facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Rendang Ayam Cili Padi Mudah Dan Sedap. Dah nak masuk bulan puasa rupanya. Dah lama mommy peram resepi Rendang Ayam Cili Padi Mudah Dan Sedap ni... Dari raya tahun lepas lagi. hihi. Tak tahu kenapa mommy tak terkarang entry ni. Agaknya ni dah masuk mood bulan puasa tu yang boleh teringat nak up entry ni.

Rendang Ayam Cili Padi atau lebih di kenali sebagai rendang nogori adalah antara favorite rendang mommy. Sebab rasa dia yang unik dan segar. Kalau dapat ayam kampung atau ayam pencen lagi sodap. hahaha. Mommy masak guna ayam daging biasa saja..So, tak boleh masak lama-lama ataupun kacau terlampau kerap sebab daging ayam akan hancur. Dah tak cantik rendang tu...

Korang suka rendang ayam atau daging? Mommy suka dua-dua... Dua-dua sedap. 

Rendang Ayam Cili Padi Mudah Dan Sedap, rendang ayam, mudahnya masak ayam, resepi rendang mudah dan sedap, resepi rendang ayam mudah dan sedap, sedapnya rendang ayam, cara buat rendang ayam, rendang ayam negeri sembilan, rendang ayam nogori, masakan ayam, resepi ayam, masakan ayam sedap dan mudah, rendang mudah dan sedap, bahan untuk masak rendang ayam, bahan untuk buat rendang ayam, ayam,
Rendang Ayam Cili Padi Mudah Dan Sedap

Rendang Ayam Cili Padi Mudah Dan Sedap


Bahan

1 ekor ayam
RM 5 santan
4 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
2 keping daun limau purut 
2 helai daun kunyit
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan kisar

5 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung 
4 hirisan nipis lengkuas


Caranya

Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam kecut atau masak.

Tambahkan santan, asam keping dan 1 cawan air. Selepas itu masukkan garam dan gula secukupnya. 
Biarkan sehingga mendidih.

Tambah kerisik apabila hampir terbit minyak ataupin kuih hampir kering. Gaul rata.

Apabila rendang dah terbit minyak dan kering, bolehlah masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata sehingga bau wangi terbit.

Angkat dan hidangkan bersama nasi, nasi himpit, ketupat serta lemang, pulut kuning ataupun roti. Terpulanglah kepada korang bagaimana hendak menikmatinya sebab rendang ni sesuai di makan dengan apa saja. 


Selamat mencuba.

Jeruk Mangga Mudah, Sedap Dan Rangup. Minggu lepas staff mommy bagi beberapa biji mempelam telur. Kalau makan saja memang tak sanggup sebab masam sangat. Alternatifnya mommy buat jeruk sajalah. Sebelum ni mommy buat jeruk dengan hanya rendamkan dalam air garam dan gula saja. Hasilnya tetap jadi jeruk tapi buah mangga tu jadi lembik. Kekadang tu tertanya juga, penjual jeruk letak apa untuk menjadikan buah-buahan yang di jeruk kekal rangup? Nak tahu punya pasal mommy google dan baca semua resepi jeruk mangga. Sampailah mommy jumpa resepi jeruk mangga dari MAMAMIA Kitchen. Mommy dah cuba resepi jeruk mangga dari MAMAMIA dan resepi beliau confirm sedap, mudah dan rangup. Jeruk mangga ni korang kena simpan dalam peti sejuk untuk elakkan ia berkulat kerana tidak di masukkan ubat anti kulat.

Jeruk Mangga Mudah, Sedap Dan Rangup, jeruk mangga, jeruk mangga mudah dan sedap, jeruk mangga mudah, jeruk mangga sedap, jeruk mangga rangup, buat sendiri jeruk mangga, jeruk pauh, cara buat jeruk mangga, cara buat jeruk buah, bahan untuk buat jeruk mangga, resepi jeruk mangga mudah dan sedap, sedapnya jeruk mangga, jeruk mangga homemade
Jeruk Mangga Mudah, Sedap Dan Rangup



So, mommy kongsikan dengan korang supaya buah mangga yang banyak kat belakang rumah tu tak terbiar jatuh dan busuk lagi. 

Jeruk Mangga Mudah, Sedap Dan Rangup


Bahan

Buah mangga 10 biji 
Garam kasar 3 sudu besar
Gula pasir- 5-10 sudu besar
Kapur makan- 1 sudu teh


Caranya

Buah mangga dibelah dua,buang bijinya dan potong memanjang. 

Bancuh kapur makan bersama air secukupnya,tapis dan rendam mangga (hingga menenggelami buah mangga selama 1 jam).Toskan.Tujuannya supaya mangga akan menjadi rangup.

Bancuh garam kasar bersama air secukupnya menggunakan senduk.Bila garam sudah hancur masukkan buah mangga hingga menenggelaminya.Rendam di dalam bekas tertutup selama semalaman atau sehingga berubah warnanya.

Jeruk Mangga Mudah, Sedap Dan Rangup, jeruk mangga, jeruk mangga mudah dan sedap, jeruk mangga mudah, jeruk mangga sedap, jeruk mangga rangup, buat sendiri jeruk mangga, jeruk pauh, cara buat jeruk mangga, cara buat jeruk buah, bahan untuk buat jeruk mangga, resepi jeruk mangga mudah dan sedap, sedapnya jeruk mangga, jeruk mangga homemade
buah mangga berubah warna bila garam cukup

Toskan buah mangga yang telah direndam air garam...masak gula bersama air secukupnya...biarkan sejuk baru digaulkan dengan mangga yang ditoskan tadi.Air gula juga mesti menenggelami buah mangga.Rasakan airnya jikalau kurang manis boleh tambahkan bancuhan air gula lagi...masukkan dalam bekas tertutup,simpan dalam peti...selepas semalaman sudah boleh dimakan...tetapi semakin lama disimpan semakin sedap sebab air gula sudah sebati dengan buah mangga...

Jika suka pedas boleh patahkan beberapa batang cili padi dan masukkan bersama larutan air gula

RESEPI KUIH CARA MANIS. Sejak anak-anak pandai dan suka makan kuih cara manis, mommy cuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadi tapi kaler tak berapa cantik. So, guna sajalah gambar google....  So, share resepi ni dengan korang sebab senang sangat. Dedulu masa kecik arwah mak rajinlah buat sebab kami adik beradik suka makan.. Bila dah besar, kurang pula. Sekarang turn anak-anak pula suka makan. Buat sendiri lagi sedap sebab terasa pandan dan gula tu..  Dan boleh makan banyak mana yang nak. hahaha.

RESEPI KUIH CARA MANIS, kuih cara, resepi kuih cara, bahan kuih cara, kuih cara manis, cara buat kuih cara manis, bahan kuih cara manis, kuih traditional melayu, sedapnya kuih cara, resepi mudah dan sedap, kuih cara mudah dan sedap
kredit to google


RESEPI KUIH CARA MANIS


BAHAN A

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
3 sudu minyak masak
1 1/2 cawan air daun pandan
sedikit garam
sedikit pewarna hijau - mommy tak masukkan guna daun pandan saja

BAHAN B

gula putih(untuk inti )

BAHAN C

1 helai daun pandan
sedikit minyak masak

CARA-CARANYA

Campurkan semua BAHAN A dan blender sehingga sebati.

Ambil acuan kuih cara dan panaskan di atas dapur gas. Sapukan minyak dengan menggunakan BAHAN C (ikat elok2 daun pandan tu).

Bila acuan panas,tuangkan bancuhan tadi ke dalam acuan ,jangan terlalu penuh sebab nanti jadi masalah bila nak isi gula kat tengah2.

Masukkan BAHAN B bila lapisan bawah telah masak/mengeras.

Tutup dengan tudung periuk dan masak sehingga lapisan atas sudah tidak melekat bila disentuh.

Ulang proses yang sama sehingga siap..tindihkan lapisan satu sama lain bila kuih telah sejuk.


nota :

Pastikan api kecil sahaja sebab acuan kuih cara cepat panas..


Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap. Mommy ni memang suka kalau makanan rasa lemak berkrim. Rasa nikmat sangat. Nasib baik apa yang mommy suka, anak-anak pun suka. Tak perlulah nak masak dua, tiga menu tambahan. Bila dah suka, wajib masak sebulan sekali untuk lepaskan gian nak makan.. Boleh di katakan kebanyakkan kedai tak jual ayam buttermilk ni. Kalau ada pun mesti kat kedai chinese muslim. Kat belah utara ni tak banyak lagi restoran chinese muslim. Restoran Thai banyaklah...

So, ni resepi ayam buttermilk yang mommy dapat hasil google. Bila cuba dan menjadi memang mommy tepek kat blog supaya korang juga boleh cuba buat. Sedap!

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap
Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap 

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap 


Bahan-bahan

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.

Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.

Masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.

Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.

Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk sos buttermilk


Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.

Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.

Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Tip:

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Mommy suka yang buat sendiri. 


Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ▼  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ▼  Mac (4)
      • Rendang Ayam Cili Padi Mudah Dan Sedap
      • Jeruk Mangga Mudah, Sedap Dan Rangup
      • RESEPI KUIH CARA MANIS
      • Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates