Sambal Telur Pecah Menu Kegemaran Anak-Anak

by - 1:52 PTG

Sambal Telur Pecah Menu Kegemaran Anak-Anak. Assalamualaikum wbt dan selamat mematuhi PKP korang. CH berkerja dari rumah sambil mengurus anak-anak. So, sebelum mula kerja setiap pagi, CH akan sediakan sarapan untuk anak-anak dan keluarkan bahan mentah untuk masak lunch. Set jam 11.30 masak lunch dan siap masak dlm masa sejam. CH masak 2 menu saja setiap hari dan menu-menu tersebut menu yang ringkas dan cepat masak seperti Sambal Telur Pecah. 

Menu ni antara menu kegemaran anak-anak CH. Ada ja sambal telur pecah, makan pun bertambah.. 

Sambal Telur Pecah Menu Kegemaran Anak-Anak, sambal telur, sambal telur pecah, cara buat sambal telur pecah, bahan-bahan untuk sambal telur, sambal telur kegemaran anak-anak, menu ramadhan, resepi telur untuk sahur, menu sahur paling sedap, menu berbuka kegemaran anak, telur, sambal telur sedap dan mudah, mudahnya masak sambal telur, sedapnya sambal telur, sambal, sambal mudah dan sedap, sedapnya sambal
Sambal Telur Pecah

Resepi Sambal Telur Pecah


Bahan:

5 biji telur ayam
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih- kisar
1 cm halia - kisar
3-4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 keping asam gelugor
5 sudu besar minyak masak
garam & gula secukupnya


Caranya:

Panaskan minyak dan masukkan cili kisar sehingga garing.

Tambah bahan kisar lain. Biarkan sehingga masak dan sedikit kering.

Masukkan sos cili, asam, garam dan gula secukupnya.

Masak sehingga sambal berminyak dan sedikit kering. 

Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam sambal. Ulangi langkah ini sehingga semua telur dimasukkan ke dalam sambal. Cara ini adalah untuk memastikan tiada telur busuk termasuk dalam sambal. Kalau termasuk, sayangnya lahai sambal dan kena masak sekali lagi....

Biarkan telur sehingga separuh masak. Alihkan dan biarkan seketika..

Tutup api dan angkat sambal telur.

Sedia  untuk di makan. 


Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments