facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Spaghetti Carbonara Seafood. Mommy obses dengan spaghetti. Suka makan tapi suka yang homemade sebab kadang-kadang tu yang kat restoran tidak memenuhi citarasa mommy. Taste mommy ni kadang-kadang lain sikit tapi lebih suka yang ada rasa melayu sikit. Sebab itulah walaupun buat spaghetti carbonara letak cili dan lada. Barulah ada rasa kick sikit.. hahaha. Tapi sos carbonara ni mommy guna yang botol saja. Senang dan cepat. 

Di sini mommy kongsikan spaghetti carbonara cara mommy. Mungkin ia juga memenuhi citarasa korang.... Cubalah. 

spaghetti, spaghetti carbonara, cara buat spaghetti carbona, carbonara seafood, cara masak spaghetti, cara masak spaghetti carbonara, resepi spaghetti carbonara, carbonara spaghetti, bahan-bahan spaghetti carbonara, homemade sapghetti carbonara, cara masak spaghetti carbonara, carbonara, resepi pasta carbonara, pasta, western, senangnya masakan western, prego, sos carbonara,
Spaghetti Carbonara Seafood

Spaghetti Carbonara Seafood

Bahan

1/2 paket spaghetti  - rebus sehingga lembut dan toskan 
1 botol sos carbonara
10-15 ekor udang sederhana
5 ekor sotong besar - potong bulat
1-2 biji cili merah/cili kering/cili traffic light - potong bulat dan serong
2 biji bawang putih - potong bulat
2 sudu besar minyak zaitun / kelapa sawit
1/2 cawan air
garam secukupnya


Caranya

Panskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos carbonara dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih, masukkan  cili,sotong dan udang. Biarkan sehingga masak.

Angkat dan hidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus. 


* tak perlu gaul sekali kerana jika tidak habis, boleh masukkan dalam fridge dan panaskan bila mahu makan. 


Selamat mencuba!


Bawal Goreng Cili Kicap. Assalamualaikum wbt & hi. Lamanya mommy tak update blog.. Ada jer sebab mommy dok catch up beberapa perkara makanya blog ni terabai sikit. Korang suka tak makan bawal goreng panas-panas cicah dengan cili kicap? Mommy suka dan boleh bertambah nasi. Selalunya mommy akan ke restoran nelayan di Bagan Luar Butterworth tapi cili kicap dia tak berapa nak menepati citarasa mommy. Ada sesuatu yang kurang.. hihi. Jadinya, untuk memenuhi selera mommy.. Mommy akan buat sendiri Bawal Goreng Cili Kicap. Untuk bawal goreng cili kicap ni mesti geng dengan kari kepala ikan atau kari ikan penang. Sedap baq hang!

Untuk resepi kari ikan borang boleh tengok di Kari Ikan Temenung Lemak  atau Kari Kepala Ikan. Dua-dua sedap. Eh!. hahaha... Hari ini mommy nak kongsikan cara buat cili kicap yang sedap sampai tak nak kongsi dengan orang lain. Senang saja... pejam mata pun boleh buat. Untuk bawal goreng tu, korang gaul garam kunyit dan goreng garing sebelum hidang nasi. Jangan goreng awal-awal sebab nanti tak sedap.


RESEPI SAMBAL KICAP, resepi sambal kicap, sambal kicap, bawal goreng panas sambal kicap, sambal cili, sambal cili kicap, cili kicap, resepi cili kicap, resepi sambal cili kicap, cili kicap bawal goreng panas, bahan-bahan cili kicap, bahan-bahan sambal cili kicap, cara buat sambal cili kicap, kicap, cili, sambal cili kicap ikan goreng, bawal, bawal goreng, bawal goreng panas
Bawal Goreng Cili Kicap


RESEPI SAMBAL CILI KICAP

Bahan:

7 biji cili padi - hiris kecil
1 labu bawang besar - di hiris separa bulat dan nipis
2 biji limau kasturi atau separuh limau nipis
5 sudu besar kicap


Caranya:

Satukan semua bahan dan gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama dengan bawal,  kari dan nasi panas-panas.



notes:

Jangan tambah air panas/ air suam dalam sambal kicap. Kalau kurang kicap, just tambah kicap. Sebab bila bercampur dengan air, rasa sambal kicap dah tak kick.



Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap ~ Sesekali layan lauk kampung memang sedap. Kali ini mommy teringin sambal petai udang. Mommy tak makan petai sebenarnya tapi suka sambal yang ada rasa petai. Rasa unik petai dan manis udang menjadi tarikan. Mommy kalau ada lebihan sambal petai memang akan buat nasi goreng sambal petai. Sedap tau!

Kalau buat sambal petai, mommy suka sambal yang pekat dan berbalut di petai dan udang. Tak suka yang cayaq! Pastu sambal tu pula mesti masak sampai berminyak. Baru la sambal tahan lama..

Korang pula suka sambal petai yang macam mana?

Sambal petai, sambal petai sedap, sambal petai mudah dan sedap, sambal petai  udang, sambal udang petai, sambal udang, sambal udang petai sedap, sambal udang petai sedap dan mudah, sambal petai mudah, sambal udang mudah dan sedap, mudahnya masak sambal petai  udang, mudahnya masak sambal petai udang, bahan untuk buat sambal petai, bahan untuk buat sambal petai udang, cara masak sambal petai, langkah-langkah untul buat sambal petai udang
Sambal petai udang mudah dan sedap


Sambal Petai Mudah Dan Sedap


Bahan

6 papan petai - di kikis kulit, di potong kecil dan si rendam dgn air garam.
1/2 kg udang kertas saiz s
RM 2 santan
6 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak
Garam

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Caranya

Panaskan minyak. Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing.

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

Tambah udang, petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga udang dan petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain.

Selamat mencuba!


Cucur Jagung Lembut Dan sedap ~ Hi semua. Semalam hujan sat, dan la bumi sejuk sikit. Hari ni panas lit lit lagi. Takmo keluar tapi terpaksa juga sebab nak lunch. hahaha. Ahad baru-baru ni, mommy pergi beli breakfast di Taman Selasih dan ada seorang kakak ni dengan anak dia datang tanya nak tak jagung. Satu bungkus, 5 biji jagung dengan harga RM5. Bila ada yang menjual macam tu, mommy terus kesian dan ambil sebungkus. Sebab zaman sekarang semuanya memerlukan duit dan kemungkinan kakak tu pun perlu duit untuk perbelanjaan harian dia dan anak-anak. Dia bukan meminta tapi dia menjual, jadi kita bantu dia dengan membeli. Alhamdulillah jagung-jagung yang mommy beli tu semua sedap, manis dan elok. In sha Allah kalau terserempak lagi dengan kakak tersebut, mommy akan beli lagi. Mungkin beli lebih sebab anak-anak mommy suka makan jagung. Dah ajar depa makan jagung sejak dari dalam perut. Tu sebab mulut depa macam bertih jagung. hahaha

Bila dah ada jagung, terus terfikir nak buat cucur jagung. Sedapnya makan coq jagung panas-panas dengan air kopi o. Cucur jagung yang ini versi anak-anak mommy - tanpa sayur dan bawang. Allergic betul depa dengan sayur dan bawang. Kali ini mommy letak sedikit cuka. Ada perbezaan rupanya bila letak cuka dengan tanpa cuka. Bila letak cuka, jagung akan melekat di tepung dengan elok, rasa lemak sedikit dan bila goreng ia tak meletup-letup. 

Cucur Jagung Lembut Dan sedap, cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, cucur jagung sedap, resepi cucur jagung, cara buat cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, sedapnya cucur jagung, jagung, bahan cucur jagung, jagung sedap,
Cucur Jagung Lembut Dan sedap


Cucur Jagung Lembut Dan sedap


Bahan

2 biji jagung - di ambil ulasnya saja
500g tepung
1 sudu besar cuka makan
garam secukupnya
Air panas secukupnya



Caranya

Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi seperti bancuhan di bawah ini.

Cucur Jagung Lembut Dan sedap, cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, cucur jagung sedap, resepi cucur jagung, cara buat cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, sedapnya cucur jagung, jagung, bahan cucur jagung, jagung sedap,
Cucur Jagung Lembut Dan sedap

Panaskan minyak dan mula menggoreng bancuhan tadi. Bentukkan ia bulat-bulat. Mommy tak pandai buat bulat-bulat tapi bermacam-macam bentuk bolehlah.

Cucur Jagung Lembut Dan sedap, cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, cucur jagung sedap, resepi cucur jagung, cara buat cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, sedapnya cucur jagung, jagung, bahan cucur jagung, jagung sedap,
Cucur Jagung Lembut Dan sedap

Goreng sehingga keperangan atau sedikit garing. 

Angkat dan hidangkan dengan teh o atau kopi o.


Selamat mencuba.!
Fried Angel Hair ~ Alah spaghetti yang halus tu nama dia angel hair. Mommy suka angel hair ni di buat goreng. Kalau makan dengan carbonara atau bolognaise kurang sikit. Mommy aje.. korang punya citarasa lain kot. spaghetti, angel hair, mee kering dan segala mak nenek stok kering memang ada tersimpan kat rumah. Senang kalau mommy terrrr rajin nak masak, terrrr paksa masak dan malas nak keluar. hahaha.

Angel hair goreng ni senang ja uolls. Resepi macam mee goreng cuma tak letak kicap. Version mommy suka letak ayam, sosej atau udang banyak-banyak. Kalau boleh satu sudu, seketoi ayam. Hihi. 


Fried Angel Hair, angel hair goreng, spaghetti goreng, fried spaghetti, resepi angel hair mudah dan sedap, resepi angel hair goreng mudah dan sedap, resepi spaghetti goreng mudah dan sedap, spaghetti goreng mudah dan sedap, bahan spaghetti goreng, cara membuat spaghetti goreng, menu mudah dan sedap, menu makan malam mudah dan sedap, sedapnya spaghetti goreng, cara memasak spaghetti goreng,
Fried Angel Hair



Fried Angel Hair


Bahan

1/2 angel hair - direbus sehingga lembut dan di tos
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - potong bulat
2 dada ayam - potong kecil dan di gaul dengan sedikit garam
10 biji mini sosej - potong serong
1/2 cili benggala - di potong keci
2 biji tomato - di cincang halus
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak masak/zaitun
Garam secukupnya
Daun sup
1/2 cawan air


Caranya:

Panaskan minyak, goreng ayam sehingga sedikit garing atau kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Kemudian, goreng sosej sehingga sedikit garing.  Angkat dan ketepikan.

Baki minyak tersebut, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan biarkan ia masak atau berminyak.

Tambah tomato, sos cili, air dan garam. Biarkan sehingga tomato sebati dengan cili iaitu mendidih dalam 10minit dengan api sederhana.

Masukkan angel hair, ayam, sosej dan cili benggala. Gaul sebati. 

Angkat dan taburkan daun sup sebelum hidang. 


Selamat mencuba!


p/s : mommy tak letak daun sup sebab kat umah takdak stok. 


Ikan Tongkol Masak Pindang ~ Bila malas nak masak, menu campak-campak selalu jadi pilihan. Antara menu campak-campak pilihan mommy adalah masak pindang atau masak singgang kata orang orang pantai timur. Beza pindang dan singgang adalah di mana pindang di letakkan kunyit hidup manakala singgang tak letak. Rasa lebih kurang ja. Cuma version mommy letak tomato, cili padi bagailah. Selalunya mommy masak pindang ikan temenung lemak tapi kali ini mommy buat pindang guna ikan tongkol sebab selalu nampak kawan-kawan belah pantai timur update masak singgang ikan tongkol. Sedap rupanya ikan tongkol dimasak pindang. Kalau belah husband, memang tak berapa suka ikan tongkol... tapi mommy okay ja. Buat masak kicap atau sambal lagi sedap. hihi..



Mommy suka masak pindang ni sebab bahan-bahan dalam menu ni sangat sesuai untuk perempuan dalam pantang atau lepas haid. Ia membantu membersihkan bahagian dalaman wanita. Jadi, apabila masak pindang... mommy akan hirup kuahnya. Sedap. 

Ikan Tongkol Masak Pindang, masak pindang mudah dan sedap, resepi masak pindang, resepi pindang mudah dan sedap, resepi singgang mudah dan sedap, singgang, pindang, pindang ikan tongkol, pindang ikan kayu, resepi pindang ikan kayu, cara masak pindang, menu orang pantang, resepi untuk orang pantang, ikan kayu mudah dan sedap, menu ikan kayu mudah dan sedap, bahan untuk masak pindang, bahan untuk masak singgang
Ikan Tongkol Masak Pindang


Ikan Tongkol Masak Pindang


Bahan

1 ekor ikan tongkol - dipotong dan di bersihkan 
1 biji bawang besar
2 batang serai - di ketuk
2 cm halia - di ketuk
2 cm lengkuas - di ketuk
4 biji cili padi - di ketuk
2 keping asam gelugor
1 biji tomato
garam secukupnya
750ml air


Caranya

Panaskan air. Masukkan semua bahan sehingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.

Rasa. 

Hidangkan bersama ikan goreng, sambal tumis petai ataupun sambal belacan dan ulam. 

Selamat mencuba!
Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates