Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi

by - 4:13 PTG

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi. Sejak bekerja dari rumah ni, macam-macam resipi yang CH cuba. Dari tak tahu, buat tak jadi, sampailah pandai dan menjadi. Termasuklah donut walaupun ramai yang kata senang ja buat donut. Itu bukan CH sebab bila CH buat asyik tak jadi macam yang jual kat kedai. Alhamdulillah hasil google CH jumpa jugak resipi donut mudah, sedap, gebu dan confirm jadi. 

Jadi, CH kongsi di sini supaya senang nak cari balik bila nak buat. Bila sekali sekala saja buat, jangan haraplah boleh ingat resepi. Jadi, CH mudahkan dengan simpan di sini... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi


BAHAN-BAHAN

1 paket yis
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.

2. Satukan Bahan Kering

Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder. Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah

Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan. CH tutup dengan tudung periuk saja.

4. Tunggu 1 Jam

Biarkan adunan tadi selama 1 jam. Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut

Terapkan comel-comel. CH tiada acuan donut yang khas jadi kita guna apa saja. So, CH guna gelas untuk terap dan buat bulat tengah dengan jari. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
kakak Aisya tolong terapkan

Inilah rupa donut yang belum di goreng. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
rupa donut sebelum di goreng

6. Gorengkan

Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas. Bila dah sedikit garing, angkat, toskan minyak dan gaul dengan gula halus. Sedia untuk di makan. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
donut comel sedia di makan

Oh yer, adunan ini juga boleh dibuat burger malaysia. CH guna Untuk adunan ini CH bahagi dua doh tersebut. Separuh untuk donut dan separuh lagi untuk burger malaysia yang berintikan ikan bilis. 

Inilah rupa Burger Malaysia yang telah siap digoreng. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
Burger Malaysia

Bila dah sejuk, belah 2 tapi jangan putuskan. Isikan dengan sambal ikan bilis... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
burger malaysia sambal ikan bilis

Seronoknya buat burger Malaysia ini kerana boleh letak ikan bilis banyak-banyak. Lagi banyak lagi sedap. Tak sedar dah makan lebih dari 3 biji... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap

Selamat mencuba uolls!

You May Also Like

0 comments