Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar

by - 11:11 PG

Mee Udang Ala Teluk Kumbar. Baru-baru ni, encik suami telah order udang kertas dari kawannya. Sampai pula udang kertas yang segar dan besar-besar lebih kurang 2 jari mommy seekor. Dalam kepala tu macam-macam yang mommy plan nak buat termasuklah mee udang. Bila tanya encik suami dia nak masak apa udang tu? terus dia kata, buat mee udang lah. Lama dah tak makan... hihi sama pula fikiran kita yer. 

Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar, mee udang teluk kumbar, resepi mee udang mudah dan sedap, resepi mee udang, mee udang, mee udang sedap, resepi mee udang paling sedap, mudahnya buat mee udang, resepi mee mudah dan sedap, sedapnya mee udang, cara buat mee udang, bahan untuk buat mee udang, langkah-langkan untuk masak mee udang, udang, prawn mee
mee udang mudah dan sedap

Kali ini mommy masak mee udang style Salwa Mee Udang yang terletak di Teluk Kumbar. Dah lama tak pergi lepak di Salwa Mee Udang. Masa kat Penang dulu selalu jugak mommy pergi... Resepi Mee Udang dia lain sikit berbanding mee udang yang ada di jual di sebelah Seberang, Juru atau Kuala Sepetang. Dia ada rahsia yang tersendiri tapi bukan rahsia lagi kepada mommy sebab Tauke Salwa Mee Udang tu anak saudara kepada cikgu english masa mommy sekolah dulu. Agak rapat juga dengan cikgu tu. Tapi dah lost contact sekarang ni... Semoga cikgu sihat-sihat saja. 

Mee Udang yang mommy buat ni adalah resepi mee udang salwa yang dulu. Sekarang mommy dah tak tahu rasa dia macam mana. Hampir 10 tahun mommy tak ke sana... Lama kan? So, hari ni mommy share dengan korang resepi mee udang ala Teluk Kumbar Pulau Pinang.

Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar, mee udang teluk kumbar, resepi mee udang mudah dan sedap, resepi mee udang, mee udang, mee udang sedap, resepi mee udang paling sedap, mudahnya buat mee udang, resepi mee mudah dan sedap, sedapnya mee udang, cara buat mee udang, bahan untuk buat mee udang, langkah-langkan untuk masak mee udang, udang, prawn mee
mee udang ala teluk kumbar

Rahsia Udang Salwa yang sedap adalah menggunakan tomato soup. boleh guna brand apa saja tapi mommy guna brand Kimball. 

tomato soup


Resepi Mee Udang Ala Teluk Kumbar


Bahan-Bahan

1 Bungkus Mee Kuning (1 kg)
20 ekor udang kertas saiz XL
2 biji tauhu - di goreng terlebih dahulu dan di potong
daun bawang 
daun sup
sawi
taugeh
1 biji bawang besar di potong separa bulat 


Bahan Kuah

5 ekor udang dibuang kulit dan dikisar halus 
1 biji bawang besar - di racik
3 biji bawang putih - di racik 
1 batang kulit kayu manis
3-4 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos tiram
1/2 tin tomato sup kimball
bahan kisar - 1 bji bawang besar, 2 biji bawang putih dan 2 cm halia
minyak masak secukupnya
1liter air


Caranya

Panaskan minyak.  Tumis bawang besar, bawang putih dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

Masukkan cili kisar dan masak sehingga sedikit garing. 

Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga agak masak. Tambah udang yang dikisar halus, tomato soup, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan sehingga mendidih dan rasa semua bersatu.

Masukkan garam secukupnya. Rasa. Jika masih ada rasa yang kurang, masukkan sos tiram, sos cili ataupun tomato soup.

Akhir sekali untuk hidangkan pula, mommy panaskan kuah dalam kuali dan masukkan udang 3-5 ekor untuk seorang. Biarkan sehingga udang masak sepenuhnya. Bila udang telah masak, masukkan mee dan sayur sawi. Biarkan sehingga mee dan sayur masak. Sebelum angkat, masukkan taugeh.

Angkat dan hidangkan dengan tauhu, daun bawang, daun sup serta bawang besar. 

Sedap di makan panas-panas. 


You May Also Like

0 comments