facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Tips Masak Bendi Tak berlendir. Bendi yang dimasak dengan cara yang betul dan resepi terbaik memang sedap. Tetapi bagi yang tidak biasa memang rasa memasak bendi adalah leceh. Salah langkah, boleh menyebabkan bendi menjadi berlendir dan terpaksa masak sehingga layu atau sehingga lendir tersebut hilang. Untuk masak bendi supaya tidak berlendir, korang boleh follow tips ini. 

Tips Masak Bendi Tak berlendir

Tips Masak Bendi Tak berlendir. cara hilangkan lendir bendi, lendir bendi, cara kurangkan lendir bendi, bendi, cara masak bendi yang betul, kacang, kacang lendir, cara atasi lendir bendi, tips masak bendi, cara menghilangkan lendir bendi, khasiat lendir bendi,
Tips Masak Bendi Tak berlendir

Sebelum Memasak

#1 Basuh bendi siap-siap sebelum potong. 

#2 Keringkan atau tos bendi selepas basuh

Ketika Memasak

#4 Tumiskan bawang cili terlebih dahulu, masukkan bendi dan masak dengan api yang besar.

#5 Tempoh masa memasak lebih kurang 3 minit

#6 Jangan masukkan air ketika memasak bendi ataupun ketika menumis.

#7 Masukkan cuka, air asam jawa atau asam keping ketika masak

#8 Jangan guna bawang merah atau besar, guna bawang putih saja

#9 Sangai dalam kuali terlebih dahulu. Kemudian campur dengan bahan tumis.

#10. Tak perlu potong, buat goreng tempura ja sebiji-sebiji. Confirm tiada lendir. 

Walaibagaimanapun, Doktor Khairul Faizie menyatakan lendir bendi ini sangat baik untuk kesihatan lelaki dan wanita terutamanya untuk sakit lutut atau sendi. Jadi, tiada masalah jika bendi yang dimasak mempunyai lendir. Makan saja. Rupa tak penting, khasiat lendir tu yang bagus. 

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu. CH ni selalu fail bila bab sayur sebab CH ni bukanlah penggemar sayur sangat. Tapi bila masak lauk tanpa menu sayur rasa tak lengkap pula. Nak tak nak kena ada juga menu sayur sebagai pelengkap hidangan dan bila ada CH akan makan juga. Kiranya macam paksaan untuk diri sendiri juga la. Hahaha... Menu yang CH suka masak adalah kacang buncis goreng dengan tauhu. Simple tapi sedap. 

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu, resipi kacang buncis mudah dan sedap, resipi tauhu mudah dan sedap, kacang buncis, tauhu. tokua, menu tauhu, buncis
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu

Khasiat Kacang Buncis Dalam Diet

Kacang buncis dikenali dengan nama saintifiknya Phaseolus Vulgaris dan berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kacang buncis merupakan sejenis sayur kekacang yang rendah kalori tetapi mempunyai pelbagai khasiat seperti protein, vitamin A, C, K, serat dan asid folik.

Kacang buncis sangat sesuai diamalkan oleh pesakit diabetis dan darah tinggi kerana kandungan proteinnya boleh membantu mengawal kandungan gula di dalam darah dan menstabilkan tekanan darah. 

Kacang buncis sesuai diamalkan oleh anda yang sedang berdiet kerana 1 cawan kacang buncis hanya mengandungi 31 kalori dan 3.6 gram gula. Kacang ini tidak langsung mengandungi lemak. 

Manakala 1 cawan kacang buncis yang sudah dimasak mempunyai 4.0 g serat dan beberapa serat larut. Kandungan serat larut boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah sekaligus  meningkatkan kesihatan jantung.

Tak sangka, banyak kebaikkan kacang buncis. Jom kita amalkan makan kacang buncis untuk turunkan tekanan darah dan lain-lain lagi. 

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu, resipi kacang buncis mudah dan sedap, resipi tauhu mudah dan sedap, kacang buncis, tauhu. tokua, menu tauhu, buncis
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu

Bahan:

10 batang kacang buncis - dibersihkan dan dipotong serong 2cm
2 keping tauhu - dipotong 2, digoreng garing, disejukkan dan dipotong sederhana nipis
1/2 biji bawang besar - dipotong separa bulat
1 ulas bawang putih - diracik
1 biji cili merah besar
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan kacang buncis cili dan garam secukupnya. Gaul rata sehingga kacang separa masak.

Tambah tauhu yang telah siap di potong. Gaul rata sehingga kacang buncis masak sepenuhnya. 

Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain. 

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap. Hari ahad baru ni, CH telah ke pasar borong Kulim untuk membeli barang basah seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain bahan untuk memasak. CH jarang ke pasar borong kerana susah untuk mendapat parking tapi bila ke pasar borong memang enjoy membeli barang basah kerana harganya yang lebih murah dan segar. Bila lain-lain barang basah dapat dengan harga yang murah, maka ada lah lebihan budget untuk barang basah. Lebihan tu CH cadang untuk beli ketam sebab dah lama CH tak membeli ketam kerana harga dia yang agak mencekik darah iaitu sekilo RM38 hingga RM40. Ini harga yang CH dapat ketika bertanya di pasar harian dan kedai runcit dalam taman perumahan CH. Manakala harga ketam di pasar borong adalah dari harga RM23 sehingga RM28 mengikut saiz. CH pilih yang sedang-sedang saja. 6 ekor ketam dapatlah sekilo lebih dan harganya tak sampai RM30 pun.. Masa beli ketam ni, CH memang bercadang nak masak lemak cili padi mudah dan sedap kegemaran CH sekeluarga. 

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap, ketam, resipi ketam mudah dan sedap, resepi ketam sedap, ketam masak lemak tanpa daun kunyit, ketam masak lemak nenas,masak lemak cili api ketam, ketam masak lemak cili padi utara, ketam masak lemak terung, gulai ketam, sedapnya ketam masak lemak, cara masak lemak ketam, bahan untuk masak lemak ketam
Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

Masak lemak ketam yang CH masak semalam ni ringkas saja sebab hanya guna bahan yang ada kat rumah tiada daun kunyit. Kalau ada lagi sedap. Guna terung untuk gantikan nenas. Kalau dapat nenas memang lagi sedap tapi malas ke kedai punyai pasal, kita guna saja apa yang ada kat rumah. hihi...  

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap, ketam, resipi ketam mudah dan sedap, resepi ketam sedap, ketam masak lemak tanpa daun kunyit, ketam masak lemak nenas,masak lemak cili api ketam, ketam masak lemak cili padi utara, ketam masak lemak terung, gulai ketam, sedapnya ketam masak lemak, cara masak lemak ketam, bahan untuk masak lemak ketam
Masak Lemak Cili Padi Ketam

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

Bahan:

3 ekor ketam - disiang, dibersihkan, ditos dan di potong 2
RM2 santan
1 biji terung bulat - dibelah 6
1-2 keping asam gelugor / keping
2cawan air
garam secukupnya

Bahan kisar:

6 biji cili padi ( boleh tambah jika suka extra pedas)
1 biji bawang besar
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
2cm kunyit 

Caranya: 

Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam periuk atau kuali. Masak sehingga mendidih dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. 

Tambah air. Biarkan sehingga ia mendidih lagi. 

Masukkan ketam dan biarkan ketam separuh masak/ mendidih lagin sekali.

Masukkan santan, terung dan garam secukupnya. Kacau dengan kerap untuk memastikan santan tak pecah atau menjadi kepala sehingga terung dan ketam masak sepenuhnya. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain. 

Notes: CH guna bawang untuk memekatkan kuah. Lagipun resipi masak lemak utara memang menggunakan bawang bagi mengurangkan penggunaan santan yang banyak.

Selamat mencuba uolls!

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi. Sejak bekerja dari rumah ni, macam-macam resipi yang CH cuba. Dari tak tahu, buat tak jadi, sampailah pandai dan menjadi. Termasuklah donut walaupun ramai yang kata senang ja buat donut. Itu bukan CH sebab bila CH buat asyik tak jadi macam yang jual kat kedai. Alhamdulillah hasil google CH jumpa jugak resipi donut mudah, sedap, gebu dan confirm jadi. 

Jadi, CH kongsi di sini supaya senang nak cari balik bila nak buat. Bila sekali sekala saja buat, jangan haraplah boleh ingat resepi. Jadi, CH mudahkan dengan simpan di sini... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi

BAHAN-BAHAN

1 paket yis
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.

2. Satukan Bahan Kering

Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder. Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah

Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan. CH tutup dengan tudung periuk saja.

4. Tunggu 1 Jam

Biarkan adunan tadi selama 1 jam. Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut

Terapkan comel-comel. CH tiada acuan donut yang khas jadi kita guna apa saja. So, CH guna gelas untuk terap dan buat bulat tengah dengan jari. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
kakak Aisya tolong terapkan

Inilah rupa donut yang belum di goreng. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
rupa donut sebelum di goreng

6. Gorengkan

Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas. Bila dah sedikit garing, angkat, toskan minyak dan gaul dengan gula halus. Sedia untuk di makan. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
donut comel sedia di makan

Oh yer, adunan ini juga boleh dibuat burger malaysia. CH guna Untuk adunan ini CH bahagi dua doh tersebut. Separuh untuk donut dan separuh lagi untuk burger malaysia yang berintikan ikan bilis. 

Inilah rupa Burger Malaysia yang telah siap digoreng. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
Burger Malaysia

Bila dah sejuk, belah 2 tapi jangan putuskan. Isikan dengan sambal ikan bilis... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
burger malaysia sambal ikan bilis

Seronoknya buat burger Malaysia ini kerana boleh letak ikan bilis banyak-banyak. Lagi banyak lagi sedap. Tak sedar dah makan lebih dari 3 biji... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap

Selamat mencuba uolls!
Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia. CH pernah makan masak kicap yang kuahnya cair, ada rasa halia yang kuat dan sedikit rasa asam. Menu ini di masak oleh mak saudara CH yang mengusahakan kantin sekolah. Menu macam ni jarang CH jumpa di kedai atau restoran yang menjual nasi lauk. Disebabkan CH teringin nak makan menu macam tu, CH cuba masak ikut apa yang CH pernah rasa. Tak tahu la kalau ada resipi yang tersendiri atau lain. So, terjadilah menu ikan tenggiri masak kicap halia versi CH.

Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia, resipi ikan tenggiri, resipi mudah ikan tenggiri, resipi ikan tenggiri mudah dan sedap, ikan masak kicap, resipi ikan mudah dan sedap, mudahnya masak ikan, ikan masak kicap paling sedap, sedapnya ikan masak kicap, resipi ikan, ikan tenggiri, resepi ikan mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan tenggiri
Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia

Menu seperti ini tak perlu lauk lain dah sebagai pelengkap, cukup dengan hanya menambah sayur tumis taugeh yang dicampur dengan udang, tauhu ataupun fishball. 

Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia, resipi ikan tenggiri, resipi mudah ikan tenggiri, resipi ikan tenggiri mudah dan sedap, ikan masak kicap, resipi ikan mudah dan sedap, mudahnya masak ikan, ikan masak kicap paling sedap, sedapnya ikan masak kicap, resipi ikan, ikan tenggiri, resepi ikan mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan tenggiri
Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia

Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia

Bahan:

4-6 ketul isi ikan tenggiri - digaram kunyit dan digoreng separa garing

1 biji bawang besar - dipotong separa bulat
6 ulas bawang putih - dipotong nipis 
2 cm halia - dihiris nipis dan memanjang
3 biji cili padi - dibelah 2
2sb sos tiram
2sb kicap pekat manis
1/2 sk lada sulah
1 pokok daun bawang
sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air

Caranya:

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dihiris, cili padi sehingga wangi.

Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan ikan, sos tiram, kicap dan lada sulah. Biarkan sehingga mendidih dalam 5 minit dengan api yang kecil supaya semua rasa bersatu. 

Sebelum angkat, tabur daun bawang yang di potong. 

Hidangkan ketika panas dengan nasi panas serta sayur kegemaran. 

Selamat mencuba uolls!

Puding Caramel Tanpa Telur Tanpa Kukus. Ini kali pertama CH cuba buat puding karamel tanpa telur sebab selalu nampak dalam timeline FB. Nak tahu jugaklah rasa dia macam mana.. Rupanya sedap dan mudah nak buat juga. Tak perlu nak double boil atau kukus. So, nanti boleh la buat lagi puding karamel tanpa telur tanpa kukus ni..

CH dan anak perempuan CH memang suka sangat dengan puding dan manisan yang sejuk. Buat banyak pun sat saja habis. Tak la rugi kalau buat sendiri pun..

Puding Caramel Tanpa Telur, puding caramel, puding karamel, puding karamel mudah dan sedap, puding karamel mudah masak dan sedap, sedapnya puding caramel, sedapnya puding karamel, cara buat puding karamel, cara buat karamel, cara masak karamel, mudahnya buat caramel,caramel, agar-agar mudah masak dan sedap, resipi puding, resipi puding mudah masak dan sedap, resipi puding karamel mudah masak dan sedap, resepi puding karamel mudah masak dan sedap,
Resipi Puding Caramel Tanpa Telur Tanpa Kukus

Puding Caramel Tanpa Telur

Puding Caramel 

Puding Caramel Tanpa Telur

Bahan Gula karamel :

1/4 cwn gula (perangkan)
3sudu bsr air (masukkan sikit demi sedikit setelah gula perang)

Caranya:

Masukkan gula dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga gula cair keperangan. Pastikan anda sentiasa kacau.

Bila gula dah cair sudah berwarna perang, tutup api dan tuang air panas sikit demi sedikit.

Buka api dan masak lagi sehingga gula larut sepenuhnya.

Tutup api dan biarkan gula sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahan Puding :

1peket agar2 (20g)
1 bungkus air - sukat menggunakan peket agar-agar
1 tin susu cair
1/2cwn susu pekat
1/2cwn gula (boleh kurangkan atau lebihkan)
3sudu bsr tepung kastard
1st esen vanila

Caranya:

Masukkan agar-agar dan air dalam periuk yang sesuai. Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

Setelah agar-agar larut, masukkan susu cair, gula, susu pekat, tepung custard dan essen vanilla. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih. Biarkan ia mendidih lama sedikit.

Tutup api, bahan puding dalam bekas yang mengandungi keramel.

Biarkan sejuk seblum masuk ke dalam peti sejuk.

Hidang ketika masih sejuk.

Selamat mencuba uolls!
Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang

Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.

Ketahui lagi..

Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  Julai (1)
      • Sup Ayam Cendawan Putih Shimeji
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates