebut. Bukan senang nak cari resepi yang pelbagai.. Lain tukang masak lain rasanya. So, bila kita himpun di bawah satu blog, pengguna boleh pilih blog yang mana dia mahu dan resepi mana yang dia ingin cuba.

Mudah saja. Berkonsepkan kongsi-kongsi.


Kalau tak nak kongsi resepi, jangan letak kat blog hokayyyy!

Oklah, wish me luck untuk menghimpun blogger masakan di bawah satu blog..

tq
Newer Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2015 (6)
    • ▼  November (6)
      • LAKSA PENANG
      • Cara Memasak Mee Segera Seperti Kedai
      • Koay Teow Th'ng
      • Mee Goreng Bebola Daging
      • Sambal Sotong
      • Pembuka Bicara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates