facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Resepi Bubur Asyura Utara. Bulan Muharram ni bulan bubur Asyura. Rata-rata rakan FB buat bubur Asyura. Masing-masing ada resepi tersendiri. Baru-baru ni mommy ada buat gotong royong dengan keluarga belah suami. Guna resepi mereka... Sedap dan lemak berkrim.

Disebabkan bubur Asyura ni sedap sangat. mommy kongsi resepi yang di kongsi oleh SIL Sallina Md Radzi . Korang boleh terjah FB dia.

Resepi Bubur Asyura Utara, bubur asyura, resepi bubur asyura, bubur asyura mudah dan sedap, cara buat bubur asyura, bubur asyura sedap sangat, sedapnya bubur asyura
Bubur asyura utara...

Resepi Bubur Asyura


Bahan
Sekilo tepung beras (cap 3 gajah)
Sekilo santan
Setengah kilo gula merah (dimasak & ditapis)
Setengah kilo gula pasir (ikut rasa)+-
Jagung 2 biji**
Kacang hijau 1/2kg**
Kacang tanah 1/2kg**
Kacang kuda 1/2kg**
Ubi keledek oren 1/2 kg (agak2 sj)**
Garam secukup rasa
Daun pandan 3-4helai
Air halia (tapis sebesar 1 inci)
Tepung jagung 1 senduk kecil (nak bg berkilat)
Air secukupnya

Optional # jagung dalam tin & pisang

Cara - caranya :

1. Rendam & Rebus bahan2 bertanda ** separuh masak kecuali jagung & ubi.

Resepi Bubur Asyura Utara, bubur asyura, resepi bubur asyura, bubur asyura mudah dan sedap, cara buat bubur asyura, bubur asyura sedap sangat, sedapnya bubur asyura

Resepi Bubur Asyura Utara, bubur asyura, resepi bubur asyura, bubur asyura mudah dan sedap, cara buat bubur asyura, bubur asyura sedap sangat, sedapnya bubur asyura

2. Satukan tepung beras, garam secukup rasa, masukkan santan & kacau sehingga tidak berketul.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul rata.
4. Buka api, panaskan dengan api sederhana sambil kacau sehingga nampak berkilat dan tidak berketul.
5. Masukkan air halia dan kacau.
6. Masukkan gula merah yg telah dimasak dan ditapis td bersama gula pasir secukupnya.
7. Masukkan semua bahan2 rebus yg bertanda ** tadi.

Resepi Bubur Asyura Utara, bubur asyura, resepi bubur asyura, bubur asyura mudah dan sedap, cara buat bubur asyura, bubur asyura sedap sangat, sedapnya bubur asyura

8. Kacau-kacau sehingga agak pekat dan berkilat, sehingga tiada bau dan tiada rasa tepung. Bergantung pada selera masing2 nak keras atau lembut.
9. Masukkan ke dalam bekas & sejukkan.
10. Siap... Sy suka sejuk, so sy masukkan dlm peti sekejap... Sedia utk dihidang...

P/S : Air diperlukan sekiranya adunan terlalu pekat.. Kalau nak adunan lembut blh tambah air.
Jenis dan kegunaan tepung beras. Mommy baru tahu ni yang tepung beras ada banyak jenis. Ingatkan sama saja. Lagipun mommy jarang guna tepung beras kecuali nak buat goreng pisang, cempedak ngan laksam. Nampak sangat bukan kaki masak. #jangankecam sebab mommy lebih suka masak campak-campak dan try & error. Nak buat inovasi la katakan... Hahaha

So, jom kenal dengan tepung beras dan kegunaannya.

Jenis Dan Kegunaan Tepung Beras


1. Tepung Beras Cap 1 Gajah


Sesuai untuk membuat adunan menggoreng seperti goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, ikan dan lain-lain lagi. 

Sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

Ia sesuai sebab menjadikan gorengan menjadi rangup. 

tepung, flour, tepung beras, jenis tepung beras, tepung beras dan kegunaannya, kenali tepung beras, rice flour,Tepung Beras Cap Teratai,Tepung Beras Cap 5 Gajah,  Tepung Beras Cap 3 Gajah, Tepung Beras Cap 1 Gajah
Tepung Beras Cap 1 Gajah

2. Tepung Beras Cap 3 Gajah


Sesuai untuk membuat kuih-kuih traditional seperti kuih koci, apa. Beras dan lain-lain. 

Ia juga menjadikan kuih lebih lembut dan berkilat. 

tepung, flour, tepung beras, jenis tepung beras, tepung beras dan kegunaannya, kenali tepung beras, rice flour,Tepung Beras Cap Teratai,Tepung Beras Cap 5 Gajah,  Tepung Beras Cap 3 Gajah, Tepung Beras Cap 1 Gajah
Tepung Beras Cap 3 Gajah


3. Tepung Beras Cap 5 Gajah


Sesuai untuk membuat pelbagai jenis mi kuning, laksa dan sebagainya. 

Hasilanya mee lebih kenyal dan kental. 

tepung, flour, tepung beras, jenis tepung beras, tepung beras dan kegunaannya, kenali tepung beras, rice flour,Tepung Beras Cap Teratai,Tepung Beras Cap 5 Gajah,  Tepung Beras Cap 3 Gajah, Tepung Beras Cap 1 Gajah
Tepung Beras Cap 5 Gajah

4. Tepung Beras Cap Teratai


Sangat sesuai digunakan dalam membuat rempeyek dan apam. 

Kalau di gunakan untuk membuat apam, rasa tepungnya kurang. 

Kalau digunakan untuk membuat rempeyek atau tumpi, hasilnya lebih rangup. 

tepung, flour, tepung beras, jenis tepung beras, tepung beras dan kegunaannya, kenali tepung beras, rice flour,Tepung Beras Cap Teratai,Tepung Beras Cap 5 Gajah,  Tepung Beras Cap 3 Gajah, Tepung Beras Cap 1 Gajah
Tepung Beras Cap Teratai

Dah kenalkan tepung beras dan kegunaannya? Jom guna tepung beras yang sesuai untuk lebih sedap dan rangup.
Asam Pedas Daging Tetel. Hai orang melaka, orang utara dah pandai buat asam pedas daging tetel. Dulu dah pernah buat tapi rasa dia tak macam makan kat melaka. Hahaha... Bila check balik dengan blogger melaka Kak Azilah, rupanya mommy tak masukkan kerisik. Patutlah masa makan kat melaka hari tu rasa dia lemak sikit. Rupanya depa masukkan kerisik. Kali ini cuba, memang masukkan kerisik dan 90% resepi dari kak Azilah. Cara pulak, memang tak follow kak azilah sebab mommy lebih suka masak daging sekali dengan pes asam pedas. Terpulang pada korang nak style mana yang penting menjadi Asam Pedas Daging Tetel mommy. Sedap! Sedap di tekak mommy dan keluarga sajalah. hihi

Di sini mommy kongsikan resepi dari Kak Azilah. Korang pun patut cuba sendiri sebab resepi ni senang dan bahan yang di gunakan pun tak banyak. Sukatan pulak, korang agak-agaklah dengan jumlah daging, tulang yang korang gunakan. Jangan follow sukatan 100%. Korang just tengok dekat bahan saja. Ini tips yang mommy guna bila tengok resepi dari google. Oppps tips ni tak terpakai jika nak buat kek atau biskut. Karang jadi lain pula kek dan biskut korang. Pastu korang pun maki tips haaaaraaamjaaaaadahhh. Tepuk dahi, mommy tak bertanggungjawab okayyyy!

Asam Pedas Daging Tetel, asam pedas, asam pedas tetel, asam pedas melaka daging tetel, mudahnya buat asam pedas daging tetel, sedapnya asam pedas melaka daging tetel, resepi asam pedas mudah dan sedap, resepi mudah dan sedap daging, resepi ringkas mudah dan sedap daging tetel, mudahnya masak asam pedas daging, cara masak asam pedas daging tetel, resepi asam pedas, resepi asam pedas daging, bahan-bahan untuk asam pedas daging,
Asam Pedas Daging Tetel 

Asam Pedas Daging Tetel 


Bahan

1kg daging tetel
5 Sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 sudu besar halba campur
2 keping asam keping
1 biji tomato - hiris halus
2 batang serai - di ketuk
1 batang bunga kantan - di belah 4
1 genggam daun kesum ( daun saja)
1 sudu besar kerisik
minyak untuk menumis
Daun limau purut
Garam secukupnya

Bahan kisar

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia

Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halba campur dan serai sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.

Tambah bahan kisar, tomato, kerisik, asam keping dan masak sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.

Masukkan daging. Biarkan sehingga empuk sepenuhnya. 

Apabila daging dah masak, masukkan garam, daun kesum dan bunga kantan. Masak lagi dengan api kecil untuk rasa dan bau bersatu. Time ni memang wangi jer.. Rasa nak makan time tu jugak. 

Akhir sekali, masukkan daun limau purut.

Angkat dan hidangkan bersama nasi putih, telur masin, ulam dan sambal belacan. Memang terangkat. 


Selamat mencuba!

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ▼  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ▼  September (3)
      • Resepi Bubur Asyura Utara
      • Jenis Dan Kegunaan Tepung Beras
      • Asam Pedas Daging Tetel
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates