Rabu, 23 Oktober 2019

Sambal Sotong Petai

Sambal Sotong Petai. Sapa suka makan sambal sotong petai? Jarang buat tapi bila ada petai dalam fridge memang campak ja masuk dalam sambal sotong ni. Saja bagi kelainan sikit pada sambal sotong. Rasa dia lagi sedap walaupun CH bukanlah penggemar petai. Dulu masa muda mudi, ingatkan petai hanya boleh di buat sambal dengan udang dan ikan bilis saja. Kihkih noob ja CH. Rupanya petai boleh di buat macam-macam masakan. Itulah orang kata, jauh perjalanan banyak resepi yang kita boleh rasa... Oppps. Lagi best kalau hang kahwin dengan orang jauh atau berlainan negeri. Lagi banyak resepi korang boleh belajar...

Walaupun CH kahwin dengan orang negeri sebelah ja, CH banyak belajar tentang resepi masakan Mamak. Ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi tapi cuba  juga. Buktikan kita boleh masak. Hahaha..

Sambal Sotong Petai, resepi sambal sotong, resepi sambal sotong petai, sambai sotong sedap, sedapnya sambal sotong, masakan sotong, menu sotong, sotong sambal, sambal sotong, cara masak sambal sotong, bahan untuk buat sambal sotong, sotong, mudahnya masak sotong,
Lupa buka lampu. Gambar pun gelap ja...

Sambal sotong ni antara menu favourite kami anak-beranak. Boleh habis satu mangkuk ni. Kalau tak habis, esok buat nasi goreng sambal sotong petai. sedap! So, kalau ada leftover masakan semalam... korang jangan terus buang tau. Simpan dulu sebab boleh guna untuk buat nasi goreng. Confirm suami dan anak-anak puji. Kalau rasa korang tak nak masak, korang letak dekat tempat beku terus. Nanti nak guna, panaskan saja. 

Tapi suami saya tak makan makanan semalam? Sebab tulah CH suruh buat nasi goreng. Bukannya hidang sekali lagi. Ada faham? Yes, memang ada suami yang sejenis tak makan masakan yang diperangat. Dia nak makan yang baru masak saja. Sabar sajalah dan sebagai isteri kita kena kreatif dalam masakan. Bila kita kreatif, macam-macam kita boleh masak tau. 

Okaylah, CH tak nak membebel panjang-panjang... 

Sambal Sotong Petai, resepi sambal sotong, resepi sambal sotong petai, sambai sotong sedap, sedapnya sambal sotong, masakan sotong, menu sotong, sotong sambal, sambal sotong, cara masak sambal sotong, bahan untuk buat sambal sotong, sotong, mudahnya masak sotong,
Sambal Sotong Petai 

Sambal Sotong Petai


Bahan

600gram sotong di potong sederhana kecil  ( 6-7 ekor sotong besar)
3 -4 papan petai - di ambil isi saja
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara

Panaskan minyak.

Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.

Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak seketika sehingga garam dan gula sebati.

Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan petai dan biarkan sehingga petai masak.

Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.

Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

Ahad, 20 Oktober 2019

Masak Lemak Cili Padi Rebung

Rebung Masak Lemak Cili Padi. Selamat berhujung minggu korang! Aktiviti Hari Minggu CH adalah masak, kemas rumah dan mendobi. Hahaha... Tak keluar ke? Keluar juga.. Keluar hantar anak-anak pergi tuisyen dan pergi kedai beli barang-barang yang di perlukan. Minggu ni tak pergi jalan-jalan jauh sebab anak-anak dan mula periksa hujung tahun. Lepas periksa baru nak enjoy.. Disebabkan CH sejak dua menjak ni dok teringin nak makan rebung.. So, bila adik balik kampung bulan lepas, mommy minta dia ambikkan rebung dari pokok buluh depan rumah. Dia ambik macam CH nak buat kenduri. Hahaha... Sebab rebung banyak, CH sedekahkan kepada kawan-kawan opis yang makan. Baki yang ada, CH rebus dan bekukan dalam peti sejuk sebab CH tak suka kalau rebung tu jadi jeruk atau mula berbau. Hasil dari teringin tu, terhasillah rebung masak lemak cili padi. 

Bila masak rebung ni, CH dan adik-adik saja yang makan. Suami dan MIL tak gemarkannya. Kalau ada pun, setakat ambil untuk rasa ja. CH pula siap ratah-ratah lagi. Nasib baik badan tak berangin. Hahaha..

Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi masak lemak cili padi, cara masak rebung, resepi rebung, mudahnya masak rebung, masak rebung cara orang kampung, resepi masak lemak cili padi udang, resepi masak lemak cili padi rebung, resepi masak lemak cili padi ayam, bahan untuk masak lemak cili padi, cara buat masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili padi, langkah-langkah untuk masak lemak cili padi
Masak lemak cili padi rebung

Anak-anak pula memang tak makan. Jarang buat dan jarang nampak, memang depa tak sentuh lah... CH memang dari kecil lagi suka makan rebung terutamanya rebung yang di buat pajeri, gulai ayam atau daging. Kalau buat gulai tu, letak kerisik lebih memang sedap sangat. Tak pandang kiri kanan dah bila makan... 

Korang pandai dan suka tak makan rebung? Kebanyakkan tak suka makan rebung sebab tak suka dengan bau dia. Yang berbau menusuk hidung tu rebung jeruk yer. Yang fresh tak berbau yer... 

Rebung, Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi Rebung Masak Lemak Cili Padi, resepi masak lemak cili padi, cara masak rebung, resepi rebung, mudahnya masak rebung, masak rebung cara orang kampung, resepi masak lemak cili padi udang, resepi masak lemak cili padi rebung, resepi masak lemak cili padi ayam, bahan untuk masak lemak cili padi, cara buat masak lemak cili padi, sedapnya masak lemak cili padi, langkah-langkah untuk masak lemak cili padi
Rebung masak lemak cili padi

Masak Lemak Cili Padi Rebung


Bahan

1 Batang Rebung - Bersihkan dan di rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, racikkan ia. Ketepikan.
RM3 santan
1 genggam udang sayur/kecil
Garam secukupnya
1-2 keing asam keping
2 cawan air

Bahan kisar

1 biji bawang besar
2cm halia
2cm lengkus
2 batang serai
5-7 biji cili padi
2-3 cm kunyit hidup

Caranya

Panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau. 

Masukkan udang dan rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama.

Perlahankan api dan tambah santan serta garam. Masa ni perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak menjadi kepala. 

Biarkan sehingga masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain.


Na Na Na...