facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Mee Goreng Sotong. Hai korang! CH ni Work From Home. So, pepagi memang masak breakfast yang agak berat macam mee goreng sotong ni dan boleh kenyang sampai tengahari sebab CH akan berhenti untuk masak lunch dalam pukul 12.30 macam tu. Dah siap masak, terus lunch dan solat zohor. Lepas tu baru sambung buat kerja semula. 

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap. mee goreng mudah dan sedao, sedapnya mee goreng sotong, sotong, resipi mee goreng sotong, resipi mee goreng sotong mudah dan sedap, resepi mee goreng mudah dan sedap, mee goreng, mee goreng sotong, mudahnya masak mee goreng, mee kuning, cara masak mee goreng, mee goreng viral, mee goreng pkp, bahan-bahan untuk masak mee goreng, mudahnya masak mee goreng sedap, menu pkp, menu berbuka puasa yang sedap dan senang masak, menu berbuka puasa, menu ramadhan, resipi mee untuk berbuka puasa, mee sedap dan mudah, mee sotong,
Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap

Macam mana pula ibu-ibu yang work from home yang lain? Bagi CH, WFH lagi mencabar dari bekerja fulltime di office. Kena pandai handle emosi dan jadual kerja office dan juga jadual kerja rumah seperti memasak, mengemas dan lain-lain. Kalau tak, kita akan stress dan rasa penat sangat. 

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap. mee goreng mudah dan sedao, sedapnya mee goreng sotong, sotong, resipi mee goreng sotong, resipi mee goreng sotong mudah dan sedap, resepi mee goreng mudah dan sedap, mee goreng, mee goreng sotong, mudahnya masak mee goreng, mee kuning, cara masak mee goreng, mee goreng viral, mee goreng pkp, bahan-bahan untuk masak mee goreng, mudahnya masak mee goreng sedap, menu pkp, menu berbuka puasa yang sedap dan senang masak, menu berbuka puasa, menu ramadhan, resipi mee untuk berbuka puasa, mee sedap dan mudah, mee sotong,
Masih dalam kuali

Oklah tak nak bebel panjang-panjang sebab nak kongsi resepi mee goreng sotong yang mudah dan sedap serta kesukaan anak-anak. Sesuai untuk korang masak time PKP ni. Sotong tu korang boleh ja ganti dengan ayam, fish ball, fishcake, chicken ball ataupun meat ball. Jom jadi kreatif dengan memasak apa saja dengan barang dapur yang terhad. Tak cuba tak tahu kan?

Lagi satu, korang jangan tanya mana sayuran hijau? Tu kobis tu satu-satunya sayuran yang ada kat rumah buat masa ni. Dah 2 kali masak tapi tak habis-habis lagi. So, kita masukkan saja dalam mee. Janji ada sayuran juga dalam mee tu. Hahaha

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap. mee goreng mudah dan sedao, sedapnya mee goreng sotong, sotong, resipi mee goreng sotong, resipi mee goreng sotong mudah dan sedap, resepi mee goreng mudah dan sedap, mee goreng, mee goreng sotong, mudahnya masak mee goreng, mee kuning, cara masak mee goreng, mee goreng viral, mee goreng pkp, bahan-bahan untuk masak mee goreng, mudahnya masak mee goreng sedap, menu pkp, menu berbuka puasa yang sedap dan senang masak, menu berbuka puasa, menu ramadhan, resipi mee untuk berbuka puasa, mee sedap dan mudah, mee sotong,
Mee Goreng Sotong sedia di hidang

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap


Bahan:

1 bungkus kecil Mee Kuning 
2 biji telur ayam
2 ekor sotong besar - di potong bulat 
1-2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tomato
1/2 biji bawang - diracik
2 ulas bawang putih - di racik
2 sudu besar minyak masak/ secukupnya
Kobis 
1/2 cawan air

 Caranya:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan biarkan cili masak sehingga sedikit garing.

Masukkan sotong. Biarkan sotong sehingga separa masak. 

Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap dan air. Biarkan sehingga mendidih selama 2 minit.

Masukkan mee dan kobis. Gaul rata sehinga mee masak sepenuhnya.

Tolak mee ke sebelah kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan telur. Tutup telur dengan mee dan biarkan sekejap ( 1 minit). Gaul rata.

Tutup api, angkat dan hidangkan ketika masih panas. 


Selamat mencuba uolls!


Lempeng Cicah Kari Ayam. Assalamualaikum wbt. Semoga korang semua dalam keadaan baik dan sihat walafiat. PKP baru hari yang ke 11 dan kita ada 17 hari untuk gerak terhad. Itu pun kalau tak sambung lagi la. Walaupun baru 11 hari duduk rumah, CH dah jemu nak makan mee, bihun dan nasi. Kadang-kadang tu sampai tak tau nak masak apa dengan bahan yang terhad. CH hanya keluar 2 kali seminggu untuk dapatkan barang basah dan stok barang kering. Dah budget tapi biasalah kadang-kadang tu lari bila sikit. Semalam CH buat lempeng cicah kari ayam untuk makan malam disebabkan stok barang pun semakin menipis dan dah jemu makan nasi, mee dan koay teow. Masa nak buat tu, anak-anak CH kata makan lempeng jer? Sekali makan, terus tambah 3 keping sorang. Nasib baik cukup. Itulah korang pandang rendah lagi pada makanan orang dulu-dulu. 

Yang sebenarnya CH nak try buat roti jala tapikan sebab acuan roti jala takdak kat rumah, tu yang CH buat lempeng saja. Adunan dia sama dengan roti jala saja. lagipun buat lempeng lagi cepat dari roti jala. Senang!

Resepi Lempeng Mudah, Sedap Dan Lembut,Lempeng Cicah Kari Ayam, lempeng, lempeng santan, lempeng sedap, lempeng mudah dan sedap, lempeng sedap dan lembut, resepi lemping mudah dan sedap, sedapnya lempeng, mudahnya buat lempeng, menu makan malam yang ringkas dan sedap, menu berbuka puasa, menu iftar, menu mudah dan sedap, cara buat lempeng, bahan untuk buat lempeng, lempeng utara, sedapnya lempeng cicah gulai, lempeng cicah kari, lempeng tepung gandum, tepung gandum, Lempeng Cicah Kari Ayam
Lempeng

Sebelum mula buat lempeng tu, CH buat kari ayam dulu. Buat dalam kuali ja senang nak budget banyak mana. Pastu senang nak kacau... Untuk resepi kari ayam, korang boleh tengok di SINI. Untuk kari ayam kali ini, CH guna isi ayam dan bahagian yang dipotong kecil. Campur dengan kentang yang dipotong dadu kecil juga. Senang nak makan dengan lempeng.

Resepi Lempeng Mudah, Sedap Dan Lembut,Lempeng Cicah Kari Ayam, lempeng, lempeng santan, lempeng sedap, lempeng mudah dan sedap, lempeng sedap dan lembut, resepi lemping mudah dan sedap, sedapnya lempeng, mudahnya buat lempeng, menu makan malam yang ringkas dan sedap, menu berbuka puasa, menu iftar, menu mudah dan sedap, cara buat lempeng, bahan untuk buat lempeng, lempeng utara, sedapnya lempeng cicah gulai, lempeng cicah kari, lempeng tepung gandum, tepung gandum, Lempeng Cicah Kari Ayam
kari ayam untuk di makan dengan lempeng

Resepi Lempeng Mudah, Sedap Dan Lembut


Bahan A

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 cawan santan
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning


Bahan B

Sedikit minyak


Peralatan

Kuali non Stick atau kuali leper yang tidak melekat
senduk bulat


Cara-Caranya:-

1. Blendkan semua bahan A di atas hingga sebati. Jika terlalu pekat, tambah air sikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang sedikit cair macam adunan roti jala.

2. Panaskan kuali,

3. Leserkan sedikit minyak pada dasar kuali. CH hanya pusing-pusing kuali saja.

4. Masukkan sesenduk ke dalam kuali dan pusing-pusing supaya lemper sama tebal dan menjadi bulat. Biarkan dalam beberapa saat sehingga masak(Pastikan tiada tepung yang masih berair), terus di angkat dan digulung / tidak perlu dibalikkan.



* Selamat menjamu selera ...
Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan. Sedar atau tidak kadang-kadang kita ambil mudah dalam proses untuk mencuci ikan laut, ikan sungai dan ayam. Kita sangkakan dengan hanya bilas air berulangkali, hanyir ikan dan ayam akan hilang. Tidak terutamanya ikan sungai atau lebih dikenali sebagai ikan darat. Ikan sungai agak rumit sikit untuk hilangkan hanyir ikan kerana ia mempunyai lendir yang agak banyak dan bau hanyir yang agak kuat. Ini menyebabkan ramai orang tak suka makan ikan sungai. Tapi kalau kita tahu cara nak hilangkan hanyir tersebut, ikan sungai akan rasa lebih sedap dari ikan laut.

Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam


Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam,Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan, cara mudah hilangkan hanyir ikan, cara atasi bau hanyir ikan, cara mudah untuk bersihkan ikan, hilangkan hanyir, tips hilangkan hanyir, cara untuk hilangkan bau hanyir ikan, hilangkan hanyir ikan, cara hilangkan hanyir ikan dalam masakan, cara hilangkan hanyir ikan sungai, cara hilangkan hanyir ikan keli, cara hilangkan hanyir ikan siakap, cara hilangkan hanyir ikan duri, cara hilangkan hanyir ikan pari, cara hilangkan hanyir ayam, cara bersihkan ayam, cara betul bersihkan ikan,
Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam


So, korang cubalah tips mudah untuk hilangkan hanyir ikan dan ayam yang korang nak masak tu. barulah takde yang komplen kata masakan bau hanyir. Antara bahan yang boleh digunakan adalah seperti di bawah tapi sebelum guna bahan-bahan dibawah, pastikan korang telah mencuci ikan atau ayam dengan bersih terlebih dahulu.

#1. Garam

Gaul garam pada ikan dan perap selama 3-5 minit. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#2. Asam Jawa

Rendam ikan/ayam dalam air asam jawa selama 5 minit. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#3. Limau

Kaedah yang paling disukai iaitu menggunakan limau kerana ia sangat berkesan dan memberi bau wangi limau. Boleh gunakan limau nipis dan juga limau kasturi.

Caranya hanya dengan perah limau pada ikan/ayam. Masukkan sekali kulit limau. Gaul rata dan biarkan seketika. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#4. Tepung Gandum

Gaul tepung gandum pada ikan atau ayam sehingga rata. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#5. Cuka

Teknik paling cepat kerana korang hanya perlu bilas ikan/ayam korang dengan cuka. Jangan rendam kerana jika rendam ia boleh merosakkan isi ikan serta rasanya. Guna cuka masakan tau bukannya cuka getah.


#6. Air Beras

Kaedah paling jimat iaitu menggunakan air beras. Rendam ikan/ayam dalam air beras 3-5 minit. Bilas sebelum masak atau sebelum simpan sejuk beku.


#7. Daun Serai

kebanyakkan orang tak ambil daun serai dan membuang pada perdunya. Sebenarnya daun serai boleh menghilangkan hanyir ikan. Caranya masukkan daun serai bersama air dalam bekas ikan. Gaul rata dan biarkan seketika sebelum bilas.


#8. Lemon

Kaedah ini sama dengan menggunakan limau. Caranya hanya dengan perah limau pada ikan/ayam. Masukkan sekali kulit limau. Gaul rata dan biarkan seketika. Bilas dengan air sebelum masak atau simpan sejuk beku.


#9. Rendam Dalam Susu

Cara moden iaitu dengan merendamkan ikan dan ayam dalam susu terbukti boleh menghilangkan hanyir ikan dan ayam.


#10. Guna Daun Jambu

Kaedah ini sama dengan menggunakan daun serai. Ramaskan daun jambu ke dalam air dan rendam ikan tersebut selama lima minit. Bilas sebelum masak atau simpan sejuk beku.

Daun jambu digunakan kerana rasa kelat daun jambu mampu menghilangkan bau dan rasa hanyir ikan.


#11. Menggunakan Hampas Kelapa

Kaedah yang jarang digunakan tapi ia sangat berkesan. Caranya, gaulkan hampas kelapa kepada ikan dan bilas dengan air sebelum masak atau simpan.


#12. Campuran Garam Dan Kunyit

Bila nak memasak pula, pastikan korang gaul dengan garam dan kunyit yang secukupnya. Perap atau perasa ikan/ayam terlebih dahulu sebelum masak.


#13. Perap Dengan Halia

Penggunaan halia sangat membantu dalam mengilangkan bau dan rasa hanyir. Ini kerana halia mempunyai rasa dan bau yang agak kuat. Jadi gunalah halia dalam semua masakan dan ia juga baik untuk kesihatan.


#14. Perap Dengan Minyak Bijan

Perap ikan/ayam dengan minyak bijan boleh menghilangkan bau dan rasa hanyir. Sebab itulah kaum Cina banyak menggunakan minyak bijan dalam masakan. Hilangkan hanyir dan menyedapkan makanan.

So, korang yang baru belajar masak tu jangan keciwa bila ada yang kata masakan korang bau hanyir. Perbaiki dan terus perbaiki lagi. In sha Allah korang akan menjadi chef terhebat di mata keluarga korang.


Sambal Telur Pecah Menu Kegemaran Anak-Anak. Assalamualaikum wbt dan selamat mematuhi PKP korang. CH berkerja dari rumah sambil mengurus anak-anak. So, sebelum mula kerja setiap pagi, CH akan sediakan sarapan untuk anak-anak dan keluarkan bahan mentah untuk masak lunch. Set jam 11.30 masak lunch dan siap masak dlm masa sejam. CH masak 2 menu saja setiap hari dan menu-menu tersebut menu yang ringkas dan cepat masak seperti Sambal Telur Pecah. 

Menu ni antara menu kegemaran anak-anak CH. Ada ja sambal telur pecah, makan pun bertambah.. 

Sambal Telur Pecah Menu Kegemaran Anak-Anak, sambal telur, sambal telur pecah, cara buat sambal telur pecah, bahan-bahan untuk sambal telur, sambal telur kegemaran anak-anak, menu ramadhan, resepi telur untuk sahur, menu sahur paling sedap, menu berbuka kegemaran anak, telur, sambal telur sedap dan mudah, mudahnya masak sambal telur, sedapnya sambal telur, sambal, sambal mudah dan sedap, sedapnya sambal
Sambal Telur Pecah

Resepi Sambal Telur Pecah


Bahan:

5 biji telur ayam
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih- kisar
1 cm halia - kisar
3-4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 keping asam gelugor
5 sudu besar minyak masak
garam & gula secukupnya


Caranya:

Panaskan minyak dan masukkan cili kisar sehingga garing.

Tambah bahan kisar lain. Biarkan sehingga masak dan sedikit kering.

Masukkan sos cili, asam, garam dan gula secukupnya.

Masak sehingga sambal berminyak dan sedikit kering. 

Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam sambal. Ulangi langkah ini sehingga semua telur dimasukkan ke dalam sambal. Cara ini adalah untuk memastikan tiada telur busuk termasuk dalam sambal. Kalau termasuk, sayangnya lahai sambal dan kena masak sekali lagi....

Biarkan telur sehingga separuh masak. Alihkan dan biarkan seketika..

Tutup api dan angkat sambal telur.

Sedia  untuk di makan. 


Selamat mencuba!

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ▼  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ▼  Mac (4)
      • Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap
      • Lempeng Cicah Kari Ayam
      • Tips Mudah Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Dan Ayam
      • Sambal Telur Pecah Menu Kegemaran Anak-Anak
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates