RESEPI ASAM PEDAS IKAN TEMENUNG
Dah lama sebenar tak masak asam pedas sendiri. Asyik makan kat cafe office saja tapi tak berapa kena dengan selera sebab saya lebih suka asam pedas pekat seperti asam pedas melaka. Orang utara ni lebih suka asam pedas rebus. Takde tumis-tumis... Bila dah teringin sangat, kenalah masak sendiri kan. So, jadilah menu makan tengahari dihari isnin ni..
Asam pedas ikan temenung |
RESEPI ASAM PEDAS IKAN TEMENUNG
Bahan bahan
5 ekor ikan temenung
1 bunga kantan - belah 4
3 pokok daun kesum
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1/2 sudu besar garam atau secukupnya
Kacang bendi secukupnya
1 biji buah tomato
200 ml air - boleh tambah
Bahan kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1 ibu jari belacan
Cara cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Bila garing dan naik minyak, masukkan air dan bunga kantan.
Biarkan hingga mendidih, baru dimasukkan ikan, pes asam jawa dan daun kesum.
Renih atas dapur dengan api perlahan dan masuk bendi, buah tomato, garam dan serbuk perasa.
Done! Jom makan dengan nasi panas, ulam dan sambal belacan.
0 comments