Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu. CH ni selalu fail bila bab sayur sebab CH ni bukanlah penggemar sayur sangat. Tapi bila masak lauk tanpa menu sayur rasa tak lengkap pula. Nak tak nak kena ada juga menu sayur sebagai pelengkap hidangan dan bila ada CH akan makan juga. Kiranya macam paksaan untuk diri sendiri juga la. Hahaha... Menu yang CH suka masak adalah kacang buncis goreng dengan tauhu. Simple tapi sedap.
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu |
Khasiat Kacang Buncis Dalam Diet
Kacang buncis dikenali dengan nama saintifiknya Phaseolus Vulgaris dan berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kacang buncis merupakan sejenis sayur kekacang yang rendah kalori tetapi mempunyai pelbagai khasiat seperti protein, vitamin A, C, K, serat dan asid folik.
Kacang buncis sangat sesuai diamalkan oleh pesakit diabetis dan darah tinggi kerana kandungan proteinnya boleh membantu mengawal kandungan gula di dalam darah dan menstabilkan tekanan darah.
Kacang buncis sesuai diamalkan oleh anda yang sedang berdiet kerana 1 cawan kacang buncis hanya mengandungi 31 kalori dan 3.6 gram gula. Kacang ini tidak langsung mengandungi lemak.
Manakala 1 cawan kacang buncis yang sudah dimasak mempunyai 4.0 g serat dan beberapa serat larut. Kandungan serat larut boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah sekaligus meningkatkan kesihatan jantung.
Tak sangka, banyak kebaikkan kacang buncis. Jom kita amalkan makan kacang buncis untuk turunkan tekanan darah dan lain-lain lagi.
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu |
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu
Bahan:
10 batang kacang buncis - dibersihkan dan dipotong serong 2cm
2 keping tauhu - dipotong 2, digoreng garing, disejukkan dan dipotong sederhana nipis
1/2 biji bawang besar - dipotong separa bulat
1 ulas bawang putih - diracik
1 biji cili merah besar
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Caranya:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kacang buncis cili dan garam secukupnya. Gaul rata sehingga kacang separa masak.
Tambah tauhu yang telah siap di potong. Gaul rata sehingga kacang buncis masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain.
0 comments