Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap
Ayam Masak Serai ~ Menu kesukaan mommy ni. Mommy suka lauk-lauk kering macam ni. Dedulu lauk macam ni hanya dapat di makan di rumah kenduri atau musim perayaan. Sedap. Menu ini selalu di makan bersama nasi minyak, nasi putih atau untuk cicah ketupat pulut. Hari sabtu lepas, mommy teringin sangat nak makan lauk ni... So, mommy pun masaklah. Ada resepi yang tak letak kulit kayu manis. Mommy suka letak sebab bau dia yang wangi dan beri rasa manis asli.. Okaylah di bawah adalah resepi ayam masak serai versi mommy. Gambar saja mommy tak sempat ambil... Pinjam gambar google ya!
Ayam masak serai mudah dan sedap ( image dari google) |
Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap
Bahan
1 ekor ayam - dipotong 16
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya
6 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1 batang kulit kayu manis
Garam
Serbuk kunyit
minyak secukupnya
Bahan kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Caranya
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
Tumiskan bahan yang telah dimesin, cili kisar, serai dan kulit kayu manis sehingga agak garing.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam keping dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan dan sedap dimakan dengan nasi putih panas.
0 comments