Cucur Kembung Manis aka Cucur Viral

by - 2:45 PTG

Cucur Kembung aka Cucur Viral ~ resepi ni dah turun temurun dari arwah mak. Dulu-dulu inilah breakfast kami adik beradik. Tambah-tambah lagi kalau hujan. Sedap dengan teh o panas. Mommy dah lama letak dalam entry blog tapi tak sempat nak taip caranya. Tak sangka pula nak jadi viral. Kalau tak mesti banyak traffik ke blog mommy gara-gara resepi cucur kembung manis. hihi.

Okaylah untuk resepi yang lengkap ni, mommy sharekan di  sini. Moga bermanfaat kepada anak cucu mommy & korang juga. Resepi ni mommy ambil dari blog Azlita Masam Manis sebab mak mommy punya resepi takde sukatan. Dia kata agak2 sajalah.. Yang magicnya mak punya sukatan agak-agak tu menjadi. Mommy kalau agak-agak boleh masuk tong sampah. hahaha

cucur kembung, cucur kembung manis, resepi cucur kembung, resepi cucur kembung viral, resepi cucur kembung manis, resepi cucur mudah dan sedap, resepi cucur kembung mudah dan sedap, cucur kembung tanpa yis, bahan cucur kembung, cara membuat cucur kembung
cucur kembung manis


Bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas ~air mendidih
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Caranya

Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis

Tuangkan air panas sedikit-sedikit, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
Biarkan doh sejuk

Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.

Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat

1. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

2. Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya. Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat

Sedia di nikmati.

You May Also Like

0 comments