Sup Tulang Idaman Hati. Dah banyak hari dok teringin sup tulang.. Selalu dok pi makan kat kedai tapi tak berapa nak penuhi selera. Mana nak sama dengan yang buat sendirikan. Bila dah teringin sup tulang sangat, mommy ke pasar Kulim. Alahmdulillah ada rezeki dapat tulang rusuk yang banyak isinya. Mommy beli sebatang saja tulang rusuk. Itupun sekilo lebih..
Balik dari market, terus siangkan tulang rusuk dan rebus sampai empuk. Bila dah empuk baru masukkan bahan-bahan untuk buat sup. Petua dari orang kampung, kalau masak daging pastikan periuk di tutup.. Barulah daging cepat empuk dan lembut. Gituuuu.
Okaylah taknak membebel panjang-panjang. Sebab banyak lagi kerja yang menanti....
Resepi Sup Tulang
Bahan-Bahan
1.5 kilo tulang rusuk
2 batang serai- di ketuk
5 cm halia - di ketuk
5 cm lengkuas - di ketuk
2 biji bawang besar - di racik
2 bungkus sup bunjut tulang
garam secukupnya
daun bawang
daun sup
bawang goreng
Caranya
Rebus tulang rusuk sehingga empuk.
Masukkan serai, halia, lengkuas, bawang besar dan sup bunjut tulang. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan garam sevukupnya.
Renih sup sehingga rasa bahan-bahan serasi.
Angkat dan hidangkan ketika panas bersama nasi serta lauk lain.
nota: boleh gantikan nasi dengan bihun, mee atau koay teow.
Selamat mencuba!
2 comments
Sedapnya sup.tulang.hirup.panas panas time sejuk nih best
BalasPadamTengah ujan ni kalau dapat sup tulang panas2 tentu best
BalasPadam