Menu weekend

by - 10:00 PG

Assalamualaikum wbt. Menu weekend

Biasanya hari minggu, mommy masak lain sikit dari biasa. Almaklumlah hari cuti baru nak masak-masak. Selalunya mommy prefer lauk kampung atau kampung style. Lauk sebegini boleh tambah nasi 2 pinggan. hihi.  Sebab tulah tak boleh masak selalu. Karang berat naik bagai di pam pam macam belon.

resepi masak lemak cili padi

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi


Bahan

500g Udang - di bersihkan terlebih dahulu
RM3 santan
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm kunyit
10 biji cili padi - boleh tambah jika mahu extra pedas
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 helai daun kunyit - di hiris (saiz ikut suka)
1 keping asam keping/ gelugor
Garam secukupnya


Caranya

Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras dan cili padi. Jika rajin boleh tumbuk guna lesung, rasa dan aroma lebih asli.

Masak sebentar bahan yang dikisar sehingga mendidih. Masukkan udang, garam, asam keping  dan di biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan santan.

Setelah udang dan santan masak, masukkan daun kunyit yang telah di hiris.

Tutup api dan hidangkan.


note: resepi ni akak tak gunakan minyak sebab santan tu dah berlemak.

Resepi Sotong Goreng Kunyit Bersama Buncis

Bahan

1/2 kilo sotong - di potong dan di gaul dengan garam kunyit. ketepikan
1 genggam buncis - di potong nipis memanjang.
2-3 biji cili padi
1 biji cili merah besar
1 biji bawang besar - di potong bulat
2 ulas bawang putih - di racik
minyak


Caranya

Panaskan minyak. Masukkan sotong. Biarkan sehingga masak.

Apabila sotong telah masak, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili besar.

Biarkan sehingga wangi. Masukkan kacang buncis. Gaul rata sehingga kacang masak.

Rasa.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


Selamat Mencuba!

You May Also Like

0 comments