Resepi Bubur Asyura Utara
Resepi Bubur Asyura Utara. Bulan Muharram ni bulan bubur Asyura. Rata-rata rakan FB buat bubur Asyura. Masing-masing ada resepi tersendiri. Baru-baru ni mommy ada buat gotong royong dengan keluarga belah suami. Guna resepi mereka... Sedap dan lemak berkrim.
Disebabkan bubur Asyura ni sedap sangat. mommy kongsi resepi yang di kongsi oleh SIL Sallina Md Radzi . Korang boleh terjah FB dia.
Bubur asyura utara... |
Resepi Bubur Asyura
Bahan
Sekilo tepung beras (cap 3 gajah)
Sekilo santan
Setengah kilo gula merah (dimasak & ditapis)
Setengah kilo gula pasir (ikut rasa)+-
Jagung 2 biji**
Kacang hijau 1/2kg**
Kacang tanah 1/2kg**
Kacang kuda 1/2kg**
Ubi keledek oren 1/2 kg (agak2 sj)**
Garam secukup rasa
Daun pandan 3-4helai
Air halia (tapis sebesar 1 inci)
Tepung jagung 1 senduk kecil (nak bg berkilat)
Air secukupnya
Optional # jagung dalam tin & pisang
Cara - caranya :
1. Rendam & Rebus bahan2 bertanda ** separuh masak kecuali jagung & ubi.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul rata.
4. Buka api, panaskan dengan api sederhana sambil kacau sehingga nampak berkilat dan tidak berketul.
5. Masukkan air halia dan kacau.
6. Masukkan gula merah yg telah dimasak dan ditapis td bersama gula pasir secukupnya.
7. Masukkan semua bahan2 rebus yg bertanda ** tadi.
9. Masukkan ke dalam bekas & sejukkan.
10. Siap... Sy suka sejuk, so sy masukkan dlm peti sekejap... Sedia utk dihidang...
P/S : Air diperlukan sekiranya adunan terlalu pekat.. Kalau nak adunan lembut blh tambah air.
0 comments