Assalamualaikum wbt. Udang Masak Serai
Resepi seafood lagi. Mommy sekeluarga memang penggemar seafood. Tak tahu kenapa bila ada seafood ja mesti berselera makan.. Selalunya seafood yang di beli, mommy akan pelbagaikan menu. Ajar anak-anak untuk makan pelbagai jenis masakan. Senang nanti bila hendak ke mana-mana atau pun ketika berada di asrama. Tak perlu memilih makanan, ataupun yang ni tak makan, yang tu tak makan...
Selain itu, dalam mempelbagaikan menu... mommy juga terapkan kepada anak-anak yang dalam hidup ini ada pelbagai pilihan hidup. Tak boleh jalan A, kena cuba jalan B sehinggalah Z. Yang penting usaha... Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang bergolek.
Berbalik kepada resepi udang ini, ia merupakan resepi kesukaan encik suami. So, mommy layankan sajalah sebab mudah dan tak banyak bahan.
RESEPI UDANG MASAK SERAI
Bahan2
1/2 kilo udang kertas - di bersihkan dan di tos
3-4 sudu cili kisar
2 biji bawang besar - di kisar
4 biji bawang putih- di kisar
2 cm halia - dikisar
4 batang serai - 3 di kisar, 1 di ketuk
RM 1 santan
1-2 keping asam keping/ gelugor
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan serai yang telah di ketuk.
Masak cili sehingga berminyak atau masak sepenuhnya. Tambahkan santan, asam keping dan garam secukupnya.
Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan udang, biarkan sehingga masak. Kacau sekali sekala.
Bila udang dah masak, rasa. Tambah bahan yang dirasakan tak cukup tu.
Kalau semua dah cukup, angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sayur atau kerabu.
Notes: cili kisar boleh di kurangkan kuantiti jika tak mahu pedas.
Selamat mencuba.
1 comments
lebih kurang sama masakan mamaD ; tapi kami selalu guna ayam .memang best !
BalasPadam