facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Menu Lontong Di Hari Raya Ke-6. Yang ni pun tetamu yang tiba-tiba nak datang. Call pepagi habaq nak mai. Takdak idea nak masak apa, terus tanya tetamu nak makan apa? Depa request lontong. Teringin nak makan katanya. Kihkih. 

Terus ke dapur, zasss rebus nasi himpit segera dalam rice cooker. Zass siap ke market untuk beli ayam ,sayuran,tauhu tempe dan santan. Beli ayam sebab encik suami pernah cakap, kalau buat lontong.. buat sambal ayam. Dia suka makan lontong dengan sambal ayam. 

Balik rumah terus start masak. Alhamdulillah sebelum tetamu sampai, dah siap masak. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap Sama Sambal Ayam

Dua versi lontong. Yang atas versi lontong letak sambal ayam, yang bawah lontong saja... Yang bawah tak rasa pedaslah.. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap

Resepi Lontong Mudah Dan Sedap

Bahan

Nasi himpit - guna jenama NONA atau ADABI yang saiz kecil. Ada 30 bungkus dan sesuai untuk 15 orang (anggaran). Rebus, tos dan biarkan sehingga sejuk terlebih dahulu. Baru senang nak potong gituuu.

Bahan Kuah Lontong

Santan - RM 6 santan segar + 1 kotak kecil santan jenama Ayam Brand
1 bungkus tempe - potong kecil
3 ketul tauhu - potong kecil - sama saiz dengan tempe
5 helai Kobis Panjang - potong
1/3 biji ubi sengkuang - potong memanjang macam fries
1/2-1 batang Carrot - potong memanjang / bulat
RM0.50 suhun - rendam dan di gunting 2
2-5 helai fucuk - rendam dan potong lebih kurang 2cm
1 genggam udang kering kecil/halus
1 keping asam keping/gelugor
1.5 liter air
garam secukupnya

Bahan Kisar

3 biji bawang besar
2 cm halia
2-3 cm lengkuas
3-5 batang serai
2-3 biji buah keras
2 cm kunyit hidup

Caranya

Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.

Masukkan air dan biar sehingga mendidih lagi. 

Masukkan tempe, tauhu, carrot, ubi sengkuang dan udang kering. Biarkan ia sehingga mendidih dan sedikit masak.

Tambah santan dan masukkan kobis panjang, suhun, fucuk serta garam. Kacau perlahan sehinggan sebati dan santan masak sepenuhnya. 

Rasa dan tutup api. 

Hidang bersama nasi himpit dan sambal ayam ketika kuah lontong masih panas. 

Resepi Sambal Ayam 

Bahan:

1 ekor ayam - di potong kecil macam hendak buat ayam goreng kunyit. Di gaul garam kunyit dan di goreng sekejap. Ketepikan.
3-5 sudu cili kisar
asam jawa secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan kisar

3 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 cm halia

Caranya

Panaskan minyak ( guna balik minyak goreng ayam tadi) dan tumiskan cili kisar sehingga sedikit garing dan wangi.

Tambah bahan kisar dan kacau sebati. Biar sehingga masak sepenuhnya.

Masukkan garam, air asam dan gula secukupnya. Biarkan sebati sebelum tambah ayam yang telah di goreng tadi.

Gaul rata dan rasa.

Angkat dan hidangkan bersama lontong atau nasi panas.
Assalamualaikum wbt. Masih dalam mood beraya kan? Biasalah raya kan sebulan. Jangan terkejut pulak bila tiba-tiba ada yang call nak datang beraya. Mommy dah selalu dapat tetamu yang nak datang mengejut. Kadang-kadang tu tak sempat nak sediakan apa-apa pun. Nasib baiklah ketupat dan rendang beku ada lagi. Hidang yang itu sajalah. Yang lain tak sempat. Berbalik pada yang call dulu nak datang, kalau inform awal lagi senang. Hehehe... 

So, nak dijadikan cerita pada hari ahad baru-baru ini, family sebelah suami datang beraya. Adik beradik suami.. So, dalam group whatsapp tanya depa siap-siap nak makan apa.. Depa request nak makan tengahari. Senang cerita... So, tanya suami pula.. Nak masak lauk apa. Suami just cakap teringin nak makan sambal petai daging. Yang lain, pandai-pandailah. Janji masuk dengan sambal petai daging tu. 

Dah cakap pandai-pandai sendiri kan, so menu-menu yang simple sajalah. Senang dan cepat untuk masak. So, dihari kejadian terhidanglah menu tengahari yang simple bersama nasi putih. Menunya adalah seperti di bawah:

Sambal Petai Daging - Resepi di SINI
Sup Suhun Fucuk Sama Petola
Ayam Goreng Berempah - Resepi di SINI
Ikan Goreng
Sambal Belacan Kuinin
Ulam ulaman

Sambal Petai Daging,Sup Suhun Fucuk Sama Petola, Ayam Goreng Berempah,Ikan Goreng,Sambal Belacan Kuinin,Ulam ulaman
Masakan Tengahari Yang Ringkas Dan Sedap Untuk Tetamu Datang Beraya

Tambahan menu dari SIL - Sambal telur hancur. Rezeki.

Walaupun menu simple macam ni, alhamdulillah semua suka. Habis licin. Tak caya, boleh tengok pinggan di bawah. 

MIL, SIL & Husband

BIL & family, SIL

licin!

Korang pun, kalau ada tetamu yang datang mengejut hidangkanlah menu yang simple. Jangan biarkan tetamu balik dengan perut kosong sebab tetamu datang bawa rezeki kepada kita. Bukan itu saja, ia juga untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita. 

So, sapa nak mai beraya kat rumah tu, roger saja. Jangan malu-malu...

Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Raya korang. Persiapan raya korang dah 100% siap ke? Mommy pun dah hampir siap dan tinggal nak kemas rumah dan iron baju raya saja. Bab memasak  untuk raya pula lebih senang dan mudah dengan santan segera Ayam Brand. Lagipun ia adalah produk inovasi yang sihat dan memudahkan suri rumah. Jadi mommy memang guna 100% santan Ayam Brand untuk memasak juadah raya seperti ketupat dan rendang yang menggunakan banyak santan. Rasa pun sama saja dengan santan asli dari buah kelapa. Untuk resepi ketupat,rendang dam lontong yang menggunakan santan Ayam Brand akan mommy kongsikan pada entry yang lain. In sha Allah.

Selain dari juadah raya seperti ketupat dan rendang, Ayam Brand juga kongsikan pelbagai resepi yang boleh dicuba pada hari raya atau pada bila-bila masa saja. Korang wajib cuba sebab resepi ni mudah dan sangat sedap. 

RESEPI-RESEPI SANTAN AYAM BRAND 

Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. 

Donburi Sardin 

Donburi Sardin

Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap. 

Tuna Brown Rice

Tuna Brown Rice

Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit. 

Thai Fish Cake

Thai Fish Cake

Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.  Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™. 

Udang Masak Kunyit

Udang Masak Kunyit

Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita. 

Roti Jala Dengan Sardin

Roti Jala Dengan Sardin

Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.

Bagi puding roti dan keju tradisonal sempena Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma?

Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat.  Resepi penuh boleh dapatkan di SINI. 

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Hari Raya. 

Koleksi Resepi Rendang Daging Mudah Dan Sedap. Salam semua. Setiap kali raya, menu wajib yang wajib ada mestilah ketupat dan rendang. Bila tiada tu rasa macam kekurangan dan tak meriah. Nak masak rendang ni mudah saja tapi ia akan mengambil masa yang lama untuk masak. Walaupun lama tapi hasil dia memang sangat sedap dan tahan lama. Tapi itu cara dulu la sebelum ada pressure cooker. Sekarang ni lagi senang sebab campak saja semua bahan dalam pressure cooker dan tekan button cook terus siap rendang. Tapi CH still suka rendang cara lama sebab rasa dagingnya yang sebati dengan rempah ratus. Tambah-tambah bila banyak kali perangat. Itu CH lah... So, tahun ni korang masak resipi rendang daging yang mana? Rendang daging ada banyak variasi dan lebih mengikut negeri tersebut. Jangan risau sebab walau di mana kita berada, kita boleh saja masak rendang kesukaan kita tu. So, jom tengok koleksi resepi rendang daging mudah dan sedap untuk di hidangkan pada pagi raya nanti...

Koleksi Resepi Rendang Daging Mudah Dan Sedap

#1 Rendang Tok

Rendang Daging Johor, rendang minang, Rendang Daging Minang, resepi rendang johor, resepi rendang daging johor, resepi rendang minang, resepi rendang daging minang,Rendang Daging Cili Padi, Rendang Daging Cili Api, rendang daging negeri sembilan,Rendang Daging Utara, resepi rendang daging utara, Rendang Tok, resepi rendang tok,rendang, rendang daging mudah dan sedap, resepi rendang turun temurun, resepi rendang paling sedap, resipi rendang daging tersedap, sedapnya rendang daging, buat sendiri rendang daging, rendang daging kegemaran ramai, mudahnya masak rendang tok, rendang tok mudah dan sedap, resipi rendang miudah dan sedap, cara buat rendang, pelbagai resipi rendang daging, pelbagai resipi rendang daging mudah dan sedap, cara masak rendang paling sedap, sedapnya rendang daging, rendang ketupat, rendang untuk lemang, rendang daging utara mudah dan sedap, rendang mudah tapi sedap, bahan untuk rendang daging, cara masak rendang daging, rendang daging cili padi paling mudah dan sedap, rendang daging minang, rendang daging minang mudah dan sedap, rendang daging johor mudah dan sedap,
Rendang Tok

Bahan bahan

2 kilo daging - potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil/1 ½ sb  jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil/6 sb  jintan manis        )
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisek - 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit - hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula

Bahan hiris halus

30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm  halia
5 -7 batang serai

Cara cara

Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.  Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. Nota: saya guna pressure cooker untuk mengempukkan daging.

Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.

Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Kena selalu dikacau supaya tidak hangit. 

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping.  Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

#2 Rendang Daging Utara

Rendang Daging Johor, rendang minang, Rendang Daging Minang, resepi rendang johor, resepi rendang daging johor, resepi rendang minang, resepi rendang daging minang,Rendang Daging Cili Padi, Rendang Daging Cili Api, rendang daging negeri sembilan,Rendang Daging Utara, resepi rendang daging utara, Rendang Tok, resepi rendang tok,rendang, rendang daging mudah dan sedap, resepi rendang turun temurun, resepi rendang paling sedap, resipi rendang daging tersedap, sedapnya rendang daging, buat sendiri rendang daging, rendang daging kegemaran ramai, mudahnya masak rendang tok, rendang tok mudah dan sedap, resipi rendang miudah dan sedap, cara buat rendang, pelbagai resipi rendang daging, pelbagai resipi rendang daging mudah dan sedap, cara masak rendang paling sedap, sedapnya rendang daging, rendang ketupat, rendang untuk lemang, rendang daging utara mudah dan sedap, rendang mudah tapi sedap, bahan untuk rendang daging, cara masak rendang daging, rendang daging cili padi paling mudah dan sedap, rendang daging minang, rendang daging minang mudah dan sedap, rendang daging johor mudah dan sedap,
Rendang Daging Utara

Bahan

2 kilo daging
15 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
7 labu bawang besar
7 labu bawang putih
2 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
2 senduk cili kisar
2 peket rempah kari
1 kotak santan 200ml
2 senduk kerisek
1 senduk madu
2 keping asam
gula merah
garam
Daun kunyit Daun limau purut

Cara-caranya

Kisar serai, lengkuas, halia, bawang2, jintan, ketumbar - dan tumis. Dah garing masukkan cili kisar dan serbuk kari. 

Sudah pecah minyak masukkan daging.  Bila dah empuk dagingnya, masukkan santan, kerisek, madu, garam, gula merah, asam keping, daun kunyit dan daun limau purut. Masak hingga pekat dan rasakan. 

#3 Rendang Daging Cili Padi

Rendang Daging Johor, rendang minang, Rendang Daging Minang, resepi rendang johor, resepi rendang daging johor, resepi rendang minang, resepi rendang daging minang,Rendang Daging Cili Padi, Rendang Daging Cili Api, rendang daging negeri sembilan,Rendang Daging Utara, resepi rendang daging utara, Rendang Tok, resepi rendang tok,rendang, rendang daging mudah dan sedap, resepi rendang turun temurun, resepi rendang paling sedap, resipi rendang daging tersedap, sedapnya rendang daging, buat sendiri rendang daging, rendang daging kegemaran ramai, mudahnya masak rendang tok, rendang tok mudah dan sedap, resipi rendang miudah dan sedap, cara buat rendang, pelbagai resipi rendang daging, pelbagai resipi rendang daging mudah dan sedap, cara masak rendang paling sedap, sedapnya rendang daging, rendang ketupat, rendang untuk lemang, rendang daging utara mudah dan sedap, rendang mudah tapi sedap, bahan untuk rendang daging, cara masak rendang daging, rendang daging cili padi paling mudah dan sedap, rendang daging minang, rendang daging minang mudah dan sedap, rendang daging johor mudah dan sedap,
Rendang Daging Cili Padi

Bahan

1kg daging dipotong nipis
1 batang serai diketuk
1 cawan santan atau secukupnya
Kerisik secukupnya
Gula melaka atau kalau nak color kuning guna gula pasir
Garam
Air asam jawa
3 helai daun limau purut
Sedikit daun kunyit di potong halus

Bahan Kisar

15 biji cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup

Cara-Cara

Rebuskan daging bersama sedikit air sehingga kering
Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sehingga daging hampir empuk
Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi
Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi gunakan api perlahan
Masak hingga kuah kering atau ikut selera masing2

#4 Rendang Daging Minang

Rendang Daging Johor, rendang minang, Rendang Daging Minang, resepi rendang johor, resepi rendang daging johor, resepi rendang minang, resepi rendang daging minang,Rendang Daging Cili Padi, Rendang Daging Cili Api, rendang daging negeri sembilan,Rendang Daging Utara, resepi rendang daging utara, Rendang Tok, resepi rendang tok,rendang, rendang daging mudah dan sedap, resepi rendang turun temurun, resepi rendang paling sedap, resipi rendang daging tersedap, sedapnya rendang daging, buat sendiri rendang daging, rendang daging kegemaran ramai, mudahnya masak rendang tok, rendang tok mudah dan sedap, resipi rendang miudah dan sedap, cara buat rendang, pelbagai resipi rendang daging, pelbagai resipi rendang daging mudah dan sedap, cara masak rendang paling sedap, sedapnya rendang daging, rendang ketupat, rendang untuk lemang, rendang daging utara mudah dan sedap, rendang mudah tapi sedap, bahan untuk rendang daging, cara masak rendang daging, rendang daging cili padi paling mudah dan sedap, rendang daging minang, rendang daging minang mudah dan sedap, rendang daging johor mudah dan sedap,
Rendang Daging Minang

Bahan

1.5kg daging lembu
500 gram bawang besar – dikisar
300 gram bawang putih – dikisar
200 gram halia – dikisar
200 gram kunyit hidup – dikisar
200 gram lengkuas – dikisar
30 gram daun kunyit – dikisar
200 gram cili padi – dikisar
300 gram cili merah – dikisar
1kg santan
6 batang serai – diketuk
30 gram daun kunyit
500 gram kerisik kelapa
10 gram asam keping
 Gula sesedap rasa
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

500 gram bawang besar
300 gram bawang putih
200 gram halia
200 gram kunyit hidup
200 gram lengkuas
30 gram daun kunyit
200 gram cili padi
300 gram cili merah

CARA

Potong daging dan bersihkan, kemudian tos airnya.

Panaskan kuali, selepas itu masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, bersama dengan daun kunyit dan serai.

Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.

Bila daging empuk, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.

Masukkan kerisik kelapa dan kacau lagi

Biarkan rendang tadi sehingga kering sedikit, kemudian masukkan gula dan garam sesedap rasa.

Kacau perlahan dan biarkan rendang itu kering.

Siap untuk dihidangkan.

#5 Rendang Daging Johor

Rendang Daging Johor, rendang minang, Rendang Daging Minang, resepi rendang johor, resepi rendang daging johor, resepi rendang minang, resepi rendang daging minang,Rendang Daging Cili Padi, Rendang Daging Cili Api, rendang daging negeri sembilan,Rendang Daging Utara, resepi rendang daging utara, Rendang Tok, resepi rendang tok,rendang, rendang daging mudah dan sedap, resepi rendang turun temurun, resepi rendang paling sedap, resipi rendang daging tersedap, sedapnya rendang daging, buat sendiri rendang daging, rendang daging kegemaran ramai, mudahnya masak rendang tok, rendang tok mudah dan sedap, resipi rendang miudah dan sedap, cara buat rendang, pelbagai resipi rendang daging, pelbagai resipi rendang daging mudah dan sedap, cara masak rendang paling sedap, sedapnya rendang daging, rendang ketupat, rendang untuk lemang, rendang daging utara mudah dan sedap, rendang mudah tapi sedap, bahan untuk rendang daging, cara masak rendang daging, rendang daging cili padi paling mudah dan sedap, rendang daging minang, rendang daging minang mudah dan sedap, rendang daging johor mudah dan sedap,
Rendang Daging Johor

Bahan-Bahan

200 ml minyak masak
4 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
2.5 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan dikisar

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering(yg tahan pedas)
100 gm buah keras

Cara

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar keluar bau hingga garing.

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.api jgn terlalu besar..

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & salam 2 ramadan. Lamanya tak update resepi kat sini.. Bukan tak masak, masak tapi menu yang dah update. Itulah sebab jarang update kat blog atau lain-lain media sosial. Kali ini, alang-alang dah masak untuk sahur kita update lah.. Sahur dulu sebab iftar beli kat PARAM walaupun hari pertama.. hahaha. So, inilah resepi Daging Masak Kicap yang mudah dan sedap. 

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Bahan

300gram daging batang pinang - di hiris nipis, dibasuh, di tos dan di gaul garam kunyit
1 biji bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di racik
2 cm halis - di racik
3 biji cili kering - di potong 2 atau 3
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar Kicap Manis 
1-2 sudu besar Sos Cili
Minyak untuk tumis
2 cawan air
Asam jawa secukupnya

Caranya

Panaskan kuali dan masukkan daging kedalam kuali. Tambah air. Biarkan daging masak dalam air sehingga kering dan sedikit empuk.

Bila air dah kering, masukkan minyak dan masak daging sehingga empuk. 

Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan cili kering. Biarkan sehingga bau wangi dan gaul rata... 

Seterusnya tambahkan kicap, sos cili dan asam jawa. Gaul rata.. 

Jika terlalu pekat, tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih. 

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 
Selamat Hari Pekerja korang semua. Kerja ke hari ni? Kalau kerja baguslah sebab gaji hari double or triple kan? Terus terang cakap bila bab kerja ni memang ada up and down. Ada masa feeling semangat sangat, ada masa pula rasa down sampai nak hantar notis. Tapi bila scroll fb dan terbaca tentang individu ni terus rasa semangat balik. Individu yang mommy katakan ini adalah individu kurang upaya tetapi mempunyai semangat yang besar sehingga kejayaan menjadi miliknya. So, bila melihat kejayaan lelaki OKU ni, terus semangat untuk bekerja tinggi balik. Inspired!

Individu atau lelaki OKU yang tersebut adalah KHAIRUL NIZAM. Merupakan pengasas JAMU MALL. Individu ini hanya boleh menggerakkan 3 jarinya saja. Berbekalkan keazaman dan semangat untuk mengubah nasib diri dan keluarga, beliau mengasaskan JAMU MALL secara online sehingga kini telah dikenali dan mempunyai pelanggan tetap. 

Bila fikir balik, ramai lagi orang yang sihat dan cukup anggota badannya tapi masih meminta-minta. Inikan pula yang hanya boleh gerakkan 3 jari. Bukan biasa-biasa tapi menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk lebih berjaya. 

Dalam video di bawah, beliau menceritakan tentang dirinya dulu dan apa yang menyebabkan beliau bangkit sehingga memperolehi kejayaan. Menitis air mata ini mendengarnya.... 

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa ku nak mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sana nak jadi mcm aku , nak banyak duit mcm aku , nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suka bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !! 

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai orang-orang disekeliling aku ..

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Kini aku sedar, untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

 follow Khairul Nizam
FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website https://jamumall.com/

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang

Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.

Ketahui lagi..

Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates