Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

by - 10:52 PG

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau. Dua minggu lepas, saya dan suami telah ke Tanjung Piandang. Saja jalan-jalan ke sana untuk menikmati mee udang. Sebelum singgah makan, kami berhenti membeli pelbagai jenis hasil laut yang segar dan harga berpatutan. Habis RM 100 jugalah tapi berbaloi sebab hasil belian adalah ketam, udang harimau, ikan merah, ikan jenahak, kerang dan juga ikan sardin. Semuanya segar-segar dan isinya manis. Masa pergi tu saya bawa siap-siap bekas tahan sejuk sebab peniaga di sana sediakan ais untuk pembeli.. Senang dan pembeli pun tak perlu susah payah mencari ais. Dah siap membeli, kami pun pergi makan di Ban Pecah sambil menikmati sunset pada hari tersebut.

Disebabkan dah dua minggu udang tu dalam peti sejuk, hari minggu yang lepas mommy pun masaklah masak lemak cili padi dengan nanas. Masih sedap dan manis isi udang tu... Encik suami kata nanti sebulan sekali kita mai borong seafood di situ lagi. Mommy wokey saja... 

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau, resepi masak lemak cili padi udang, resepi masak lemak udang, udang masak lemak cili padi, udang harimau, udang, cara masak masak lemak, cara masak masak lemak udang, bahan untuk masak lemak cili padi, cara buat masak lemak cili padi, menu udang harimau, resepi udang harimau,
Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau, resepi masak lemak cili padi udang, resepi masak lemak udang, udang masak lemak cili padi, udang harimau, udang, cara masak masak lemak, cara masak masak lemak udang, bahan untuk masak lemak cili padi, cara buat masak lemak cili padi, menu udang harimau, resepi udang harimau,


Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau


Bahan

1kg Udang Harimau - dibersihkan terlebih dahulu
RM 2 santan
1 biji nanas  - kupas, di belah 4 dan di potong kecil
2 batang serai - di ketuk
Asam keping
2 helai daun kunyit - hiris nipis
Garam secukupnya


Bahan kisar
5 biji cili padi
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1cm kunyit 

Caranya

Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar sehingga mendidih.

Tambah nanas, asam keping, serai dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidh dan nanas masak sepenuhnya. Jika terlalu pekat, tambah 2 cawan air. 

Masukkan santan dan udang. Biarkan sehingga mendidih. 

Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biarkan mendidih. 

Angkat dan hidangkan dengam nasi panas , ikan goreng dan sayur. 

Selamat mencuba!



You May Also Like

0 comments