Rebung Masak Lemak Cili Padi. Selamat berhujung minggu korang! Aktiviti Hari Minggu CH adalah masak, kemas rumah dan mendobi. Hahaha... Tak keluar ke? Keluar juga.. Keluar hantar anak-anak pergi tuisyen dan pergi kedai beli barang-barang yang di perlukan. Minggu ni tak pergi jalan-jalan jauh sebab anak-anak dan mula periksa hujung tahun. Lepas periksa baru nak enjoy.. Disebabkan CH sejak dua menjak ni dok teringin nak makan rebung.. So, bila adik balik kampung bulan lepas, mommy minta dia ambikkan rebung dari pokok buluh depan rumah. Dia ambik macam CH nak buat kenduri. Hahaha... Sebab rebung banyak, CH sedekahkan kepada kawan-kawan opis yang makan. Baki yang ada, CH rebus dan bekukan dalam peti sejuk sebab CH tak suka kalau rebung tu jadi jeruk atau mula berbau. Hasil dari teringin tu, terhasillah rebung masak lemak cili padi.
Bila masak rebung ni, CH dan adik-adik saja yang makan. Suami dan MIL tak gemarkannya. Kalau ada pun, setakat ambil untuk rasa ja. CH pula siap ratah-ratah lagi. Nasib baik badan tak berangin. Hahaha..
Masak lemak cili padi rebung |
Anak-anak pula memang tak makan. Jarang buat dan jarang nampak, memang depa tak sentuh lah... CH memang dari kecil lagi suka makan rebung terutamanya rebung yang di buat pajeri, gulai ayam atau daging. Kalau buat gulai tu, letak kerisik lebih memang sedap sangat. Tak pandang kiri kanan dah bila makan...
Korang pandai dan suka tak makan rebung? Kebanyakkan tak suka makan rebung sebab tak suka dengan bau dia. Yang berbau menusuk hidung tu rebung jeruk yer. Yang fresh tak berbau yer...
Rebung masak lemak cili padi |
Masak Lemak Cili Padi Rebung
Bahan
1 Batang Rebung - Bersihkan dan di rebus sehingga empuk. Bila dah empuk, racikkan ia. Ketepikan.
RM3 santan
1 genggam udang sayur/kecil
Garam secukupnya
1-2 keing asam keping
2 cawan air
Bahan kisar
1 biji bawang besar
2cm halia
2cm lengkus
2 batang serai
5-7 biji cili padi
2-3 cm kunyit hidup
Caranya
Panaskan kuali. masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih dan naik bau.
Masukkan udang dan rebung. Biarkan sebati dan mendidih agak lama.
Perlahankan api dan tambah santan serta garam. Masa ni perlu kacau perlahan dan tanpa henti sehingga mendidih. Kaedah ini adalah untuk memastikkan santan tidak menjadi kepala.
Biarkan sehingga masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan bersama lauk pauk yang lain.
0 comments