Jenis Dan Kegunaan Tepung Beras
Jenis dan kegunaan tepung beras. Mommy baru tahu ni yang tepung beras ada banyak jenis. Ingatkan sama saja. Lagipun mommy jarang guna tepung beras kecuali nak buat goreng pisang, cempedak ngan laksam. Nampak sangat bukan kaki masak. #jangankecam sebab mommy lebih suka masak campak-campak dan try & error. Nak buat inovasi la katakan... Hahaha
So, jom kenal dengan tepung beras dan kegunaannya.
Jenis Dan Kegunaan Tepung Beras
1. Tepung Beras Cap 1 Gajah
Sesuai untuk membuat adunan menggoreng seperti goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, ikan dan lain-lain lagi.
Sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.
Ia sesuai sebab menjadikan gorengan menjadi rangup.
Tepung Beras Cap 1 Gajah |
2. Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sesuai untuk membuat kuih-kuih traditional seperti kuih koci, apa. Beras dan lain-lain.
Ia juga menjadikan kuih lebih lembut dan berkilat.
Tepung Beras Cap 3 Gajah |
3. Tepung Beras Cap 5 Gajah
Sesuai untuk membuat pelbagai jenis mi kuning, laksa dan sebagainya.
Hasilanya mee lebih kenyal dan kental.
Tepung Beras Cap 5 Gajah |
4. Tepung Beras Cap Teratai
Sangat sesuai digunakan dalam membuat rempeyek dan apam.
Kalau di gunakan untuk membuat apam, rasa tepungnya kurang.
Kalau digunakan untuk membuat rempeyek atau tumpi, hasilnya lebih rangup.
Tepung Beras Cap Teratai |
Dah kenalkan tepung beras dan kegunaannya? Jom guna tepung beras yang sesuai untuk lebih sedap dan rangup.
0 comments