Resepi Char Koay Teow Mudah Dan Sedap

by - 10:31 PG

Assalamualaikum wbt

Hari ini mommy berkongsi resepi yang mommy selalu masak iaitu char koay teow. Resepi ini di kongsi oleh mak saudara suami ketika baru berkahwin dulu. 

Dulu, mommy mana pandai masak. Kalau masak pun resepi yang simple-simple ja. Tapi char koay teow memang tak reti. 

Mudah rupanya nak buat char koay teow ni. mommy kongsikan resepi mudah ini. So, lepas ni tak yah nak pi warung char koay teow lagi yer. Buat sendiri  boleh letak udang dan kerang banyak-banyak. Boleh ikut suka nak berkuah atau tak... Mommy suka yang tak berkuah banjir macam kat kedai tu. Suka yang ala-ala koay teow goreng tu..


Resepi Char Koay Teow


Bahan

1 bungkus koay teow
Udang
Kerang 
Taugeh - di buang kulit kacang dan di bersihkan
Kucai - di potong memanjang
 6 biji Telur - setiap pinggan sebiji telur. Kalau buat telur mata, sila tambah jumlah telur.
2 cawan air udang - kepala udang yang di rebus, di kisar dan di tapis airnya.
minyak
6 ulas bawang putih - di ketuk/ di cincang
Sos char koay teow - campuran 4 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar kicap pekat, 2 sudu besar sos tiram,  3 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar cili kisar. Masukkan semua dalam satu bekas dan kacau rata. Kalau rajin, boleh masak sos ini terlebih dahulu dan proses membuat char koay teow akan menjadi cepat.

Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, dan masukkan terus udang dan kerang. Biarkan sehingga udang dan kerang masak.

Setelah udang dan kerang masak, masukkan sos char koay teow. Dalam 1  1/2 sudu besar. Biarkan sehingga mendidih.

Setelah mendidih, masukkan koay teow. kacau seketika sehingga koay teow masak atau sos dan koay teow sekata.

Tolak koay teow ke tepi kuali, masukkan telur. Tolak masuk koay teow tadi sehingga menutup telur. 

Tambah air udang dalam 4 sudu besar. Masukkan kucai dan taugeh.

Setelah mendidih, kacau sehingga sekata.

Tadaaaa dah siap.


*** Boleh di hidangkan saja atau bersama dengan telur mata. Lagi sedap jika ada cili jeruk kicap.


Resepi cili jeruk kicap

Bahan

20 biji cili padi - di potong halus
garam - secukup rasa
1 1/2 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar air panas


Caranya.

Campurkan semua bahan dan satu bekas. gaul rata. 

Untuk rasa yang lebih ummpphh boleh  buat sehari awal. 





You May Also Like

0 comments