facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Mac & Cheese Mudah Dan Sedap. Hi korang! CH jarang update kat blog ni sebab asyik masak resepi yang sama saja. Jadi tak ter'update' lah blog ni. Hihi... Semalam memenuhi tekak anak-anak nak makan macaroni carbonara tapi nak letak cheese banyak-banyak. Oooo nak mac & cheese rupanya. So, terjadilah Mac & Cheese cara CH.. 

Mac & Cheese Mudah Dan Sedap,Mac & Cheese Mudah Dan Sedap, mac & cheese, cheese, cheedale, Mozzarella Cheese, Emborg, Prego, sos prego, prego sos spageti berkrim, sos carbonara, prego carbonara sauce, cara mudah buat mac & cheese, sedapnya mac & cheese, buat sendiri mac & cheese, bebola daging, meatball, prego sauce chicken mushroom, sos prego ayam cendawan, review sos prego, emborg cheese, emborg cheese mozzarella, sos carbonara, sos spaghetti, resepi sos carbonara, sos carbonara mudah dan sedap, resepi sos putih spageti, resepi sos carbonara mudah dan sedap, macaroni, cara masak macaroni. makaroni, sedapnya macaroni, mudahnya masak macaroni, resepi berbuka, resepi kesukaan anak, resepi makaroni, sedapnya makaroni, resepi mac & cheese, mac and cheese, cara masak mac & cheese, bahan untuk mac and cheese
Mac & Cheese Mudah Dan Sedap

Kali ini CH guna Prego Sos spageti Berkrim Ayam Cendawan. Saja nak try sebab selalu beli Prego Carbonara Cendawan saja. Sedap rupanya dan tak perlu tambah bahan perasa dah..

Mac & Cheese Mudah Dan Sedap, mac & cheese, cheese, cheedale, Mozzarella Cheese, Emborg, Prego, sos prego, prego sos spageti berkrim, sos carbonara, prego carbonara sauce, cara mudah buat mac & cheese, sedapnya mac & cheese, buat sendiri mac & cheese, bebola daging, meatball, prego sauce chicken mushroom, sos prego ayam cendawan, review sos prego, emborg cheese, emborg cheese mozzarella, sos carbonara, sos spaghetti, resepi sos carbonara, sos carbonara mudah dan sedap, resepi sos putih spageti, resepi sos carbonara mudah dan sedap, macaroni, cara masak macaroni. makaroni, sedapnya macaroni, mudahnya masak macaroni, resepi berbuka, resepi kesukaan anak, resepi makaroni, sedapnya makaroni, resepi mac & cheese, mac and cheese, cara masak mac & cheese, bahan untuk mac and cheese
Prego sos spageti berkrim ayam cendawan

Inilah hasilnya... 

Mac & Cheese Mudah Dan Sedap, mac & cheese, cheese, cheedale, Mozzarella Cheese, Emborg, Prego, sos prego, prego sos spageti berkrim, sos carbonara, prego carbonara sauce, cara mudah buat mac & cheese, sedapnya mac & cheese, buat sendiri mac & cheese, bebola daging, meatball, prego sauce chicken mushroom, sos prego ayam cendawan, review sos prego, emborg cheese, emborg cheese mozzarella, sos carbonara, sos spaghetti, resepi sos carbonara, sos carbonara mudah dan sedap, resepi sos putih spageti, resepi sos carbonara mudah dan sedap, macaroni, cara masak macaroni. makaroni, sedapnya macaroni, mudahnya masak macaroni, resepi berbuka, resepi kesukaan anak, resepi makaroni, sedapnya makaroni, resepi mac & cheese, mac and cheese, cara masak mac & cheese, bahan untuk mac and cheese
Mac & Cheese CH style

Si Bongsu yang paling suka makan Mac & Cheese, macaroni dan spageti carbonara...

Mac & Cheese Mudah Dan Sedap,Mac & Cheese Mudah Dan Sedap, mac & cheese, cheese, cheedale, Mozzarella Cheese, Emborg, Prego, sos prego, prego sos spageti berkrim, sos carbonara, prego carbonara sauce, cara mudah buat mac & cheese, sedapnya mac & cheese, buat sendiri mac & cheese, bebola daging, meatball, prego sauce chicken mushroom, sos prego ayam cendawan, review sos prego, emborg cheese, emborg cheese mozzarella, sos carbonara, sos spaghetti, resepi sos carbonara, sos carbonara mudah dan sedap, resepi sos putih spageti, resepi sos carbonara mudah dan sedap, macaroni, cara masak macaroni. makaroni, sedapnya macaroni, mudahnya masak macaroni, resepi berbuka, resepi kesukaan anak, resepi makaroni, sedapnya makaroni, resepi mac & cheese, mac and cheese, cara masak mac & cheese, bahan untuk mac and cheese

Mac & Cheese Mudah Dan Sedap


Bahan

1 paket macaroni - rebus dan toskan


Bahan Kuah

1 tin Prego Sos Spageti Ayam Cendawan 
1/2 paket daging kisar 
10 biji bebola daging -di potong 4
2 ulas bawang putih - dipotong bulat
2 tin air - sukat guna tin prego
2 sudu besar tepung gandum - bancuhkan dengan sedikit air
Cheese Mozarela 
Cheesedale - 2 keping
garam secukupnya
2 sudu besar planta


Caranya

Panaskan planta sehingga cair dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan daging kisar dan masak sehingga sedikit garing. 

Tambah bebola daging dan biarkan sehingga sedikit garing.

Masukkan Prego Sos Spageti Ayam Cendawan dan 2 tin air. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih. 

Tambah bancuhan tepung gandum dan biarkan sehingga mendidih dan sedikit pekat. 

Masukkan garam secukupnya. 

Akhir sekali masukkan macaroni, cheesedale dan mozarela. Gaul rata.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 



Note:Oh yer, sos carbonara ni boleh makan juga dengan spagetti ataupun fetuchini. Buat lebih dan simpan dalam tempat beku.


Selamat mencuba



Daging Dendeng Mudah Dan Sedap. Sedapnya daging dendeng. Kat belah utara susah nak dapat daging dendeng ni. Pernah rasa masa duduk KL dulu dan sampai sekarang dok teringat-ingat. Nak buat sendiri tapi tak tahu bahan dan caranya.

Daging Dendeng Mudah Dan Sedap
Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

Semalam dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) ada follower yang bernama Wawa Zain kongsi resepi daging dendeng ni. Nampak sedap dan CH rasa nak masak untuk stok sahur nanti.. So, letak dulu resepi ni kat sini supaya senang nak cari. Tq kepada Wawa Zain sebab kongsi resepi ni.


Daging Dendeng Mudah Dan Sedap


1. Bawang merah kecil di goreng garing, angkat dan di ketepikan. 

Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

2. Perap daging dengan kicap manis semalaman dan digoreng sehingga masak sepenuhnya.

Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

3. Tumbuk daging yang telah digoreng dan ketepikan. 

Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

4. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

5. Panaskan minyak. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Bila dah wangi masukkan bahan kisar dan cili giling. 

Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

6. Selepas itu, masukkan daging, bawang goreng, garam, gula dan sedikit cuka.
Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

7. Masukkan daun limau purut sebelum angkat dan digaul rata.

8. Siap!
Daging Dendeng Mudah Dan Sedap

p/s: Resepi ni memang tak diberi berapa sukatannya. Jadi jangan tanya berapa sukatan setiap bahan....

Selamat Mencuba!



Sambal Sotong Petai. Sapa suka makan sambal sotong petai? Jarang buat tapi bila ada petai dalam fridge memang campak ja masuk dalam sambal sotong ni. Saja bagi kelainan sikit pada sambal sotong. Rasa dia lagi sedap walaupun CH bukanlah penggemar petai. Dulu masa muda mudi, ingatkan petai hanya boleh di buat sambal dengan udang dan ikan bilis saja. Kihkih noob ja CH. Rupanya petai boleh di buat macam-macam masakan. Itulah orang kata, jauh perjalanan banyak resepi yang kita boleh rasa... Oppps. Lagi best kalau hang kahwin dengan orang jauh atau berlainan negeri. Lagi banyak resepi korang boleh belajar...

Walaupun CH kahwin dengan orang negeri sebelah ja, CH banyak belajar tentang resepi masakan Mamak. Ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi tapi cuba  juga. Buktikan kita boleh masak. Hahaha..

Sambal Sotong Petai, resepi sambal sotong, resepi sambal sotong petai, sambai sotong sedap, sedapnya sambal sotong, masakan sotong, menu sotong, sotong sambal, sambal sotong, cara masak sambal sotong, bahan untuk buat sambal sotong, sotong, mudahnya masak sotong,
Lupa buka lampu. Gambar pun gelap ja...

Sambal sotong ni antara menu favourite kami anak-beranak. Boleh habis satu mangkuk ni. Kalau tak habis, esok buat nasi goreng sambal sotong petai. sedap! So, kalau ada leftover masakan semalam... korang jangan terus buang tau. Simpan dulu sebab boleh guna untuk buat nasi goreng. Confirm suami dan anak-anak puji. Kalau rasa korang tak nak masak, korang letak dekat tempat beku terus. Nanti nak guna, panaskan saja. 

Tapi suami saya tak makan makanan semalam? Sebab tulah CH suruh buat nasi goreng. Bukannya hidang sekali lagi. Ada faham? Yes, memang ada suami yang sejenis tak makan masakan yang diperangat. Dia nak makan yang baru masak saja. Sabar sajalah dan sebagai isteri kita kena kreatif dalam masakan. Bila kita kreatif, macam-macam kita boleh masak tau. 

Okaylah, CH tak nak membebel panjang-panjang... 

Sambal Sotong Petai, resepi sambal sotong, resepi sambal sotong petai, sambai sotong sedap, sedapnya sambal sotong, masakan sotong, menu sotong, sotong sambal, sambal sotong, cara masak sambal sotong, bahan untuk buat sambal sotong, sotong, mudahnya masak sotong,
Sambal Sotong Petai 

Sambal Sotong Petai


Bahan

600gram sotong di potong sederhana kecil  ( 6-7 ekor sotong besar)
3 -4 papan petai - di ambil isi saja
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara

Panaskan minyak.

Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.

Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak seketika sehingga garam dan gula sebati.

Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan petai dan biarkan sehingga petai masak.

Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.

Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!
Rebung Masak Lemak Cili Padi. Selamat berhujung minggu korang! Aktiviti Hari Minggu CH adalah masak, kemas rumah dan mendobi. Hahaha... Tak keluar ke? Keluar juga.. Keluar hantar anak-anak pergi tuisyen dan pergi kedai beli barang-barang yang di perlukan. Minggu ni tak pergi jalan-jalan jauh sebab anak-anak dan mula periksa hujung tahun. Lepas periksa baru nak enjoy.. Disebabkan CH sejak dua menjak ni dok teringin nak makan rebung.. So, bila adik balik kampung bulan lepas, mommy minta dia ambikkan rebung dari pokok buluh depan rumah. Dia ambik macam CH nak buat kenduri. Hahaha... Sebab rebung banyak, CH sedekahkan kepada kawan-kawan opis yang makan. Baki yang ada, CH rebus dan bekukan dalam peti sejuk sebab CH tak suka kalau rebung tu jadi jeruk atau mula berbau. Hasil dari teringin tu, terhasillah rebung masak lemak cili padi. 

Bila masak rebung ni, CH dan adik-adik saja yang makan. Suami dan MIL tak gemarkannya. Kalau ada pun, setakat ambil untuk rasa ja. CH pula siap ratah-ratah lagi. Nasib baik badan tak berangin. Hahaha..

Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi masak lemak cili padi, cara masak rebung, resepi rebung, mudahnya masak rebung, masak rebung cara orang kampung, resepi masak lemak cili padi udang, resepi masak lemak cili padi rebung, resepi masak lemak cili padi ayam, bahan untuk masak lemak cili padi, cara buat masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili padi, langkah-langkah untuk masak lemak cili padi
Masak lemak cili padi rebung

Anak-anak pula memang tak makan. Jarang buat dan jarang nampak, memang depa tak sentuh lah... CH memang dari kecil lagi suka makan rebung terutamanya rebung yang di buat pajeri, gulai ayam atau daging. Kalau buat gulai tu, letak kerisik lebih memang sedap sangat. Tak pandang kiri kanan dah bila makan... 

Korang pandai dan suka tak makan rebung? Kebanyakkan tak suka makan rebung sebab tak suka dengan bau dia. Yang berbau menusuk hidung tu rebung jeruk yer. Yang fresh tak berbau yer... 

Rebung, Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi masak lemak cili padi, cara masak rebung, resepi rebung, mudahnya masak rebung, masak rebung cara orang kampung, resepi masak lemak cili padi udang, resepi masak lemak cili padi rebung, resepi masak lemak cili padi ayam, bahan untuk masak lemak cili padi, cara buat masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili padi, langkah-langkah untuk masak lemak cili padi
Rebung masak lemak cili padi

Masak Lemak Cili Padi Rebung


Bahan

1 Batang Rebung - Bersihkan dan di rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, racikkan ia. Ketepikan.
RM3 santan
1 genggam udang sayur/kecil
Garam secukupnya
1-2 keing asam keping
2 cawan air

Bahan kisar

1 biji bawang besar
2cm halia
2cm lengkus
2 batang serai
5-7 biji cili padi
2-3 cm kunyit hidup

Caranya

Panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau. 

Masukkan udang dan rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama.

Perlahankan api dan tambah santan serta garam. Masa ni perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak menjadi kepala. 

Biarkan sehingga masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain.


Tumis Tauhu Taugeh Kucai. Taugeh bukanlah sayur kesukaan kami sekeluarga. Beli pun sebab buat char koay teow minggu lepas. Itupun untuk suami dan MIL. CH dan anak-anak makan Char Koay Teow tanpa taugeh. So, baki taugeh dan kucai banyak lagi. Nak buat apa? Dari biarkan busuk, mommy olah jadi sayur tumis tauhu, taugeh dan kucai... Nanti suami dan MIL yang makan. 

Tumis taugeh tauhu kucai, tumis taugeh, taugeh tumis, sayur taugeh, resepi masak tumis taugeh, resepi sayur mudah dan sedap, sedapnya tumis taugeh, sayur ringkas, resepi masakan kampung, tauhu, resepi tauhu, sedapnya tauhu masak tumis taugeh
Tumis Tauhu Taugeh Kucai 

Tumis taugeh tauhu kucai, tumis taugeh, taugeh tumis, sayur taugeh, resepi masak tumis taugeh, resepi sayur mudah dan sedap, sedapnya tumis taugeh, sayur ringkas, resepi masakan kampung, tauhu, resepi tauhu, sedapnya tauhu masak tumis taugeh

Resepi sayur tumis tauhu, taugeh dan kucai ni senang ja. Campak2 dah siap. Resepi kat bawah yer..

Tumis Tauhu Taugeh Kucai


Bahan

1 ikat daun kucai - dibersihkan dan dipotong 1 inci
2 genggam taugeh
2 keping tauhu - dipotong dadu
2 biji cili merah - dihiris serong
2 biji bawang besar dihiris nipis
2 sdb minyak untuk menumis

Cara-caranya

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

Tumis bahan hiris hingga wangi dan kekuningan.

Masukkan udang sayur dan sedikit air. Biarkan air mendidih.

Masukkan semua bahan sayuran, garam. Gaul rata hingga sayur masak.

Tutup api  dan hidangkan bersama nasi panas. 
Korang pernah dengar bihun goreng oren? Mommy pun first time dengar. Tapi tulah request dari kakak Aisya. Nak bihun goreng kaler oren yang macam kantin sekolah jual... Mommy tak reti nak masak macam kantin sekolah tu. So, mommy masak macam biasa sajalah..  takdelah bihun goreng kaler oren tapi bihun goreng mommy ni mudah dan sedap jugak. 

Bihun Goreng Mudah Dan Sedap, Bihun Goreng Mudah Dan Sedap , bihun goreng, bihun goreng mudah, bihun goreng sedap, sedapnya bihun goreng sotong, bihun goreng sotong, sotong, resepi sotong, respi mudah sotong, cara mudah masak bihun goreng, mudahnya masak bihun goreng, bihun goreng ringkas tapi sedap, resepi bihun,  cara masak bihun goreng, bahan untuk masak bihun goreng
Bihun Goreng Mudah Dan Sedap 

Walaupun tak berkaler oren, bihun goreng mommy tetap special khas untuk kakak Aisya dan adik-adik. Makan bertambah korang adik beradik. #mommysuka . 

Bihun Goreng Mudah Dan Sedap,Bihun Goreng Mudah Dan Sedap , bihun goreng, bihun goreng mudah, bihun goreng sedap, sedapnya bihun goreng sotong, bihun goreng sotong, sotong, resepi sotong, respi mudah sotong, cara mudah masak bihun goreng, mudahnya masak bihun goreng, bihun goreng ringkas tapi sedap, resepi bihun,  cara masak bihun goreng, Bihun Goreng Mudah Dan Sedap , bihun goreng, bihun goreng mudah, bihun goreng sedap, sedapnya bihun goreng sotong, bihun goreng sotong, sotong, resepi sotong, respi mudah sotong, cara mudah masak bihun goreng, mudahnya masak bihun goreng, bihun goreng ringkas tapi sedap, resepi bihun,  cara masak bihun goreng, bahan untuk masak bihun goreng
Bihun Goreng Mudah Dan Sedap 

Bihun Goreng Mudah Dan Sedap 


Bahan

1 bungkus bihun - rendam dalam 15 minit untuk lembutkan bihun
2 biji telur - di buat telur hancur terlebih dahulu
2 pokok sawi
10 ekor sotong - potong kecil. Jumlah sotong tu bergantung kepada saiz sotong. 
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis 
1 biji bawang besar - di racik
3 ulas bawang putih - di racik
garam 
gula
minyak untuk tumis
2 cawan air
bawang goreng


Caranya

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar. Gaul sehingga cili masak. 

Tambah sos tiram, sos cili, sos tomato dan  kicap manis. Gaul sehingga sebati. 

Tambah garam dan gula secukupnya. 

Masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga sotong masak. 

Tambah air dan biarkan sehingga air mendidih. Masukkan bihun dan gaul rata. Kacau sehingga bihun lembut. Sekiranya bihun masih keras, tambah air sikit sikit sehingga bihun lembut sepenuhnya. 

Bila bihun telah lembut, masukkan sawi yang telah di potong. Gaul rata sehingga sawi masak.

Masukkan telur hancur dan gaul rata. 

Tutup api. Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 


Untuk lebih sedap, korang boleh tabur bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Mommy tak tabur siap-siap sebab anak-anak mommy alergik dengan daun warna hijau dan bawang goreng. Boleh muntah ooo depa kalau tergigit. huhu.. 

Nak lagi extra sedap, korang boleh makan dengan cili jeruk. 

Selamat mencuba!







Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates