Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

by - 9:36 PG

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap. Hari ahad baru ni, CH telah ke pasar borong Kulim untuk membeli barang basah seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain bahan untuk memasak. CH jarang ke pasar borong kerana susah untuk mendapat parking tapi bila ke pasar borong memang enjoy membeli barang basah kerana harganya yang lebih murah dan segar. Bila lain-lain barang basah dapat dengan harga yang murah, maka ada lah lebihan budget untuk barang basah. Lebihan tu CH cadang untuk beli ketam sebab dah lama CH tak membeli ketam kerana harga dia yang agak mencekik darah iaitu sekilo RM38 hingga RM40. Ini harga yang CH dapat ketika bertanya di pasar harian dan kedai runcit dalam taman perumahan CH. Manakala harga ketam di pasar borong adalah dari harga RM23 sehingga RM28 mengikut saiz. CH pilih yang sedang-sedang saja. 6 ekor ketam dapatlah sekilo lebih dan harganya tak sampai RM30 pun.. Masa beli ketam ni, CH memang bercadang nak masak lemak cili padi mudah dan sedap kegemaran CH sekeluarga. 

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap, ketam, resipi ketam mudah dan sedap, resepi ketam sedap, ketam masak lemak tanpa daun kunyit, ketam masak lemak nenas,masak lemak cili api ketam, ketam masak lemak cili padi utara, ketam masak lemak terung, gulai ketam, sedapnya ketam masak lemak, cara masak lemak ketam, bahan untuk masak lemak ketam
Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

Masak lemak ketam yang CH masak semalam ni ringkas saja sebab hanya guna bahan yang ada kat rumah tiada daun kunyit. Kalau ada lagi sedap. Guna terung untuk gantikan nenas. Kalau dapat nenas memang lagi sedap tapi malas ke kedai punyai pasal, kita guna saja apa yang ada kat rumah. hihi...  

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap, ketam, resipi ketam mudah dan sedap, resepi ketam sedap, ketam masak lemak tanpa daun kunyit, ketam masak lemak nenas,masak lemak cili api ketam, ketam masak lemak cili padi utara, ketam masak lemak terung, gulai ketam, sedapnya ketam masak lemak, cara masak lemak ketam, bahan untuk masak lemak ketam
Masak Lemak Cili Padi Ketam


Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap


Bahan:

3 ekor ketam - disiang, dibersihkan, ditos dan di potong 2
RM2 santan
1 biji terung bulat - dibelah 6
1-2 keping asam gelugor / keping
2cawan air
garam secukupnya

Bahan kisar:

6 biji cili padi ( boleh tambah jika suka extra pedas)
1 biji bawang besar
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
2cm kunyit 

Caranya: 

Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam periuk atau kuali. Masak sehingga mendidih dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. 

Tambah air. Biarkan sehingga ia mendidih lagi. 

Masukkan ketam dan biarkan ketam separuh masak/ mendidih lagin sekali.

Masukkan santan, terung dan garam secukupnya. Kacau dengan kerap untuk memastikan santan tak pecah atau menjadi kepala sehingga terung dan ketam masak sepenuhnya. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain. 


Notes: CH guna bawang untuk memekatkan kuah. Lagipun resipi masak lemak utara memang menggunakan bawang bagi mengurangkan penggunaan santan yang banyak.

Selamat mencuba uolls!

You May Also Like

0 comments