Ahad, 19 Ogos 2018

Sambal Petai Ikan Bilis

Sambal Petai Ikan Bilis. Kali pertama masak menu ni untuk MIL. Selalunya MIL, suami dan SIL lebih suka makan sambal petai daging. Kalau mommy lebih suka sambal petai udang atau ikan bilis.. Masakan biasa-biasa saja tapi bila dah lama tak makan rasa sedap tu luar biasa pulak.🤣🤣

Masa taip entry ni pun baru lepas repeat makan roti cicah sambal petai ikan bilis. Mabeles! Perut pun kenyang barulah boleh buat kerja rumah.😅😅

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis


Sambal petai ikan bilis, resepi sambal petai ikan bilis, sambal petai ikan bilis mudah dan sedap, resepi sambal petai ikan bilis mudah dan sedap, sedapnya sambal petai ikan bilis, sambal ikan bilis, resepi sambal ikan bilis, sambal ika. Bilis mudah dan sedap, sambal petai, mudahnya masak sambal petai, petai, cara masak sambal petai, sedapnya sambal petai
Sambal petai ikan bilis

Sambal petai ikan bilis, resepi sambal petai ikan bilis, sambal petai ikan bilis mudah dan sedap, resepi sambal petai ikan bilis mudah dan sedap, sedapnya sambal petai ikan bilis, sambal ikan bilis, resepi sambal ikan bilis, sambal ika. Bilis mudah dan sedap, sambal petai, mudahnya masak sambal petai, petai, cara masak sambal petai, sedapnya sambal petai
Resepi sambal petai ikan bilis

Bahan

300 gram ikan bilis siap kopek - di goreng garing terlebih dahulu
1 ikat petai - ambil ulasnya saja
4 sudu cili kisar
2 biji bawang besar - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar
2cm halia - di kisar
1-2 keping asam keping
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak 

Caranya

Panaskan minyak yang di gunakan untuk menggoreng ikan bilis. Kurangkan jika guna banyak minyak.

Masukkan cili kisar dan bahan kisar yang lain. Masak sehingga pecah minyak.

Tambah asam keping, garam dan gula secukupnya.

Jika rasa dah okay, masukkan petai. Biarkan sehingga petai masak. 

Tutup api dan biarkan sambal sejuk sebelum masukkan ikan bilis yang di goreng. Guna cara ini untuk pastikan ikan bilis kekal rangup. 

Siap. Sedia di makan dengan nasi panas, roti dan peknga. 

Selamat mencuba!

Sabtu, 18 Ogos 2018

Menu Mudah Dan Sedap | Udang goreng kunyit sama buncis

Menu Mudah Dan Sedap | Udang goreng kunyit sama buncis. Mommy suka masak yang ringkas, mudah dan pastinya sedap. Lagi satu, cara ini adalah untuk memastikan zat-zat dari sayur dapat diserap ke dalam udang sebab anak-anak mommy tak suka makan sayur..  Jadi, dengan cara ini anak-anak mommy dapat sedikit zat dari sayur. 


Menu Mudah Dan Sedap | Udang goreng kunyit sama buncis




Cara masak menu ni sangat senang.

Bahan
Udang
Garam halus
Kunyit serbuk
Kacang buncis di potong serong
Bawang besar
Bawang putih
Cili besar
Minyak secukupnya

Caranya

Udang dibersihkan terlebih dahulu, tos dan digaul garam kunyit. Ketepikan.

Panaskan minyak. Goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan

Kurangkan minyak jika minyak terlalu banyak.

Minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan kacang buncis, udang yang telah di goreng dan dan cili besar. Gaul rata sehingga kacang masak sepenuhnya.

Angkatkan dan hidangkan bersama menu yang lain..

Selamat mencuba!

Jumaat, 17 Ogos 2018

Sambal Ikan Talang Kering

Sambal ikan talang kering. Hujan lebat hari ni... Cuaca pun sejuk. Bestnya lahai kalau cuti. hihi... Tapi apa boleh buat sebab minggu depan dah minta cuti untuk Aidiladha. Hujan plus sejuk camni teringat nasi lemak panas dengan sambal ikan talang. Hmmm sedapnya. Nak lebih umppp nasi lemak sambal ikan talang dengan minum ayaq kopi o. Terangkat siot. Hahaha... Sekarang ni dok kat opis kita telan airliur sajalah. Kahkah.

Hari ni nak share resepi sambal ikan talang kering cara mommy. Cara biasa-biasa saja janji sedap di tekak mommy sekeluarga. 

Sambal ikan talang kering, sambal ikan masin, sambal ikan kering, resepi sambal ikan talang, resepi sambal ikan masin, mudahnya buat sambal ikan kering, mudahnya buat sambail ikan masin, sambal ikan kering mudah dan sedap, ikan talang, resepi ikan talang, ikan talang kering, ikan talang masin, bahan sambal ikan masin, bahan sambal ikan kering, cara masak sambal ikan masin, cara masak sambal ikan kering
Sambal Ikan Talang Kering

Sambal Ikan Talang Kering


Bahan
1 bungkus ikan talang kering siap potong kecil - boleh  guna ikan lain juga
** goreng garing dan ketepikan.
1 biji bawang besar - potong separa bulat

Bahan Sambal

3-5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
garam secukupnya
gula secukupnya
1 keping asam keping

Caranya

Panaskan minyak yang di gunakan untuk goreng ikan talang tadi. Kalau banyak kurangkan sikit..

Masukkan cili dan bahan kisar. Masak sehingga berminyak dan sedikit garing. 

Tambah asam keping dan gula secukupnya.

Masukkan ikan talang kering yang telah di goreng tadi. Biarkan sehingga mendidih.

Rasa. Jika kurang masin, barulah tambah garam. Jika dah okay, tak perlu tambah garam.. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar yang di potong separa bulat. Kacau seketika, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih panas. 

Mabeles!

Selamat mencuba!





Khamis, 16 Ogos 2018

Resepi Pindang Ikan Temenung

Resepi Pindang Ikan Temenung. Pindang adalah sebutan sebelah utara, kalau belah pantai timur di panggil singgang. Beza pindang dengan singgang adalah kunyit. Singgang tak letak kunyit, pindang letak kunyit... Dari segi rasa, tak jauh beza sangat. So, ini resepi pindang yang mommy guna. Turun temurun dari arwah mak ayah... 

Resepi Pindang Ikan Temenung, pindang, pindang utara, resepi pindang mudah dan sedap, pindang ikan temenung, pindang mudah dan sedap, pindang ikan temenung mudah dan sedap, sedapnya pindang, pindang versi utara, singgang, singgang versi utara, cara buat pindang, menu berpantang, resepi ibu pantang, menu pantang,
Pindang ikan temenung

Resepi Pindang Ikan Temenung

Bahan

4 ekor ikan temenung - di potong 2
2 batang serai *ketuk
2 cm kunyit *ketuk
2 cm halia *ketuk
2 cm lengkuas *ketuk
4 biji cili padi * ketuk
1 biji bawang besar - diracik
2 keping asam keping
garam secukupnya
1 liter air

Caranya

Panaskan air dalam periuk. Masukkan bahan yang diketuk, bawang, asam keping dan garam secukupnya.

Biarkan sehingga mendidih.

Akhir sekali, masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan.



Nota:

Masak pindang lagi sedap bila dipanaskan 2 atau 3 kali..


selamat mencuba!

Rabu, 15 Ogos 2018

Menu Yang Membangkitkan Selera Di Hari Minggu

Menu Yang Membangkitkan Selera Di Hari Minggu. Lamanya mommy tak update blog yang ni.. Terabai sekejap. Hari ni mommy nak kongsikan menu yang membangkitkan selera di hari minggu. 

Selalunya hari minggu mommy lebih suka masak ala kampung atau menu yang ringkas dan cepat. Kiranya menu-menu yang tak terdapat di kedai atau restoran. Dah jemu mengadap makanan kedai. hihi. Lima hari kerja 5 hari lah mengadap makanan kedai.. Kadang-kadang pi kedai atau restoran sampai tak tau nak order apa. Masalah betul.. Mungkin di sebabkan faktor usia. 

Kesempatan di hari minggu yang lalu membolehkan mommy bermain dengan periuk belanga semula. Maka terhasillah menu pindang ikan temenung, sambal ikan talang kering dan udang goreng kunyit sama buncis. Rasa puas makan.. Alhamdulillah. 


Korang masak apa di hari minggu?

Untuk resepi menu-menu ni, nanti mommy share dalam entry yang lain....

Rabu, 1 Ogos 2018

Spiral Carbonara Mudah Dan Sedap

Spiral Carbonara Mudah Dan Sedap. Hai Korang... Lama gila tak update blog ni. Malas nak karang ayat. kui kui... Hari ni mommy just nak share resepi carbonara mudah dan sedap yang mengunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Senang rupanya nak buat carbonara... Kahkah gelak kat diri sendiri sebab baru tahu cara nak buat. Adeh.. Kalau tau dari awal kan senang dah takyah membazir duit beli carbonara segera yang mahal tu... 

Oklah resepi ni mommy dapat dari mak saudara suami. Dia yang ajar... Kebetulan masa bertandang ke rumah dia dan di jamu pula spaghetti carbonara.. Maka bermulalah sesi mengorek rahsia resepi sebab rasa carbonara dia lain dari yang beli.. Akhirnya rahsia terbongkar... 

Resepi carbonara yang mommy nak share ni takdak di masukkan cheese... Yang tak makan cheese tu bolehlah cuba. Mommy tak letak cheese sebab takdak stok kat rumah... Kalau ada, haruslah letak. sedap kot....

Spiral Carbonara Mudah Dan Sedap, spiral, resepi spiral mudah dan sedap, spiral, cara masak spiral, mudahnya masak spiral, mudahnya masak pasta, resepi pasta mudah dan sedap, sedapnya pasta, resepi pasta kesukaan anak-anak, pasta, resepi kuah carbonara, buat sendiri sos carbonara, buat sendiri carbonara, mudahnya masak sos carbonara sendiri, sos carbonara, bahan-bahan sos carbonara, carbonara pasta,
Spiral Carbonara Mudah Dan Sedap

Spiral Carbonara Mudah Dan Sedap


Bahan

1/2 paket spiral - Rebus dan toskan


Resepi Carbonara Mudah Dan Sedap

Bahan

5 ulas cendawan shitake - di cincang halus
1 genggam daun bayam
5 batang sosej - dipotong dan di goreng terlebih dahulu
1 genggam daging kisar
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1/2 tin susu cair  - mommy guna susu tepung saja
3 sudu besar tepung gandum - di bancuh dengan air
1 sudu kecil tepung jagung - di bancuh dengan air
garam secukupnya
2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar butter
800ml air


Caranya

Panaskan kuali. Masukkan minyak dan butter.. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian tambah cendawan shitake kedalam kuali. Gaul sekejap.

Tambah daging cincang. Masuk sehingga daging masak.

Setelah daging masak, masukkan tepung gandum dan susu cair. Gaul sehingga sebati dan pekat.

Tambah air dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan garam secukupnya. Rasa.

Tambah bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Akhir sekali masukkan sosej dan bayam. Biarkan sehingga mendidih.

Sedia di hidang dengan spiral, spaghetti dan semua pasta.



Selamat mencuba!


Na Na Na...