Garam Belacan Buah Setoi

by - 12:44 PTG

Hai korang. Seminggu ni kawan-kawan blogger dan office asyik tayang buah setoi atau buah stey saja. Dari tak berapa teringin, terus teringin. Hihi... Dah teringin kenalah beli. So, semalam singgah pasar malam dan beli 7 biji dengan berat hampir sekilo. Cukuplah untuk mommy seorang...

Garam Belacan Buah Setoi, buah setoi, cara buat garam belacan, resepi garam belacan utara, cara buat colek, colek, garam belacan, mudahnya buat garam belacan sendiri, garam belacan utara, kuah rojak mudah dan sedap, cara buat pencicah buah, buat sendiri pencicah buah, sedapnya garam belacan, buah setoi, pencicah buah setoi,
Buah setoi atau stey


Dekat rumah ni, mommy sorang saja yang suka makan buah setoi ni. Anak-anak pandang saja. Tak teringin pun nan rasa... Haishh hangpa anak bandar, mana tahu nikmat buah setoi ni. Nanti dah rasa, hangpa asyik nak ja. 

Hari ni baru mommy sempat nak buat garam belacan buah setoi. Bagi yang tak tahu apa tu garam belacan, garam belacan adalah colek. Kat belah Kesah di panggil garam belacan. Bukan kuah rojak tau.

Garam Belacan Buah Setoi, buah setoi, cara buat garam belacan, resepi garam belacan utara, cara buat colek, colek, garam belacan, mudahnya buat garam belacan sendiri, garam belacan utara, kuah rojak mudah dan sedap, cara buat pencicah buah, buat sendiri pencicah buah, sedapnya garam belacan, buah setoi, pencicah buah setoi,
Garam belacan buah setoi


Rasa dia lain sikit dari kuah rojak. Ini resepi garam belacan versi mommy.. Lain orang lain caranya sebab ada yang guna gula merah untuk lebih pekat dan rasa yang lebih aummm. 

GARAM BELACAN BUAH SETOI


Bahan

5 -7 biji buah setoi - kupas dan di potong tidak putus dalam 1/2 cm setiap potongan. 


Bahan Garam Belacan

5-10 biji cili padi
1cm belacan
1 sudu kecil garam
4-5 sudu besar gula
4-5 sudu besar kicap manis


Caranya

Campur semua bahan dan kisar halus. 

Curah ke atas buah setoi yang telah di kupas tadi. 

Nak makan terus pun boleh, nak biarkan sejuk pun boleh. 

Bagi yang tiada blender, boleh tumbuk semua kecuali kicap. Kicap dicampurkan bila semua bahan telah sebati dan halus. Kacau sehingga pekat. 

Selamat mencuba! 



You May Also Like

0 comments