Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam

by - 12:30 PTG

Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan. Sedar atau tidak kadang-kadang kita ambil mudah dalam proses untuk mencuci ikan laut, ikan sungai dan ayam. Kita sangkakan dengan hanya bilas air berulangkali, hanyir ikan dan ayam akan hilang. Tidak terutamanya ikan sungai atau lebih dikenali sebagai ikan darat. Ikan sungai agak rumit sikit untuk hilangkan hanyir ikan kerana ia mempunyai lendir yang agak banyak dan bau hanyir yang agak kuat. Ini menyebabkan ramai orang tak suka makan ikan sungai. Tapi kalau kita tahu cara nak hilangkan hanyir tersebut, ikan sungai akan rasa lebih sedap dari ikan laut.

Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam


Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam,Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan, cara mudah hilangkan hanyir ikan, cara atasi bau hanyir ikan, cara mudah untuk bersihkan ikan, hilangkan hanyir, tips hilangkan hanyir, cara untuk hilangkan bau hanyir ikan, hilangkan hanyir ikan, cara hilangkan hanyir ikan dalam masakan, cara hilangkan hanyir ikan sungai, cara hilangkan hanyir ikan keli, cara hilangkan hanyir ikan siakap, cara hilangkan hanyir ikan duri, cara hilangkan hanyir ikan pari, cara hilangkan hanyir ayam, cara bersihkan ayam, cara betul bersihkan ikan,
Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam


So, korang cubalah tips mudah untuk hilangkan hanyir ikan dan ayam yang korang nak masak tu. barulah takde yang komplen kata masakan bau hanyir. Antara bahan yang boleh digunakan adalah seperti di bawah tapi sebelum guna bahan-bahan dibawah, pastikan korang telah mencuci ikan atau ayam dengan bersih terlebih dahulu.

#1. Garam

Gaul garam pada ikan dan perap selama 3-5 minit. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#2. Asam Jawa

Rendam ikan/ayam dalam air asam jawa selama 5 minit. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#3. Limau

Kaedah yang paling disukai iaitu menggunakan limau kerana ia sangat berkesan dan memberi bau wangi limau. Boleh gunakan limau nipis dan juga limau kasturi.

Caranya hanya dengan perah limau pada ikan/ayam. Masukkan sekali kulit limau. Gaul rata dan biarkan seketika. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#4. Tepung Gandum

Gaul tepung gandum pada ikan atau ayam sehingga rata. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#5. Cuka

Teknik paling cepat kerana korang hanya perlu bilas ikan/ayam korang dengan cuka. Jangan rendam kerana jika rendam ia boleh merosakkan isi ikan serta rasanya. Guna cuka masakan tau bukannya cuka getah.


#6. Air Beras

Kaedah paling jimat iaitu menggunakan air beras. Rendam ikan/ayam dalam air beras 3-5 minit. Bilas sebelum masak atau sebelum simpan sejuk beku.


#7. Daun Serai

kebanyakkan orang tak ambil daun serai dan membuang pada perdunya. Sebenarnya daun serai boleh menghilangkan hanyir ikan. Caranya masukkan daun serai bersama air dalam bekas ikan. Gaul rata dan biarkan seketika sebelum bilas.


#8. Lemon

Kaedah ini sama dengan menggunakan limau. Caranya hanya dengan perah limau pada ikan/ayam. Masukkan sekali kulit limau. Gaul rata dan biarkan seketika. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#9. Rendam Dalam Susu

Cara moden iaitu dengan merendamkan ikan dan ayam dalam susu terbukti boleh menghilangkan hanyir ikan dan ayam.


#10. Guna Daun Jambu

Kaedah ini sama dengan menggunakan daun serai. Ramaskan daun jambu ke dalam air dan rendam ikan tersebut selama lima minit. Bilas sebelum masak atau simpan sejuk beku.

Daun jambu digunakan kerana rasa kelat daun jambu mampu menghilangkan bau dan rasa hanyir ikan.


#11. Menggunakan Hampas Kelapa

Kaedah yang jarang digunakan tapi ia sangat berkesan. Caranya, gaulkan hampas kelapa kepada ikan dan bilas dengan air sebelum masak atau simpan.


#12. Campuran Garam Dan Kunyit

Bila nak memasak pula, pastikan korang gaul dengan garam dan kunyit yang secukupnya. Perap atau perasa ikan/ayam terlebih dahulu sebelum masak.


#13. Perap Dengan Halia

Penggunaan halia sangat membantu dalam mengilangkan bau dan rasa hanyir. Ini kerana halia mempunyai rasa dan bau yang agak kuat. Jadi gunalah halia dalam semua masakan dan ia juga baik untuk kesihatan.


#14. Perap Dengan Minyak Bijan

Perap ikan/ayam dengan minyak bijan boleh menghilangkan bau dan rasa hanyir. Sebab itulah kaum Cina banyak menggunakan minyak bijan dalam masakan. Hilangkan hanyir dan menyedapkan makanan.

So, korang yang baru belajar masak tu jangan keciwa bila ada yang kata masakan korang bau hanyir. Perbaiki dan terus perbaiki lagi. In sha Allah korang akan menjadi chef terhebat di mata keluarga korang.


You May Also Like

0 comments