Gulai Ayam Utara Mudah dan Sedap Sangat
Assalamualaikum wbt. Hai korang... Semalam teringin nak makan nasi dengan gulai ayam. Gulai yer bukan kari. So, mommy cubalah buat macam resepi arwah mak.Nasib baik menjadi. Hikhiks..
Kalau korang nak tahu, kari lebih berempah dan rasa agak pedas tapi gulai agak kurang berempah dan lebih berlemak. Namun sangat sedap jika di makan dengan nasi, ketupat ataupun roti. Kalau belah kedah, gulai ayam akan di campur dengan buah betik atau rebung. Sebab kedua-dua bahan ini akan beri rasa manis kepada kuah gulai tersebut. Kalau takdak, kita campur saja dengan ubi kentang.
So, inilah gulai ayam utara versi mommy.
Gulai Ayam Utara Mudah dan Sedap Sangat |
Resepi Gulai Ayam Utara
Bahan
10 ketul ayam - tak kira bahagian
5 sudu besar rempah kari ayam - bancuh dengan air
1 sudu besar cili kisar - campur dengan rempah
3 biji ubi kentang - di buang kulit dan di belah 4
RM 2 santan
Minyak secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu besar kerisik
2 cawan air
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia
Bahan Tumis
1 biji bawang besar - diracik
2 ulas bawang putih - diracik
1cm halia- diracik
2 batang kulit kayu manis
3 ulas bunga lawang
5 bjiji buah pelaga
5 bunga cengkih
1-2 helai daun pandang
Caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian tambah rempah dan kacau sekali sekala sehingga rempah masak atau berminyak.
Selepas itu, masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Setelah campuran rempah telah mendidih, masukkan garam secukupnya. Gaul rata.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi kentang masak sepenuhnya.
Tambahkan santan, air dan kerisik. Biarkan ia mendidih dalam api sederhana.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas dan lauk yang lain.
0 comments