facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Spaghetti Carbonara Seafood. Mommy obses dengan spaghetti. Suka makan tapi suka yang homemade sebab kadang-kadang tu yang kat restoran tidak memenuhi citarasa mommy. Taste mommy ni kadang-kadang lain sikit tapi lebih suka yang ada rasa melayu sikit. Sebab itulah walaupun buat spaghetti carbonara letak cili dan lada. Barulah ada rasa kick sikit.. hahaha. Tapi sos carbonara ni mommy guna yang botol saja. Senang dan cepat. 

Di sini mommy kongsikan spaghetti carbonara cara mommy. Mungkin ia juga memenuhi citarasa korang.... Cubalah. 

spaghetti, spaghetti carbonara, cara buat spaghetti carbona, carbonara seafood, cara masak spaghetti, cara masak spaghetti carbonara, resepi spaghetti carbonara, carbonara spaghetti, bahan-bahan spaghetti carbonara, homemade sapghetti carbonara, cara masak spaghetti carbonara, carbonara, resepi pasta carbonara, pasta, western, senangnya masakan western, prego, sos carbonara,
Spaghetti Carbonara Seafood

Spaghetti Carbonara Seafood

Bahan

1/2 paket spaghetti  - rebus sehingga lembut dan toskan 
1 botol sos carbonara
10-15 ekor udang sederhana
5 ekor sotong besar - potong bulat
1-2 biji cili merah/cili kering/cili traffic light - potong bulat dan serong
2 biji bawang putih - potong bulat
2 sudu besar minyak zaitun / kelapa sawit
1/2 cawan air
garam secukupnya


Caranya

Panskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos carbonara dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih, masukkan  cili,sotong dan udang. Biarkan sehingga masak.

Angkat dan hidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus. 


* tak perlu gaul sekali kerana jika tidak habis, boleh masukkan dalam fridge dan panaskan bila mahu makan. 


Selamat mencuba!


Bawal Goreng Cili Kicap. Assalamualaikum wbt & hi. Lamanya mommy tak update blog.. Ada jer sebab mommy dok catch up beberapa perkara makanya blog ni terabai sikit. Korang suka tak makan bawal goreng panas-panas cicah dengan cili kicap? Mommy suka dan boleh bertambah nasi. Selalunya mommy akan ke restoran nelayan di Bagan Luar Butterworth tapi cili kicap dia tak berapa nak menepati citarasa mommy. Ada sesuatu yang kurang.. hihi. Jadinya, untuk memenuhi selera mommy.. Mommy akan buat sendiri Bawal Goreng Cili Kicap. Untuk bawal goreng cili kicap ni mesti geng dengan kari kepala ikan atau kari ikan penang. Sedap baq hang!

Untuk resepi kari ikan borang boleh tengok di Kari Ikan Temenung Lemak  atau Kari Kepala Ikan. Dua-dua sedap. Eh!. hahaha... Hari ini mommy nak kongsikan cara buat cili kicap yang sedap sampai tak nak kongsi dengan orang lain. Senang saja... pejam mata pun boleh buat. Untuk bawal goreng tu, korang gaul garam kunyit dan goreng garing sebelum hidang nasi. Jangan goreng awal-awal sebab nanti tak sedap.


RESEPI SAMBAL KICAP, resepi sambal kicap, sambal kicap, bawal goreng panas sambal kicap, sambal cili, sambal cili kicap, cili kicap, resepi cili kicap, resepi sambal cili kicap, cili kicap bawal goreng panas, bahan-bahan cili kicap, bahan-bahan sambal cili kicap, cara buat sambal cili kicap, kicap, cili, sambal cili kicap ikan goreng, bawal, bawal goreng, bawal goreng panas
Bawal Goreng Cili Kicap


RESEPI SAMBAL CILI KICAP

Bahan:

7 biji cili padi - hiris kecil
1 labu bawang besar - di hiris separa bulat dan nipis
2 biji limau kasturi atau separuh limau nipis
5 sudu besar kicap


Caranya:

Satukan semua bahan dan gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama dengan bawal,  kari dan nasi panas-panas.



notes:

Jangan tambah air panas/ air suam dalam sambal kicap. Kalau kurang kicap, just tambah kicap. Sebab bila bercampur dengan air, rasa sambal kicap dah tak kick.



Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap ~ Sesekali layan lauk kampung memang sedap. Kali ini mommy teringin sambal petai udang. Mommy tak makan petai sebenarnya tapi suka sambal yang ada rasa petai. Rasa unik petai dan manis udang menjadi tarikan. Mommy kalau ada lebihan sambal petai memang akan buat nasi goreng sambal petai. Sedap tau!

Kalau buat sambal petai, mommy suka sambal yang pekat dan berbalut di petai dan udang. Tak suka yang cayaq! Pastu sambal tu pula mesti masak sampai berminyak. Baru la sambal tahan lama..

Korang pula suka sambal petai yang macam mana?

Sambal petai, sambal petai sedap, sambal petai mudah dan sedap, sambal petai  udang, sambal udang petai, sambal udang, sambal udang petai sedap, sambal udang petai sedap dan mudah, sambal petai mudah, sambal udang mudah dan sedap, mudahnya masak sambal petai  udang, mudahnya masak sambal petai udang, bahan untuk buat sambal petai, bahan untuk buat sambal petai udang, cara masak sambal petai, langkah-langkah untul buat sambal petai udang
Sambal petai udang mudah dan sedap


Sambal Petai Mudah Dan Sedap


Bahan

6 papan petai - di kikis kulit, di potong kecil dan si rendam dgn air garam.
1/2 kg udang kertas saiz s
RM 2 santan
6 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak
Garam

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Caranya

Panaskan minyak. Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing.

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

Tambah udang, petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga udang dan petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain.

Selamat mencuba!


Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ▼  November (3)
      • Spaghetti Carbonara Seafood
      • Bawal Goreng Cili Kicap
      • Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates