facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Pajeri Rebung. Dah lama teringin nak makan pajeri rebung style mak atau orang kampung masak tapi dekat sebelah Kulim/ Seberang Jaya tak pernah jumpa lagi pajeri yang sedap dan pekat bersalut di nanas atau rebung. Nampak gayanya kena buat sendirilah... Tapi tak tahu bila lagi. Walaupun tak buat lagi, mommy dah minta resepi pajeri rebung tu siap-siap dari sepupu. So, simpan di sini dulu.... Tunggu tahap keinginan memuncak baru kita buat. hihi

Pajeri rebung 
Bagi yang belum pernah melihat rebung, inilah rupa rebung yang belum di masak. Gambar ni pun hasil google. Bahasa mudahnya ini adalah anak buluh yang masih muda. Sedap di makan di samping khasiatnya yang tersendiri. Kalau suruh ambil rebung dari pokok rasanya ramai yang tak sanggup sebab kita perlu berhadapan dengan miang buluh dan untuk siangkan rebung pun perlukan kesabaran untuk tidak menggaru badan, tangan sendiri. kalau tak miang tersebut akan melekat di tubuh badan. Walaubagaimanapun ia boleh di bersihkan dengan membersihkan diri seperti mandi. 

pajeri rebung, rebung, resepi rebung, resipi rebung, menu rebung, mudahnya masak rebung, resepi rebung mudah dan sedap, sedapnya pajeri rebung, pajeri mudah dan sedap, senangnya buat pajeri rebung, cara buat pajeri , cara buat pajeri rebung,
Rebung yang belum si rebus

Resepi Pajeri Rebung Mudah Dan Sedap


Bahan-Bahan

1 bungkus rebung (siap rebus dan di potong)
4 sudu makan rempah kari (bancuh)
1 biji kelapa (perah)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 genggam udang kering (tumbuk)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar kerisik
Sedikit garam dan gula (secukup rasa)
Minyak untuk menumis


Cara-Caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang sehingga naik bau. Kemudian, barulah masukkan rempah kari.

Kacau sehingga garing. Masukkan rebung gaul sebati dengan rempah tumis.

Masukkan santan dan kerisik, akhir sekali masukkan garam dan gula.

Rasalah masam dan manisnya dan tutup api.


Selamat mencuba.

Mee Udang Ala Teluk Kumbar. Baru-baru ni, encik suami telah order udang kertas dari kawannya. Sampai pula udang kertas yang segar dan besar-besar lebih kurang 2 jari mommy seekor. Dalam kepala tu macam-macam yang mommy plan nak buat termasuklah mee udang. Bila tanya encik suami dia nak masak apa udang tu? terus dia kata, buat mee udang lah. Lama dah tak makan... hihi sama pula fikiran kita yer. 

Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar, mee udang teluk kumbar, resepi mee udang mudah dan sedap, resepi mee udang, mee udang, mee udang sedap, resepi mee udang paling sedap, mudahnya buat mee udang, resepi mee mudah dan sedap, sedapnya mee udang, cara buat mee udang, bahan untuk buat mee udang, langkah-langkan untuk masak mee udang, udang, prawn mee
mee udang mudah dan sedap

Kali ini mommy masak mee udang style Salwa Mee Udang yang terletak di Teluk Kumbar. Dah lama tak pergi lepak di Salwa Mee Udang. Masa kat Penang dulu selalu jugak mommy pergi... Resepi Mee Udang dia lain sikit berbanding mee udang yang ada di jual di sebelah Seberang, Juru atau Kuala Sepetang. Dia ada rahsia yang tersendiri tapi bukan rahsia lagi kepada mommy sebab Tauke Salwa Mee Udang tu anak saudara kepada cikgu english masa mommy sekolah dulu. Agak rapat juga dengan cikgu tu. Tapi dah lost contact sekarang ni... Semoga cikgu sihat-sihat saja. 

Mee Udang yang mommy buat ni adalah resepi mee udang salwa yang dulu. Sekarang mommy dah tak tahu rasa dia macam mana. Hampir 10 tahun mommy tak ke sana... Lama kan? So, hari ni mommy share dengan korang resepi mee udang ala Teluk Kumbar Pulau Pinang.

Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar, mee udang teluk kumbar, resepi mee udang mudah dan sedap, resepi mee udang, mee udang, mee udang sedap, resepi mee udang paling sedap, mudahnya buat mee udang, resepi mee mudah dan sedap, sedapnya mee udang, cara buat mee udang, bahan untuk buat mee udang, langkah-langkan untuk masak mee udang, udang, prawn mee
mee udang ala teluk kumbar

Rahsia Udang Salwa yang sedap adalah menggunakan tomato soup. boleh guna brand apa saja tapi mommy guna brand Kimball. 

tomato soup


Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar


Bahan-Bahan

1 Bungkus Mee Kuning (1 kg)
20 ekor udang kertas saiz XL
2 biji tauhu - di goreng terlebih dahulu dan di potong
daun bawang 
daun sup
sawi
taugeh
1 biji bawang besar di potong separa bulat 


Bahan Kuah

5 ekor udang dibuang kulit dan dikisar halus 
1 biji bawang besar - di racik
3 biji bawang putih - di racik 
1 batang kulit kayu manis
3-4 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos tiram
1/2 tin tomato sup kimball
bahan kisar - 1 bji bawang besar, 2 biji bawang putih dan 2 cm halia
minyak masak secukupnya
1liter air


Caranya

Panaskan minyak.  Tumis bawang besar, bawang putih dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

Masukkan cili kisar dan masak sehingga sedikit garing. 

Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga agak masak. Tambah udang yang dikisar halus, tomato soup, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan sehingga mendidih dan rasa semua bersatu.

Masukkan garam secukupnya. Rasa. Jika masih ada rasa yang kurang, masukkan sos tiram, sos cili ataupun tomato soup.

Akhir sekali untuk hidangkan pula, mommy panaskan kuah dalam kuali dan masukkan udang 3-5 ekor untuk seorang. Biarkan sehingga udang masak sepenuhnya. Bila udang telah masak, masukkan mee dan sayur sawi. Biarkan sehingga mee dan sayur masak. Sebelum angkat, masukkan taugeh.

Angkat dan hidangkan dengan tauhu, daun bawang, daun sup serta bawang besar. 

Sedap di makan panas-panas. 


Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ▼  2018 (34)
    • ▼  November (2)
      • Resepi Pajeri Rebung Mudah Dan Sedap
      • Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates